Archives

Kerjasama Penyelidikan AZKA – KPBKL

  • May 13, 2024
  • Comments off

AZKA-PPZ telah menawarkan geran penyelidikan kepada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) AZKA-PPZ dan KPBKL terus memperkukuh kerjasama dalam bidang penyelidikan, terbaharu melalui projek penyelidikan yang memfokus kepada amalan pengurusan risiko dalam kutipan zakat. Susulan itu satu perbincangan antara pasukan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) PPZ MAIWP dengan kumpulan penyelidik KPBKL berlangsung pada 13 Mei 2024. Perbincangan dihoskan oleh En. Azlan Shaari, Pengurus Besar Operasi (Dalam) PPZ MAIWP. Kumpulan penyelidik KPBKL diketuai oleh Dr. Mohamad Fitri Mohamad Yusoff. Melalui kerjasama ini, PPZ MAIWP telah memperuntukan geran berjumlah RM25,000 dalam usaha mempertingkatkan amalan pengurusan risiko dalam kutipan zakat. Dapatan kajian kelak bukan sahaja akan dimanfaatkan untuk meningkatkan amalan pengurusan risiko di PPZ MAIWP, tetapi juga akan dikongsi (sharing best practice) kepada institusi-institusi zakat yg lain di Malaysia melalui penerbitan jurnal, prosiding dan persidangan. Kerjasama ini menyusuli beberapa kerjasama terdahulu antaranya kajian terhadap ikon zakat public listed company Koperasi Remisier Bumiputra (KRB) – KPBKL – PPZ 2020 dengan geran berjumlah RM50’000, kajian wakalah korporat di kalangan syarikat (KPBKL – PPZ) dan potongan gaji zakat pendapatan di kalangan guru (KPBKL – PPZ) dengan geran masing-masin berjumlah RM20,000. Sebagai institusi yg terlibat secara langsung dalam ekosistem zakat, kedua-dua insitusi sentiasa melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kpd pihak-pihak berkepentingan. Untuk rekod PPZ adalah agensi kutipan zakat dan wakaf tunai di Wilayah Persekutuan merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP). PPZ menjadi contoh institusi kutipan zakat di Malaysia kerana bukan sahaja ditadbir secara korporat dan menerima Pesijilan ISO, malah mengaplikasi teknologi pengkomputeran sejak awal pengoperasiannya bermula 1991. Sementara KPBKL adalah Institusi Pengajian Tinggi berstatus kolej milik MAIWP, merupakan antara instrumen agihan zakat melalui pendidikan. Para pelajar dari kalangan asnaf/B40 yg melanjutkan pengajian di KPBKL layak menerima bantuan zakat dalam bentuk yuran pengajian dan elaun sara diri. Berbekalkan kepakaran dalam ekosistem zakat dan filontropi, KPBKL telah menawarkan Diploma Pengurusam Zakat dan Wakaf sejak 2015. Peluang terbuka luas bagi lepasan SPM yang berminat mendalami bidang filontropi (zakat dan waqaf) di KPBKL.

Read More

WEBINAR JIKA SAKIT, BAGAIMANA SOLATNYA?

  • May 9, 2024
  • Comments off

⭐️ AZKA Webinar: JIKA SAKIT, BAGAIMANA SOLATNYA? Mari sertai webinar khas ini bagi mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang persoalan solat ketika sakit dan berkaitan dengannya. 📌 Pembentang: Ustazah Nurul Aisyah Amir Ramli (Hospital Pakar al-Islam) 📌 Moderator: Pn. Nurul Shuhada Mamat (Eksekutif AZKA-PPZ)📆 Tarikh: 9 Mei 2024 (Khamis)🕰 Masa: 10.30 am – 12.00 tgh🖥 Medium: Live di Facebook & Youtube PPZ-MAIWP 🎁 Penanya soalan yang bertuah berpeluang menerima cenderahati. 🔰 E-sijil penyertaan disediakan. Pendaftaran Google Form akan diedarkan ketika sesi berlangsung. Muat turun slide pembentangan: Klik sini Lets Watch: Siaran rakaman di bawah:

