Kunjungan Penyelidik dari UiTM Segamat – Kajian Adaptasi Fiqh Zakat Terhadap Content Creator (Geran Kajian MAINS)

Kunjungan Penyelidik dari UiTM Segamat – Kajian Adaptasi Fiqh Zakat Terhadap Content Creator (Geran Kajian MAINS)

20 Mei 2024 – Telah diadakan satu sesi temubual bersama penyelidik dari UiTM Segamat, Johor. Kehadiran tersebut bagi mendapat maklum balas dan data dari AZKA-PPZ bagi membantu kajian bertajuk Adaptasi Fiqh Jenis Zakat Terhadap Pendapatan Penyedia Kandungan (Content Creator) di Media Sosial. Kajian tersebut adalah geran penyelidikan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

UiTM Segamat diwakili oleh En. Mohamad Zaki Razaly dan Ust. Mohd Ayadi Redzuan.

Semoga dengan temubual yang dijalankan dapat membantu mereka menghasilkan satu dapatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Islam seluruhnya.

Categories: Past Events
Tagged: