Teknologi Blockchain Berasaskan Kontrak Pintar Di Dalam Memastikan Keberkesanan Dan Ketelusan Pungutan Zakat

Teknologi Blockchain Berasaskan Kontrak Pintar Di Dalam Memastikan Keberkesanan Dan Ketelusan Pungutan Zakat

Kewangan Sosial Islam (Islamic Social Finance) melalui instrumen seperti zakat, wakaf dan sedekah amat relevan dalam menangani cabaran semasa dan proses untuk memulih semula ekonomi negara yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Hal ini penting kerana sektor ini mampu memberi impak penting dalam meningkatkan daya tahan kewangan dan kesejahteraan sosial melalui pengagihan kekayaan dan pendapatan di dalam masyarakat. Ini dapat dilakukan melalui penyediaan perkhidmatan kewangan untuk membina perlindungan sosial kepada golongan berkeperluan serta membantu mengurangkan kebergantungan mereka melalui kerjasama komuniti, pembiayaan mikro, perusahaan, bantuan dermawan dan sumber pelaburan.

Atas dasar ini, kewangan sosial Islam khususnya Zakat akan mendapat manfaat daripada teknologi Blockchain kerana ia mempunyai ciri-ciri transaksi secara hujung ke hujung yang mempunyai keserakan data dan berfungsi sebagai penjaga pintu akses untuk data secara automatik terutamanya jika menggunakan kaedah kontrak pintar. Kontrak Pintar yang dikepilkan bersama transaksi zakat mampu menjamin kebolehkesanan, ketelusan dan keyakinan ke atas transaksi zakat dan seterusnya bukan sahaja mampu meningkatkan jumlah pungutan zakat di peringkat negeri dan juga negara malah mampu meningkatkan keberkesanan agihan kepada penerima-penerima zakat.

Hasil dari penelitian, ini adalah sistem pertama yang menggunakan platfom Blockchain berkaitan pembayaran Zakat yang mana pembayar zakat dapat mengesan aliran zakat kepada penerima secara telus. Kaedah masa kini yang lebih bergantung kepada dokumen fizikal, terdedah kepada risiko kelewatan, ketidakcekapan dan penyalahgunaan. Hal ini memberikan motivasi di dalam merekabentuk dan membangunkan sebuah sistem kontrak pintar berasaskan teknologi lejar berserakan dengan menggunakan teknologi “Distributed Hyperledger” yang mempunyai kapasiti yang lebih besar untuk memanfaatkan kepantasan transaksi yang ditawarkan (beribu-ribu dan berpotensi berjuta-juta transaksi sesaat).

Objektif pembangunan projek ini adalah seperti berikut:

1. Merumuskan fungsi platform blockchain dengan sistem pungutan zakat yang dilaksanakan.

2. Merancang dan mengembangkan blockchain pungutan zakat melalui platform kontrak pintar (smart contract) berasaskan Distrubuted Hyperledger Technology.

3. Meningkatkan kemampuan perisian(demo blockchain pungutan zakat) dari segi ketelusan, kebolehkesanan dan laporan terkini (real time) yang berkaitan dengan transaksi pungutan dan seterusnya meningkatkan keyakinan orang ramai dalam pembayaran zakat.

Categories: Research Report

Leave a Reply

Your email address will not be published.