Archives

AZKA Webinar: Cakna Zakat: Agihannya di Mana? (Siri 1 bersama KPBKL)

  • June 21, 2024
  • Comments off

Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Mari sertai webinar khas “Cakna Zakat: Agihannya di Mana”  (Siri 1 Bersama Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur) bagi mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang bagaimana agihan zakat dilaksanakan secara efektif. Bersama-sama, kita akan memahami, dan memperoleh info dan perkembangan terkini berkenaan agihan zakat ini. Jom ikuti secara online eksklusif hanya di Facebook PPZ dan Youtube PPZ untuk webinar ini. Webinar ini akan diadakan pada 26 Jun 2024 (Rabu) membawa tajuk  “Cakna Zakat: Agihannya di Mana” (Siri 1 Bersama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur) seperti berikut: Pembentang: Ustazah Rohayu binti Yusoff (Timb. KPE Akademik & Penyelidikan KPBKL) Moderator: Pn. Nurul Shuhada Mamat (Eksekutif AZKA-PPZ) Tarikh: 26 Jun 2024 (Rabu) Masa: 10.30 am – 12.00 tgh Medium: Live di Facebook & Youtube PPZ-MAIWP  Dalam siri ini, kita akan meneliti apakah peranan KPBKL dari sudut impak pengagihan zakat kepada institusi pendidikan. Ustazah Rohayu akan membawakan pencerahan  yang memberi peluang untuk kita mengetahui bagaimana harta yang kita zakatkan memberi kesan kepada ummah terutama kepada golongan fisabilillah. Mari ketahui hal tersebut dengan lebih meluas.  Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pemahaman anda tentang impak zakat dalam pelbagai konteks yang penting ini. Sertai kami dalam siri-siri yang informatif dan bermanfaat. SIJIL PENYERTAAN akan diberikan. Jom war-warkan kepada rakan-rakan yang lain!  Tekan butang ini untuk muat turun Slide Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

AZKA Webinar Siri-2: AL-DAYN: REALITI HUTANG (“Pengaruh Tingkah Laku Berhutang”)

  • June 14, 2024
  • Comments off

Sertai webinar bersiri AL-DAYN: REALITI HUTANG. Siri ke-2 membawa tajuk “Pengaruh Tingkah Laku Berhutang”: ✨ Pembentang: Dr. Hainnur Aqma Rahim (Pensyarah Kanan UiTM)📆 Tarikh: 14 Jun 2024 (Jumaat)🕒 Masa: 10:00 – 11:30am Dalam siri ini, kita akan meneliti apakah yang dimaksudkan dengan hutang dan aplikasi dan kesan hutang dalam masyarakat 🌟 Untuk maklumat lanjut layari: https://bit.ly/aldayn 🌟 Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan. 🎁 Peserta webinar bertuah berpeluang menerima hadiah eksklusif. Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

AZKA Webinar: SIHAT? MAHAL NILAINYA!

  • June 13, 2024
  • Comments off

⭐️ AZKA Webinar: SIHAT? MAHAL NILAINYA!Mari sertai webinar khas ini bagi mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang persoalan nilai nikmat sihat. 📌 Pembentang: Dr. Ishyak Masud (Pengarah Hospital Pakar Al-Islam)📌 Moderator: En. Muhamad Hazrin (Eksekutif AZKA-PPZ)📆 Tarikh: 13 Jun 2024 (Khamis)🕰 Masa: 10.30 am – 12.00 tgh🖥 Medium: Live di Facebook & Youtube PPZ-MAIWP 🎁 Penanya soalan yang bertuah berpeluang menerima cenderahati. 🔰 E-sijil penyertaan disediakan. Pendaftaran Google Form akan diedarkan ketika sesi berlangsung. Lets Watch Siaran rakaman di bawah: https://www.youtube.com/watch?v=_5NM-WKmTZg

Read More

PROGRAM SEMBANG ILMU SIRI-1 PSNZ-UTM DAN AZKA-PPZ (WEBINAR AZKA CORNER)

