Archives

[AZKA Corner@UPTM] PROGRAM BEDAH BUKU – Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum dan Sains

  • July 27, 2026
  • Comments off

Jom Ikuti Sesi Bedah Buku & Tambah Ilmu! Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Al-Khawarizmi Information Resources Centre (AKIRC) menjemput anda ke Program Bedah Buku AKIRC bersama Dr. Zuriani bt Ibrahim yang akan mengupas buku: Ensiklopedia Solat: Kombinasi Fakta Hukum dan Sains Jom luangkan sedikit masa untuk dengar perkongsian menarik, tambah pengetahuan dan lihat ibadah solat daripada sudut hukum, fakta serta sains. Sesi ini santai, tetapi penuh dengan ilmu yang bermanfaat! Tarikh: 28 Julai 2026, Selasa Masa: 3.00 petang Tempat: Al-Khawarizmi Information Resources Centre, AKIRC Tak dapat hadir secara fizikal? Jangan risau, penyertaan melalui Google Meet juga dialu-alukan. Pautan: https://meet.google.com/ocp-uifp-smy Ajak kawan-kawan dan jumpa anda di AKIRC! Santai-santai pun, ilmu tetap sampai. #AKIRC #UPTM #AZKA-PPZ #AZKACORNER #PPZ-MAIWP

Read More

[AZKA Corner@Perpustakaan KIAS] DISKUSI | PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI ERA AI: PELUANG CABARAN DAN MASA DEPAN GURU

  • July 27, 2026
  • Comments off

DISKUSI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI ERA AI: PELUANG CABARAN DAN MASA DEPAN GURU   MODERATOR: ENCIK AHMAD HAZMAN BIN ALI Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Insan (FPPI) PANEL: PUAN MASLINI BINTI MOHAMAD Koordinator Program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Insan (FPPI) Tarikh: 21 Julai 2026 (Selasa)  Masa: 11.00 pagi Platform: Facebook Live KIAS https://www.facebook.com/share/1Dp6Emxhby/   Peserta akan menerima e-Sijil Pautan pendaftaran akan diberikan pada siaran webinar berlangsung    Anjuran Bersama: Perpustakaan KIAS | Akademi Zakat PPZ | Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Insan (FPPI)

Read More

[AZKA Corner@Perpustakaan KITAB] WEBINAR BEDAH BUKU : “Kenali Hadis Sahih, Hasan & Daif”

  • July 27, 2026
  • Comments off

WEBINAR BEDAH BUKU : “Kenali Hadis Sahih, Hasan & Daif”   Ingin memahami dengan lebih jelas perbezaan antara hadis sahih, hasan dan daif?   Ikuti perkongsian ilmiah daripada: Penyampai: Ustaz Muhaimin bin Ahmad Pensyarah, Pusat Pengajian Islam & Ilmu Kontemporari   21 Julai 2026, Selasa 11.00 pagi   Saksikan siaran menerusi: Facebook AZKA – https://web.facebook.com/share/v/1cVM2aB9zz/ Telegram AZKA (Akademi Zakat) – https://web.telegram.org/k/#@AZKAakademizakat   Luangkan masa untuk menambah ilmu dan memahami asas penting dalam mengenali kedudukan serta penerimaan sesuatu hadis.   #AZKA #AZKAPPZ #KITAB #BedahBuku #WebinarIlmu #HadisSahih #HadisHasan #HadisDaif #AkademiZakat

Read More

AZKA-PPZ X SAHABAT ZAKAT@UTM KL

  • July 16, 2026
  • Comments off

SAHABAT ZAKAT @ UTMKL KEMBALI LAGI!   Jom sertai sesi santai dan penuh inspirasi bersama Ustazah Nazirah dan selebriti jemputan, Elfira Loy, dalam Program Sahabat Zakat @ UTMKL.  Dapatkan perkongsian bermanfaat mengenai pengurusan kewangan, amalan berzakat serta keberkatan dalam kehidupan.  22 Julai 2026 12.00 tengah hari – 1.00 petang  Dewan Seminar, Menara Razak, UTMKL    Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dalam program istimewa ini. Jumpa di sana ya!    #SahabatZakat #AZKAPPZ #PPZMAIWP #UTMKL #ZakatMembawaBerkat #ElfiraLoy #UstazahNazirah

