Faktor-Faktor Peningkatan Kutipan Dan Pembayar Zakat Ketika Pandemik Covid-19
- Post by: AZKA
- March 22, 2022
- No Comment
Faktor-Faktor Peningkatan Kutipan Dan Pembayar Zakat Ketika Pandemik Covid-19
Kajian yang bertajuk “Faktor-faktor peningkatan kutipan dan pembayar zakat ketika pandemik Covid-19” adalah bertujuan untuk membuat satu analisis peningkatan prestasi bilangan pembayar dan jumlah kutipan zakat dalam tempoh Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Faktor-faktor tersebut ialah pematuhan membayar zakat, keyakinan, pengetahuan mengenai zakat, motivasi membayar zakat, kaedah membayar zakat, peraturan zakat dan ahli lembaga pengurusan serta perkaitan faktor tersebut dengan niat membayar zakat. Kerangka kajian adalah berdasarkan kepada Theory of Planned Behavior.
Kajian ini menggunakan kaedah soal-selidik berkaitan faktor-faktor mendorong individu membayar zakat berdasarkan semakan dan analisis terhadap kajian-kajian lepas. Kaedah Pensampelan ialah Pensampelan Rawak Berstrata Mengikut Nisbah/ Kadar (proportionate stratified random sampling technique).
Sampel kajian adalah 400 orang pembayar zakat yang terbahagi kepada empat (4) kategori iaitu:
- Pembayar Zakat Baru,
- Pembayar zakat tahun 2020 yang membayar lebih dari tahun 2019,
- Pembayar zakat yang telah lama tidak bayar zakat selepas 5 tahun atau lebih dan
- Pembayar zakat yang konsisten dalam tempoh 10 tahun atau lebih.
Analisis regresi dibuat untuk mengukur hubungan bilangan pembayar dan jumlah kutipan zakat. Manakala, analisis korelasi untuk mengukur perkaitan faktor-faktor prestasi kutipan dengan niat membayar zakat.
Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor yang mendapat skor yang tinggi bagi setiap pernyataan. Perkaitan antara faktor-faktor dan niat membayar zakat juga menunjukkan wujudnya perkaitan yang positif. Oleh itu, hasil kajian ini akan mengemukakan cadangan yang sesuai kepada pihak Institusi Zakat sebagai panduan untuk penambahbaikan pengurusan kutipan.
Researchers
Dr Ruziah Ghazali
Ketua Penyelidik Ruziah Ghazali Resources (002567210-P)
Prof Madya Dr Patmawati Ibrahim
Felo Penyelidik Institut Ahli Sunnah wal Jamaah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)