Read More

Etiqa AZKA-PPZ Corner @ KIAS

  • May 8, 2024
  • Comments off

The 9th AZKA Corner Established at KIAS, Kelantan   The 9th AZKA Corner was established at Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) in Kelantan in August 2022. This initiative reflects the continuous commitment of Akademi Zakat (AZKA), PPZ-MAIWP in strengthening zakat literacy and expanding access to knowledge resources among the public, students, and academic communities. The objective of this collaboration is to create greater awareness and understanding of zakat among the public and students. The zakat-related books and reading materials provided at this reading corner are expected to benefit the students and lecturers of KIAS as reference materials for learning, teaching, and research purposes. The Reading Corner Etiqa AZKA-PPZ @ KIAS was officially inaugurated on 18 May 2024. The reading corner is located at the KIAS Library and was made possible through the contribution and collaboration of Etiqa Family Takaful Berhad and Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). The inauguration ceremony was attended by the Rector of KIAS, YABrs. Prof. Emeritus Dr. Ab Aziz bin Mohd Zin; YABrs. En. Zafri bin Ab Halim, Chief Executive Officer of Etiqa Family Takaful Berhad; YBhg. En. Fahmi bin Ismail, General Manager of External Operations, PPZ-MAIWP; and En. Muhsin Nor Paizin, Manager of AZKA-PPZ. Through this initiative, AZKA-PPZ hopes to further cultivate reading culture, enhance zakat awareness, and support knowledge-sharing efforts within higher education institutions.   https://azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2024/05/video6183516827537117150.mp4

Read More

AZKA Webinar Siri-1: AL-DAYN: REALITI HUTANG (“Hutang dari Perspektif Syarak”)

  • May 2, 2024
  • Comments off

Sertai webinar bersiri AL-DAYN: REALITI HUTANG. Siri Pertama membawa tajuk “Hutang dari Perspektif Syarak”: ✨ Bersama: Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin (Konsultan Syariah Institusi Kewangan Islam)📆 Tarikh: 2 Mei 2024 (Khamis)🕒 Masa: 10:00 – 11:30am Dalam siri ini, kita akan meneliti apakah yang dimaksudkan dengan hutang dan aplikasi dan kesan hutang dalam masyarakat 🌟 Untuk maklumat lanjut layari: https://bit.ly/aldayn 🌟 Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan. 🎁 Peserta webinar bertuah berpeluang menerima hadiah eksklusif. Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

AZKA WEBINAR BERSIRI: AL-DAYN: REALITI HUTANG

Rujuk laman utama: https://azka.zakat.com.my/webinar-bersiri-al-dayn-realiti-hutang Mari sertai webinar bersiri al-Dayn bagi mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang realiti hutang dalam kehidupan seharian kita. Bersama-sama, kita akan memahami, dan memperoleh info dan perkembangan terkini berkenaan hutang. Jom ikuti secara online eksklusif hanya di Facebook PPZ dan Youtube PPZ untuk ketiga-tiga siri ini: Kelebihan menyertai webinar bersiri ini: 1. Memahami lebih mendalam tentang perbahasan tentang hutang dari perspektif syarak. 2. E-sijil disediakan. Pendaftaran Google Form diperlukan. 3. Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan. 4. Penyertaan percuma. Kandungan Webinar Bersiri: Al-Dayn: Realiti Hutang Hutang dari Perspektif Syarak Pengaruh Tingkah Laku Berhutang Kesan Psikologi Terhadap Orang Berhutang Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pemahaman anda tentang hutang dalam pelbagai konteks yang penting ini. Sertai kami dalam siri-siri yang informatif dan bermanfaat!

