Archives

Teknologi Blockchain Berasaskan Kontrak Pintar Di Dalam Memastikan Keberkesanan Dan Ketelusan Pungutan Zakat

Objektif pembangunan projek ini adalah seperti berikut:
1. Merumuskan fungsi platform blockchain dengan sistem pungutan zakat yang dilaksanakan.
2. Merancang dan mengembangkan blockchain pungutan zakat melalui platform kontrak pintar (smart contract) berasaskan Distrubuted Hyperledger Technology.
3. Meningkatkan kemampuan perisian(demo blockchain pungutan zakat) dari segi ketelusan, kebolehkesanan dan laporan terkini (real time) yang berkaitan dengan transaksi pungutan dan seterusnya meningkatkan keyakinan orang ramai dalam pembayaran zakat.

Read More

Pengenaan Zakat Ke Atas Aset Digital Menurut Perspektif Hukum Islam

Kajian “Pengenaan Zakat Ke Atas Aset Digital Menurut Perspektif Hukum Islam” ini dijalankan berpandukan tiga objektif utama, iaitu;
1. Menjelaskan konsep aset digital dan kedudukannya dalam hukum islam
2. Mengkaji kedudukan aset digital sebagai aset yang wajib dizakatkan dalam hukum Islam
3. Menganalisis isu-isu hukum dalam perlaksanaan zakat ke atas aset digital.

Read More

Parameter Harta Syubhah dan Kewajipan Berzakat Terhadapnya

Kajian ini cuba mengetengahkan sebab-sebab berlakunya isu syubhah dalam harta disamping menjelaskan panduan, kaedah dan pembahagian yang diletakkan oleh Imam al-Ghazali dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. Kajian ini juga cuba untuk mengusulkan jawapan kepada beberapa persoalan yang sering ditimbulkan oleh sesetengah pihak berkaitan harta syubhah dalam pendapatan dan transaksi kewangan merangkumi gaji, perniagaan, penerimaan wang, keuntungan pelaburan, perniagaan dari modal haram dan sebagainya.

Read More

Taksiran Zakat Perniagaan Bagi Institusi Perbankan Islam dan Koperasi: Analisis Kandungan

Kajian ini memberi fokus kepada perakaunan zakat perniagaan bagi institusi perbankan Islam dan koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kaedah perakaunan zakat perniagaan yang diguna pakai bagi syarikat berasaskan perkhidmatan perbankan Islam dan koperasi. Selain itu, kajian ini juga akan mengemukakan cadangan format taksiran zakat perniagaan bagi syarikat berasaskan perkhidmatan perbankan Islam dan koperasi yang komprehensif dan praktikal. Institusi zakat disaran menyediakan format atau templat taksiran zakat perniagaan khusus mengikut bentuk perniagaan yang lengkap dan komprehensif.

Read More

Kenali AZKA Corner (No. 4) @ KITAB

AZKA Corner keempat berada di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang. Ia diwujudkan dengan kerjasama Etiqa Takaful. Disini, buku-buku zakat banyak dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar, penysarah serta penyelidik yang berminat mendalami tentang zakat. Lokasi AZKA Corner @ KITAB: Pulau Pinang (https://goo.gl/maps/WgBdiJyC2ynYcQ1U7) Untuk lebih banyak info layari https://azka.zakat.com.my/azkacorner/

Read More

AZKA Participation In “Webinar Pembangunan Kandungan Digital Ke Arah Melahirkan Generasi Berminda Islami”

  • March 8, 2022
  • Comments off

AZKA had the opportunity to participate in “Webinar Pembangunan Kandungan Digital Ke Arah Melahirkan Generasi Berminda Islami” organized by the Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). This webinar aims to increase public awareness and understanding of the need to create digital content to develop the Islamic mindset among children. The webinar had discussed on: The influence and impact of digital content on the development of children’s minds Features appropriate digital content in shaping children’s Islamic minds Experience sharing by the digital animation technology industry in developing digital content suitable for children’s mental development

Read More

AZKA Corner @ Pej. Mufti W.P

  • March 3, 2022
  • Comments off

AZKA Corner yang kelapan ditubuhkan di Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan di Putrajaya. Ditubuhkan pada Mac 2022 dan merupakan AZKA Corner yang pertama di tubuhkan selain di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Penubuhan ini sekaligus mengeratkan kerjasama yang sudah lama terjalin dengan Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan. Usaha murni ini merupakan satu usaha demi mengangkat zakat kepada perhatian awam. Buku-buku zakat yang disediakan di sudut bacaan ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh individu mahupun syarikat yang melawat ke Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan.

Read More

Kenali AZKA Corner (No. 3) @ UM

AZKA Corner ketiga terletak di Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Disini, buku-buku zakat banyak dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar pengajian Islam, serta penyelidik yang berminat mendalami tentang zakat. Lokasi AZKA Corner @ UM: Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti, 50603 Kuala Lumpur (https://goo.gl/maps/1zjw2mVTNmBbk9KZ7) Untuk lebih banyak info layari https://azka.zakat.com.my/azkacorner/

Read More

Kenali AZKA Corner (No. 2) @ UTMKL

AZKA Corner kedua ditubuhkan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) dan telah dirasmikan pada 18 Ogos 2020. Ia bertujuan mendekatkan pelajar dan pensyarah di sana dengan bahan-bahan bacaan dan rujukan berkaitan zakat serta kewangan Islam. AZKA Corner @UTMKL juga kerap dipilih sebagai lokasi webinar dan program bedah buku. Lokasi AZKA Corner @ UTMKL: Perpustakaan, Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur (https://goo.gl/maps/7TgubqQZBZ95tCHW8) Untuk lebih banyak info layari: https://azka.zakat.com.my/azkacorner/

Read More

Raih Pahala Berganda pada Hari JUMAAT yang BARAKAH

“Saya dah sedekah dalam tabung masjid dan saya niat zakat. Boleh ke?” Ramai yang keliru antara Zakat dan Sedekah. Bila tiba hari Jumaat,ramai mengejar pahala bersedekah (sunat) dari mengejar pahala bersedekah (wajib). Secara mudah, Sedekah terbahagi kepada dua iaitu sedekah wajib dan sedekah sunat. Sedekah Wajib adalah ZAKAT dan bila kita tak laksanakan, berdosa manakala sedekah SUNAT seperti belanja kawan, sedekah di tabung masjid dan seumpamanya. Sempena Hari Jumaat ini, sama-sama kita rebut peluang untuk mendapatkan pahala dengan melaksanakan sedekah WAJIB iaitu ZAKAT disamping melaksanakan juga perkara-perkara sunat dan amalan biasa di hari Jumaat. Di bawah kami bantu anda dengan checklist: 1. BerZAKAT2. Bersedekah3. Berselawat ke atas Rasullullah4. Membaca Surah Al-Kahfi5. Mandi Sunat Jumaat6. Banyak berdoa7. Memotong kuku kaki dan tangan8. Banyak Berzikir dan istighfar Bertindak sekarang!! Buat sekarang kan senang, klik pautan ini: http://bit.ly/jom_zakathttp://bit.ly/jom_zakathttp://bit.ly/jom_zakat

Read More