AZKA Corner @ UMSKAL

AZKA Corner @ UMSKAL

  • Post by:
  • November 17, 2021
  • Comments off

Majlis perasmian AZKA Corner yang kelima ditubuhkan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah dirasmikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ-MAIWP Tn Haji Abdul Hakim Amir Osman bersama Pemangku Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid.

Usaha murni ini merupakan satu satu programdengan bekerjasama dengan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) demi mengangkat zakat kepada perhatian awam. Ia bertujuan agar pengetahuan tentang zakat dapat sampai kepada golongan pelajar dengan kewujudan sudut bacaan yang dipenuhi dengan buku-buku zakat.

Adalah diharapkan pelajar UMSKAL dapat menggunakan sudut bacaaan AZKA Corner ini dengan sebaiknya membaca dan mengulang kaji buku-buku zakat yang telah disediakan.

Sudut bacaan AZKA Corner ini merupakan sudut bacaan yang pertama di seluruh Kampus UMS dan UMSKAL telah dipilih sebagai lokasi yang pertama

Categories: AZKA Corner