Parameter Harta Syubhah dan Kewajipan Berzakat Terhadapnya

Parameter Harta Syubhah dan Kewajipan Berzakat Terhadapnya

Kajian ini cuba mengetengahkan sebab-sebab berlakunya isu syubhah dalam harta disamping menjelaskan panduan, kaedah dan pembahagian yang diletakkan oleh Imam al-Ghazali dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. Kajian ini juga cuba untuk mengusulkan jawapan kepada beberapa persoalan yang sering ditimbulkan oleh sesetengah pihak berkaitan harta syubhah dalam pendapatan dan transaksi kewangan merangkumi gaji, perniagaan, penerimaan wang, keuntungan pelaburan, perniagaan dari modal haram dan sebagainya.

Berdasarkan persoalan tersebut, kajian ini akan membentangkan satu cadangan parameter berdasarkan pandangan Imam al-Ghazali sebagai rujukan dalam menentukan status pendapatan sebagai halal, haram atau syubhah. Parameter ini diharapkan dapat menjadi panduan asas dalam membantu serta memberi penjelasan kepada pihak-pihak tertentu dalam menentukan pendapatan dari transaksi kewangan mereka sama ada perlu dilupuskan atau diiktiraf sebagai halal atau diasingkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan zakat daripadanya.

Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif berdasarkan kerangka kerja konseptual seperti yang telah ditetapkan menggunakan strategi teori asal (grounded theory). Metode yang digunakan ialah analisis teks (textual analysis) atau secara analitikal dan analisis perbandingan. Jenis kajian ini ialah kajian tindakan (action research). Instrumen kajian yang digunakan adalah temu bual melalui audio visual yang kemudiannya dipindahkan ke dalam bentuk transkrip.

Teknik pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pengesanan data, pengumpulan data, pemilihan data dan penentuan data yang kemudiannya disebut sebagai prosedur pengumpulan data serta pendapat pakar atau Subject Matter Expert (SME). Prosedur penganalisan data yang digunakan ialah metode induktif, analisis data temu bual dan metode tematik.

Categories: Research Report

Leave a Reply

Your email address will not be published.