AZKA Corner @ USIM

AZKA Corner @ USIM

AZKA Corner yang ketujuh ditubuhkan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kelainan AZKA Corner di USIM ini adalah selain mewujudkan sudut bacaan, AZKA turut mengangkat dua bilik kuliah siswazah, tingkat 3 di FEM-USIM sebagai bilik angkat bagi AZKA-PPZ. Usaha murni ini merupakan satu usaha demi mengangkat zakat kepada perhatian awam. Ia bertujuan agar pengetahuan tentang zakat dapat sampai kepada golongan pelajar dengan kewujudan sudut bacaan yang dipenuhi dengan buku-buku zakat.

Adalah diharapkan agar semua pelajar USIM dapat memanfaatkan sudut bacaaan AZKA Corner serta Bilik Angkat ini dengan sebaiknya dengan membaca dan mengulang kaji buku-buku zakat yang telah disediakan.

Sudut bacaan AZKA Corner ini merupakan sudut bacaan yang kedua di luar Wilayah Persekutuan setelah AZKA Corner Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.

Categories: AZKA Corner