AZKA Corner @ UniSZA

AZKA Corner @ UniSZA

AZKA Corner yang keenam ditubuhkan di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.

Usaha murni ini merupakan satu satu aktiviti kerjasama dengan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) demi mengangkat zakat kepada perhatian awam. Ia bertujuan agar pengetahuan tentang zakat dapat sampai kepada golongan pelajar dengan kewujudan sudut bacaan yang dipenuhi dengan buku-buku zakat.

Adalah diharapkan pelajar UniSZA dapat menggunakan sudut bacaaan AZKA Corner ini dengan sebaiknya membaca dan mengulang kaji buku-buku zakat yang telah disediakan.

Sudut bacaan AZKA Corner ini merupakan sudut bacaan yang pertama di luar Wilayah Persekutuan.

Categories: AZKA Corner