Read More

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H

  • April 3, 2024
  • Comments off

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H. Minal ‘Aidin wal-Faizin. ‎Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu amalan-amalan kebaikan. Amin. MAAF ZAHIR DAN BATIN atas segala kekhilafan. Ikhlas daripada kami: Akademi Zakat (AZKA) PPZ-MAIWP 📩 Untuk lebih banyak info, ikuti kami di telegram: https://t.me/AZKAakademizakat

Read More

SEMBANG-SEMBANG ASNB: KALAU DAH BAYAR ZAKAT PERLU KE BAYAR CUKAI?

  • April 3, 2024
  • Comments off

Pada asasnya zakat dan cukai adalah dua perkara yang berbeza. Zakat merupakan Rukun Islam ke tiga dan hukumnya wajib bagi mereka yang cukup syarat-syaratnya. Cukai pula adalah suatu peraturan atau bentuk bayaran yang dikenakan oleh kerajaan untuk perbelanjaan negara ke atas individu atau syarikat yang mempunyai pendapatan. Zakat digunakan untuk membangunkan ekonomi Islam dan membantu asnaf dan fakir miskin untuk hidup seperti mana insan lain. Cukai pula digunakan untuk pembangunan negara seperti pembinaan infrastruktur dan lain-lain. Persoalan yang sering bermain di minda masyarakat kita adalah Kalau Dah Bayar Zakat, Perlu ke Bayar Cukai? Antara zakat dan cukai, perlu ke bayar kedua-duanya? Atau boleh bayar salah satu? Betul ke Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Untuk menjawab persoalan ini, jom bersama kami dalam Webinar Sembang-Sembang ASNB dengan topik “Kalau Dah Bayar Zakat, Perlu ke Bayar Cukai?” bersama Encik Muhamad Hazrin Sayuti, Pegawai Zakat AZKA-PPZ pada 5 April 2024 (Jumaat) jam 10.30 pagi secara langsung menerusi Teams. Jumpa anda di sana! Klik link berikut untuk menyertai webinar melalui Teams : Short Link : https://bit.ly/49bLLPgMeeting ID: 461 104 432 002Passcode: Pb3Ak5 Tonton siaran ulangan disini:

Read More

WEBINAR ZAKAT PENDAPATAN: WAJIB KE?

  • March 31, 2024
  • Comments off

⭐️ AZKA Webinar-ZAKAT PENDAPATAN: WAJIB KE? Mari sertai webinar khas ini bagi mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang fiqh zakat pendapatan dalam kehidupan seharian kita. Bersama-sama, kita akan memahami, dan memperoleh info dan perkembangan terkini berkenaan zakat pendapatan.t: 📌 Pembentang: YBhg. Ustaz Burhanuddin Lukman (Ahli Lembaga Pengarah PPZ-MAIWP) 📌 Moderator: Pn. Nurul Shuhada Mamat (Eksekutif AZKA-PPZ)📆 Tarikh: 4 April 2024 (Khamis)🕰 Masa: 10.00 am – 11.30 pagi🖥 Medium: Live di Facebook & Youtube PPZ-MAIWP 🎁 Penanya soalan yang bertuah berpeluang menerima cenderahati. 🔰 E-sijil penyertaan disediakan. Pendaftaran Google Form akan diedarkan ketika sesi berlangsung. Muat turun slide pembentangan: Klik sini Lets Watch: Siaran rakaman di bawah:

Read More

WEBINAR MEMANFAATKAN AMALAN ZAKAT DAN CUKAI

  • March 20, 2024
  • Comments off

AZKA Webinar: MEMANFAATKAN AMALAN ZAKAT DAN CUKAI Dapatkan panduan dan nasihat daripada pakar tentang bagaimana anda boleh memanfaatkan zakat dan cukai secara optimum. Webinar ini akan menampilkan panel khas seperti berikut: 📌 Panel 1: YBhg. Dato’ Hj. Abd Aziz Abu Bakar (Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia) 📌 Panel 2 : YBrs. Tuan. Rohaizad bin Abd Fandi (Eksekutif Hasil Kanan 1, LHDN). 📌 Moderator: Tn. Hj. Khairulazhar Samsudin (Pen Pengurus Besar R&D PPZ-MAIWP) 📆 Tarikh: 20 Mac 2024 (Rabu) 🕰 Masa: 10.30 am – 12.00 tgh 🖥 Medium: Live di Facebook & Youtube PPZ-MAIWP 🎁 Penanya soalan yang bertuah berpeluang menerima cenderahati. 🔰 E-sijil penyertaan disediakan. Pendaftaran Google Form akan diedarkan ketika sesi berlangsung. Lets Watch Siaran rakaman di bawah: https://www.youtube.com/watch?v=zSgSiWoI53E