Read More

[AZKA Corner@Perpustakaan KIAS] WEBINAR FIQH ZAKAT SHEIKH YUSUF QARADHAWI

  • July 9, 2026
  • Comments off

WEBINAR FIQH ZAKAT SHEIKH YUSUF QARADHAWI   Panel Penceramah: USTAZ AHMAD MUZZAMMIL BIN MOHAMMAD NAJIB Pensyarah Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (FPIB) USTAZ SAEID RAMADHAN BIN MOHD SHAKRIPensyarah Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (FPIB) Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis) Masa: 11.00 pagi Platform: Facebook Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)   Peserta akan menerima e-Sijil Pautan pendaftaran akan diberikan pada siaran webinar berlangsung  Anjuran Bersama: Perpustakaan KIAS | Akademi Zakat PPZ | Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (FPIB)

Read More

[AZKA Corner@Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu] TELAAH: Resensi Buku – Check Out Dulu, Fikir Kemudian

  • July 6, 2026
  • Comments off

𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐒𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐂𝐇𝐄𝐂𝐊 𝐎𝐔𝐓 𝐃𝐔𝐋𝐔, 𝐅𝐈𝐊𝐈𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐈𝐀𝐍?: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐄𝐑𝐀 𝐓𝐈𝐊𝐓𝐎𝐊, 𝐒𝐇𝐎𝐏𝐄𝐄 & 𝐁𝐍𝐏𝐋 Di sebalik kepesatan trend semasa dan kemudahan berbelanja di hujung jari, di manakah letaknya sempadan kita sebagai seorang pengguna Muslim? Perpustakaan Cendekiawan dengan kerjasama AZKA-PPZ menjemput seluruh warga UiTM untuk menyertai Program Tela’ah Resensi Buku yang mengupas tajuk menarik ini berdasarkan buku The Principle of Islamic Consumer Behaviour. Ketetapan program adalah seperti berikut: Tarikh: 6 Julai 2026, Isnin Masa: 10.30 pagi – 11.30 pagi Tempat: Sudut AZKA@Library Community Engagement, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun Siaran langsung: YouTube Perpustakaan Cendekiawan Pautan: https://www.youtube.com/@perpustakaancendekiawan3682 Semua dijemput hadir. #UiTMDihatiku #UiTM7Dekad #PerpustakaanCendekiawan #Telaah #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

Read More

[AZKA Corner@UPTM] PROGRAM BEDAH BUKU – Kembara Ilmu, Rasa dan Hikmah di Mexico

  • July 6, 2026
  • Comments off

JOM SERTAI PROGRAM BEDAH BUKU UPTM!  Pernahkah anda terfikir bagaimana sebuah pengembaraan mampu mengubah cara kita melihat dunia? Mari bersama-sama menyelami kupasan buku “¿Cómo Estás, Ixtlahuaca? – Kembara Ilmu, Rasa dan Hikmah di Mexico” bersama YBrs. Dr. Mohd Erfino bin Johari, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan), UPTM. Saksikan perkongsian pengalaman, inspirasi serta pengajaran berharga yang sarat dengan nilai ilmu, budaya dan hikmah hasil pengembaraan ke Mexico. Tarikh: 6 Julai 2026 (Isnin) Masa: 2.30 Petang Tempat: Al-Khawarizmi Information Resource Centre (AKIRC), UPTM Ayuh hadir dan rebut peluang untuk menambah ilmu, meluaskan perspektif serta menghayati kisah yang mampu memberi inspirasi kepada kita semua. Jumpa anda di sana!  #UPTM #AKIRC #ProgramBedahBuku #BudayaMembaca #KembaraIlmu #BeAnAmazingYou #TogetherEveryoneAchieveMore

Read More

[AZKA Corner@Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu] TECHTALK: Evolusi AI Generatif 2026

