Kutipan Zakat Rentas Sempadan – Teori Fiqh dan Realiti di Malaysia

Kutipan Zakat Rentas Sempadan – Teori Fiqh dan Realiti di Malaysia

  • Post by:
  • December 25, 2021
  • Comments off

Ini merupakan kajian yang dilaksanakan dengan kerjasama antara Akademi Zakat (AZKA) dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM).

Kajian ini menggariskan tiga objektif kajian seperti berikut:

1) Menjelaskan konsep dan falsafah kutipan zakat dalam Islam
2) Mengkaji teori persempadanan kutipan zakat dalam hukum fiqh Islam
3) Menganalisis realiti kutipan zakat rentas sempadan dalam realiti di Malaysia berasaskan teori persempadanan kutipan zakat dan maqasid al-syariah.

Manakala, skop kajian hanya melibatkan perbincangan isu kutipan zakat rentas sempadan dengan berpandukan literature dan beberapa pandangan pakar untuk mendapatkan maklumat realiti rentas sempadan yang berlaku.

Kajian ini penting bagi menyediakan penyelesaian fiqh terhadap isu kutipan zakat rentas sempadan yang berlaku di Malaysia. Ia juga mampu memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang kedudukan lokasi pembayaran yang mereka perlu keluarkan. Hal ini mungkin timbul daripada kekeliruan konflik tempat tinggal, kampung dan tempat bekerja pembayar zakat. Kajian ini juga boleh menjadi kata putus ataupun rujukan penyelidik selanjutnya serta usaha untuk mengeluarkan fatwa dan garis panduang kutipan dan pembayaran zakat institusi zakat di Malaysia umumnya.

Categories: Research Report