Read More

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development

  • March 5, 2024
  • Comments off

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development FLIPBOOK PDF The function and contribution of zakat and waqf are explicit and frequently emphasised in many discourses. The contributions of these two tools to the economic development of women and community, on the other hand, appear to be underappreciated. Meanwhile, the contributions may trigger a reciprocal process in which women who benefit from zakat and waqf will play an ideal role in helping to expand the potential of zakat and waqf to other target groups. As a result, it is advised that themes of women’s and community development be highlighted in the zakat discourse through the creation of publications on the subject. This immediately explains the importance of zakat and waqf, which are so comprehensive and take into consideration every element of Muslim life in general. As a result, this book seeks to fulfil contemporary demands. Aside from being a research study, it may also serve as a reference for organizations concerned, such as zakat institutions and other institutions, in developing plans connected to zakat and waqf for Muslim growth, particularly in the dimension of women and community. Download Article by Chapter CHAPTER 1 Zakat Distribution: Impact On Economics And Women Entrepreneur Author: Mohammad Syukri Bin Jalil CHAPTER 2 Proposed Co-Working Space Establishment For Muslim Women Via Zakat And Waqf Management From Malaysia Context Towards Achievement Of SDGs Authors: Nazatul Shima Abdul Rani, Mohd Fahmi Sirun, K. Sarojani Devi Krishnan & Khairul Azizan Suda CHAPTER 3 Peningkatan Pendapatan Dan Kesejahteraan Wanita Dalam Komuniti Masa@Sungai Nibong: Cabaran Dan Strategi Authors: Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor & Shereeza Mohamed Saniff CHAPTER 4 Zakat And Waqf As Financial Sustainability Tools Among The Womenpreneur In The B40 Community: A Qualitative Observation Of The Jarum Emas Project Authors: Syarah Syahira Mohd Yusoff, Ieman Huda Adnan, Romzie Rosman & Rusni Hassan CHAPTER 5 Kutipan Zakat Dan Wakaf Tunai Mengikut Jantina Di Wilayah Persekutuan Dan Sumbangan Golongan Wanita Authors: Muhsin Nor Paizin, Nurul Shuhada Mamat & Muhamad Hazrin Sayuti CHAPTER 6 Factors On Lecturer’s Intention Towards Zakat Contribution Author: Nor Linda Binti Mokhtar CHAPTER 7 Analysis Of Lecturers’ Involvement In Cash Waqf For Polytechnic Development Authors: Zakiah Binti Shafie, Zatul Karamah Ahmad Baharul Ulum & Md Nazri Bin Md Nor CHAPTER 8 GESE: A Holistic Model For Future Global Socioeconomic Challenges Authors: Mohd Suffian bin Mohamed Esa & Wan Nur Fazni binti Wan Mohamad Nazarie CHAPTER 9 Kaedah Peningkatan Kutipan Zakat Pertanian Di Negeri Kedah Darul Aman: Kajian Analisis Authors: Ahmad Khilmy Bin Abdul Rahim & Mohd Murshidi Mohd Noor CHAPTER 10 Mekanisme Dakwah Zakat: Pengalaman Wilayah Persekutuan Authors: Muhsin Nor Paizin, Muhamad Hazrin Sayuti & Nurul Shuhada Mamati Editorial Team Muhsin Nor Paizin Akademi Zakat Nurul Shuhada Mamat Akademi Zakat Muhamad Hazrin Sayuti Akademi Zakat

Read More