  • June 27, 2026
  • Comments off

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊𝐈𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐓𝐀𝐋𝐊 – 𝐄𝐕𝐎𝐋𝐔𝐒𝐈 𝐀𝐈 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐓𝐈𝐅 𝟐𝟎𝟐𝟔 Kecerdasan Buatan (AI) semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, mengubah cara kita bekerja, belajar dan berinovasi. Sejauh manakah teknologi AI Generatif akan membentuk masa hadapan kita? Ayuh sertai sesi perkongsian istimewa yang akan membincangkan perkembangan terkini AI Generatif, impaknya terhadap dunia pendidikan dan pekerjaan, serta peluang dan cabaran yang perlu dihadapi dalam era digital yang semakin berkembang pesat. 🎙️ Penceramah: En. Khairul Ikhwan Zulkefli, Ketua Pegawai Eksekutif, Gig Venture Sdn. Bhd.📅 Tarikh: 29 Jun 2026, Isnin🕙 Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari.📍 Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun.🎥Siaran langsung : https://www.youtube.com/@perpustakaancendekiawan3682 ✨ Pengisian:✅ Evolusi AI Generatif dan trend terkini✅ Penggunaan AI dalam pendidikan dan industri✅ Peluang kerjaya dalam era kecerdasan buatan✅ Cabaran etika dan keselamatan penggunaan AI✅ Demonstrasi aplikasi AI yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan memahami bagaimana teknologi AI Generatif mampu menjadi pemangkin kepada transformasi digital masa hadapan. #UiTMDihatiku #UiTM7Dekad #UiTMCawanganTerengganu #PerpustakaanCendekian #Aigeneratif https://www.youtube.com/live/ifHjhgs5Lj0

Read More

Akademi Profesor Malaysia (APM) Strengthening Collaboration with PPZ-MAIWP

  • June 27, 2026
  • Comments off

Akademi Profesor Malaysia (APM) Presents Digital Transformation Proposals for Zakat and Waqf Institutions, Strengthening Collaboration with PPZ-MAIWP 24 June 2026 (Wednesday) – PPZ-MAIWP received a courtesy visit from the delegation of Akademi Profesor Malaysia (APM), led by Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha, to discuss opportunities for strategic collaboration in strengthening zakat and waqf management through data and research. During the session, APM presented several high-impact research proposals to support the digital transformation of zakat and waqf institutions. As a Zakat Collection Agent of PPZ-MAIWP, APM also expressed its continued commitment to contributing academic and research expertise towards the development of a more sustainable zakat ecosystem with greater impact on the ummah. This strategic collaboration between PPZ-MAIWP and APM is hoped to serve as a catalyst for the adoption of technology that is more ethical, secure and inclusive, while further strengthening zakat and waqf institutions as instruments for the socioeconomic development of the Muslim community.

Read More

[SAHABAT ZAKAT @IPGKIK] Urus Pendapatan, Kejar Keberkatan

  • June 25, 2026
  • Comments off

Urus Pendapatan, Kejar Keberkatan: Pesanan PU Amin & Nabila Razali Buat Bakal Pendidik IPGKIK   24 JUN 2026 – Sekitar sorotan suasana meriah Program Sahabat Zakat @ IPGKIK yang berlangsung hari ini di Dewan Dato’ Razali Ismail. Program yang dihadiri lebih 300 orang warga kampus IPGKIK ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Program strategik anjuran PPZ-MAIWP ini juga menampilkan dua panel jemputan khas, iaitu PU Amin dan Nabila Razali. Selain meningkatkan kesedaran mengenai kewajipan berzakat, sesi dialog interaktif ini turut menekankan aspek pengurusan kewangan bagi mendepani cabaran ekonomi khususnya buat golongan muda yang telahpun memperolehi pendapatan sendiri. Antara intipati penting perkongsian barisan panel termasuklah nilai keberkatan dalam gaji yang diperolehi. Di samping itu, PU Amin dan Nabila Razali turut menekankan bahawa konsep memberi menerusi zakat dan sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menjadi pemangkin kepada keberkatan dan kelestarian rezeki yang diperoleh. Alhamdulillah, kami di pihak PPZ-MAIWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IPGKIK, barisan panel, serta seluruh warga kampus yang menjayakan program ini. Semoga pengisian ini mampu melahirkan barisan bakal pendidik yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah bijak dan berintegriti dalam menguruskan kewangan harian.   #SahabatZakat #IPGKIK #PPZMAIWP #PengurusanKewangan #KesedaranZakat #BakalPendidik

Read More