Archives

AZKA Webinar Siri-2: AL-DAYN: REALITI HUTANG (“Pengaruh Tingkah Laku Berhutang”)

  • June 14, 2024
  • Comments off

Sertai webinar bersiri AL-DAYN: REALITI HUTANG. Siri ke-2 membawa tajuk “Pengaruh Tingkah Laku Berhutang”: ✨ Pembentang: Dr. Hainnur Aqma Rahim (Pensyarah Kanan UiTM)📆 Tarikh: 14 Jun 2024 (Jumaat)🕒 Masa: 10:00 – 11:30am Dalam siri ini, kita akan meneliti apakah yang dimaksudkan dengan hutang dan aplikasi dan kesan hutang dalam masyarakat 🌟 Untuk maklumat lanjut layari: https://bit.ly/aldayn 🌟 Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan. 🎁 Peserta webinar bertuah berpeluang menerima hadiah eksklusif. Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

AZKA Webinar: SIHAT? MAHAL NILAINYA!

  • June 13, 2024
  • Comments off

⭐️ AZKA Webinar: SIHAT? MAHAL NILAINYA!Mari sertai webinar khas ini bagi mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang persoalan nilai nikmat sihat. 📌 Pembentang: Dr. Ishyak Masud (Pengarah Hospital Pakar Al-Islam)📌 Moderator: En. Muhamad Hazrin (Eksekutif AZKA-PPZ)📆 Tarikh: 13 Jun 2024 (Khamis)🕰 Masa: 10.30 am – 12.00 tgh🖥 Medium: Live di Facebook & Youtube PPZ-MAIWP 🎁 Penanya soalan yang bertuah berpeluang menerima cenderahati. 🔰 E-sijil penyertaan disediakan. Pendaftaran Google Form akan diedarkan ketika sesi berlangsung. Lets Watch Siaran rakaman di bawah: https://www.youtube.com/watch?v=_5NM-WKmTZg

Read More

PROGRAM SEMBANG ILMU SIRI-1 PSNZ-UTM DAN AZKA-PPZ (WEBINAR AZKA CORNER)

  • June 13, 2024
  • Comments off

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Akademi Zakat (AZKA-PPZ) MAIWP akan menganjurkan Program Sembang Ilmu Siri 1 seperti ketetapan berikut: Tarikh : 13 Jun 2024 (Khamis)Masa : 10.00 pagi hingga 12.30 petangTajuk : “Harta Pusaka : Bilakah Harta Pusaka Dapat Diwarisi”Penceramah : Dr. Jaharudin bin Padli Al-Banjari, Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia TerengganuPautan : https://www.facebook.com/OfficialPSNZ/ Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menyertai program ini serta mengambil manfaat daripada perkongsian ilmu yang akan disampaikan. * Kehadiran ke program ini dikira jam latihan (staf) & Merit MyStar (pelajar) kepada Warga UMT.* e-sijil disertakan 4. Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

PROGRAM BICARA PAKAR UITM DUNGUN BERSAMA AKPK (WEBINAR AZKA CORNER)

  • June 11, 2024
  • Comments off

📮𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐔𝐍𝐒𝐄𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐑𝐄𝐃𝐈𝐓 (𝐀𝐊𝐏𝐊)Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Jom belajar cara pengurusan kewangan dengan lebih bijak bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada ketetapan seperti berikut:- 💰 Tajuk: Urus Wang, Minda Tenang🗓 Tarikh: 11 Jun 2024, Selasa⏰ Masa: 10.00 pagi – 11.30 pagi📍Disiarkan secara langsung di Facebook: https://www.facebook.com/library.uitm.terengganu 📢 Penyertaan adalah PERCUMA. Semua dijemput hadir! ✅ Jam Latihan Staf UiTM, dan eMerit Pelajar UiTMCT disediakan. Terima kasih. Dibawakan kepada anda oleh:* Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu* AZKA-PPZ Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

Bedah Buku Zakat bersama KITAB siri ke-3

  • May 23, 2024
  • Comments off

Bedah Buku ke-III bersama Kolej Islam Teknologi Antarabangsa P. Pinang (KITAB) dan AZKA-PPZ Mari menimba pengetahuan dalam satu program khas kerjasama antara Akademi Zakat (AZKA-PPZ) dan KITAB: 📖 Tajuk Buku: Fundamentals of Islamic Wealth Management📌 Perkongsian oleh: Dr Nur Farhana Abdul Aziz (Ketua, Pusat Bahasa dan Pengajian Umum KITAB)📆 Tarikh: 23 Mei 2024 (Khamis)🕰 Masa: 11.00 – 11.30 AM🖥 Medium: Siaran di https://www.facebook.com/myzakat & https://www.youtube.com/ppztv SEMUA DIJEMPUT HADIR. Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

