Archives

Pengenaan Zakat Ke Atas Aset Digital Menurut Perspektif Hukum Islam

Kajian “Pengenaan Zakat Ke Atas Aset Digital Menurut Perspektif Hukum Islam” ini dijalankan berpandukan tiga objektif utama, iaitu;
1. Menjelaskan konsep aset digital dan kedudukannya dalam hukum islam
2. Mengkaji kedudukan aset digital sebagai aset yang wajib dizakatkan dalam hukum Islam
3. Menganalisis isu-isu hukum dalam perlaksanaan zakat ke atas aset digital.

Read More

Parameter Harta Syubhah dan Kewajipan Berzakat Terhadapnya

Kajian ini cuba mengetengahkan sebab-sebab berlakunya isu syubhah dalam harta disamping menjelaskan panduan, kaedah dan pembahagian yang diletakkan oleh Imam al-Ghazali dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. Kajian ini juga cuba untuk mengusulkan jawapan kepada beberapa persoalan yang sering ditimbulkan oleh sesetengah pihak berkaitan harta syubhah dalam pendapatan dan transaksi kewangan merangkumi gaji, perniagaan, penerimaan wang, keuntungan pelaburan, perniagaan dari modal haram dan sebagainya.

Read More

Taksiran Zakat Perniagaan Bagi Institusi Perbankan Islam dan Koperasi: Analisis Kandungan

Kajian ini memberi fokus kepada perakaunan zakat perniagaan bagi institusi perbankan Islam dan koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kaedah perakaunan zakat perniagaan yang diguna pakai bagi syarikat berasaskan perkhidmatan perbankan Islam dan koperasi. Selain itu, kajian ini juga akan mengemukakan cadangan format taksiran zakat perniagaan bagi syarikat berasaskan perkhidmatan perbankan Islam dan koperasi yang komprehensif dan praktikal. Institusi zakat disaran menyediakan format atau templat taksiran zakat perniagaan khusus mengikut bentuk perniagaan yang lengkap dan komprehensif.

Read More

Qadha Zakat: Hukum dan Asas Kaedah Kiraan

Objektif kajian ini adalah untuk: (1) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat korporat khususnya di kalangan syarikat korporat dan; (2) Mencadangkan penambahbaikan yang perlu kepada Institusi Zakat dari perspektif pendekatan berasaskan nilai (value-based).

Read More

Kutipan Zakat Rentas Sempadan – Teori Fiqh dan Realiti di Malaysia

  • December 25, 2021
  • Comments off

Ini merupakan kajian yang dilaksanakan dengan kerjasama antara Akademi Zakat (AZKA) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Kajian ini menggariskan tiga objektif kajian seperti berikut: 1) Menjelaskan konsep dan falsafah kutipan zakat dalam Islam2) Mengkaji teori persempadanan kutipan zakat dalam hukum fiqh Islam3) Menganalisis realiti kutipan zakat rentas sempadan dalam realiti di Malaysia berasaskan […]

Read More