  • June 13, 2024
  • Comments off

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Akademi Zakat (AZKA-PPZ) MAIWP akan menganjurkan Program Sembang Ilmu Siri 1 seperti ketetapan berikut: Tarikh : 13 Jun 2024 (Khamis)Masa : 10.00 pagi hingga 12.30 petangTajuk : “Harta Pusaka : Bilakah Harta Pusaka Dapat Diwarisi”Penceramah : Dr. Jaharudin bin Padli Al-Banjari, Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia TerengganuPautan : https://www.facebook.com/OfficialPSNZ/ Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menyertai program ini serta mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu yang akan disampaikan. * Kehadiran ke program ini dikira jam latihan (staf) & Merit MyStar (pelajar) kepada Warga UMT.* e-sijil disertakan 4. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

PROGRAM BICARA PAKAR UITM DUNGUN BERSAMA AKPK (WEBINAR AZKA CORNER)

  • June 11, 2024
  • Comments off

📮𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐔𝐍𝐒𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐑𝐄𝐃𝐈𝐓 (𝐀𝐊𝐏𝐊)Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Jom belajar cara pengurusan kewangan dengan lebih bijak bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada ketetapan seperti berikut:- 💰 Tajuk: Urus Wang, Minda Tenang🗓 Tarikh: 11 Jun 2024, Selasa⏰ Masa: 10.00 pagi – 11.30 pagi📍Disiarkan secara langsung di Facebook: https://www.facebook.com/library.uitm.terengganu 📢 Penyertaan adalah PERCUMA. Semua dijemput hadir! ✅ Jam Latihan Staf UiTM, dan eMerit Pelajar UiTMCT disediakan. Terima kasih. Dibawakan kepada anda oleh:* Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu* AZKA-PPZ Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

Bedah Buku Zakat bersama KITAB siri ke-3

  • May 23, 2024
  • Comments off

Bedah Buku ke-III bersama Kolej Islam Teknologi Antarabangsa P. Pinang (KITAB) dan AZKA-PPZ Mari menimba pengetahuan dalam satu program khas kerjasama antara Akademi Zakat (AZKA-PPZ) dan KITAB: 📖 Tajuk Buku: Fundamentals of Islamic Wealth Management📌 Perkongsian oleh: Dr Nur Farhana Abdul Aziz (Ketua, Pusat Bahasa dan Pengajian Umum KITAB)📆 Tarikh: 23 Mei 2024 (Khamis)🕰 Masa: 11.00 – 11.30 AM🖥 Medium: Siaran di https://www.facebook.com/myzakat & https://www.youtube.com/ppztv SEMUA DIJEMPUT HADIR. Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

Kunjungan Pelajar FEM USIM – Kajian Pemasaran

  • May 23, 2024
  • Comments off

23 Mei 2024, telah diadakan satu sesi temubual bersama pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Semoga dengan temubual yang dijalankan dapat membantu pelajar terbabit menghasilkan satu dapatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Islam seluruhnya.

Read More

Kunjungan Penyelidik dari UiTM Segamat – Kajian Adaptasi Fiqh Zakat Terhadap Content Creator (Geran Kajian MAINS)

  • May 20, 2024
  • Comments off

20 Mei 2024 – Telah diadakan satu sesi temubual bersama penyelidik dari UiTM Segamat, Johor. Kehadiran tersebut bagi mendapat maklum balas dan data dari AZKA-PPZ bagi membantu kajian bertajuk Adaptasi Fiqh Jenis Zakat Terhadap Pendapatan Penyedia Kandungan (Content Creator) di Media Sosial. Kajian tersebut adalah geran penyelidikan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). UiTM Segamat diwakili oleh En. Mohamad Zaki Razaly dan Ust. Mohd Ayadi Redzuan. Semoga dengan temubual yang dijalankan dapat membantu mereka menghasilkan satu dapatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Islam seluruhnya.

Read More

Kunjungan Penyelidik dari UKM – Dr. Aliyu D. Muhammad (Nigeria)

  • May 16, 2024
  • Comments off

16 Mei 2024 – Telah diadakan satu sesi temubual bersama penyelidik dari UKM. Kehadiran tersebut bagi mendapat maklum balas dan data dari AZKA-PPZ bagi membantu kajian bertajuk Harnessing the Potentials of Waqf Using Block Chain Technology in Nigeria: Some Lessons from Malaysia. UKM diwakili oleh Dr. Aliyu D. Muhammad (Nigeria). Semoga dengan temubual yang dijalankan dapat membantu mereka menghasilkan satu dapatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Islam seluruhnya.

Read More