Kunjungan Pelajar FEM USIM – Kajian Pemasaran

  • May 23, 2024
  • Comments off

23 Mei 2024, telah diadakan satu sesi temubual bersama pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Semoga dengan temubual yang dijalankan dapat membantu pelajar terbabit menghasilkan satu dapatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Islam seluruhnya.

Read More

Kunjungan Penyelidik dari UiTM Segamat – Kajian Adaptasi Fiqh Zakat Terhadap Content Creator (Geran Kajian MAINS)

  • May 20, 2024
  • Comments off

20 Mei 2024 – Telah diadakan satu sesi temubual bersama penyelidik dari UiTM Segamat, Johor. Kehadiran tersebut bagi mendapat maklum balas dan data dari AZKA-PPZ bagi membantu kajian bertajuk Adaptasi Fiqh Jenis Zakat Terhadap Pendapatan Penyedia Kandungan (Content Creator) di Media Sosial. Kajian tersebut adalah geran penyelidikan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). UiTM Segamat diwakili oleh En. Mohamad Zaki Razaly dan Ust. Mohd Ayadi Redzuan. Semoga dengan temubual yang dijalankan dapat membantu mereka menghasilkan satu dapatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Islam seluruhnya.

Read More

Kunjungan Penyelidik dari UKM – Dr. Aliyu D. Muhammad (Nigeria)

  • May 16, 2024
  • Comments off

16 Mei 2024 – Telah diadakan satu sesi temubual bersama penyelidik dari UKM. Kehadiran tersebut bagi mendapat maklum balas dan data dari AZKA-PPZ bagi membantu kajian bertajuk Harnessing the Potentials of Waqf Using Block Chain Technology in Nigeria: Some Lessons from Malaysia. UKM diwakili oleh Dr. Aliyu D. Muhammad (Nigeria). Semoga dengan temubual yang dijalankan dapat membantu mereka menghasilkan satu dapatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Islam seluruhnya.

Read More

Perasmian Etiqa AZKA-PPZ Corner @ UiTM Melaka dan Majlis Penghargaan Muzakki

  • May 15, 2024
  • Comments off

15 Mei 2024, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Unit Waqaf, Zakat dan Infaq (EL-WAZIF), UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Majlis Penghargaan Muzakki dan Perasmian Etiqa AZKA-PPZ Corner di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Tujuan majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan yang di salurkan oleh pihak Etiqa Takaful, Akademi Zakat (AZKA-PPZ), Lembaga Tabung Haji dan Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka kepada UiTM Cawangan Melaka, khususnya sumbangan kepada pelajar-pelajar asnaf serta sumbangan dari Etiqa AZKA-PPZ Corner di PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Majlis yang telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka diserikan lagi dengan ucapan dari Encik Muhsin Nor Paizan, Pengurus Akademi Zakat (AZKA-PPZ) serta Encik Rosli bin Taib, yang menjalankan fungsi Pengarah Wilayah Selatan merangkap Pengurus Cawangan Melaka. Antara aktiviti menarik sepanjang program berlangsung: 1. Forum Bicara Zakat dengan tajuk Waqaf dan Zakat, Membawa Berkat 2. Pertandingan “Spell It Right In Jawi” 3. Reruai Jom Tunai Zakat Bersama UiTM Melaka dari Unit Waqaf, Zakat dan Infaq, UiTM Cawangan Melaka (El-Wazif) 4. Reruai Tabung Haji, Alor Gajah, Melaka Keseluruhannya, program ini mendapat maklumbalas yang sangat positif dari pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Melaka. Ruang hasil sumbangan ini bukan sahaja akan menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan mesra pengguna tetapi juga akan menjadi sumber rujukan utama untuk pelbagai maklumat berkaitan zakat, wakaf, dan inisiatif kebajikan lain. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini. Semoga kita dapat membina komuniti yang lebih sejahtera, di mana nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial dipupuk dan diamalkan secara berterusan. Untuk lebih maklumat lanjut tentang majlis ini layari:

Read More