Archives

Perasmian Etiqa AZKA-PPZ Corner @ UiTM Melaka dan Majlis Penghargaan Muzakki

  • May 15, 2024
  • Comments off

15 Mei 2024, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Unit Waqaf, Zakat dan Infaq (EL-WAZIF), UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Majlis Penghargaan Muzakki dan Perasmian Etiqa AZKA-PPZ Corner di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Tujuan majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan yang di salurkan oleh pihak Etiqa Takaful, Akademi Zakat (AZKA-PPZ), Lembaga Tabung Haji dan Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka kepada UiTM Cawangan Melaka, khususnya sumbangan kepada pelajar-pelajar asnaf serta sumbangan dari Etiqa AZKA-PPZ Corner di PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Majlis yang telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka diserikan lagi dengan ucapan dari Encik Muhsin Nor Paizan, Pengurus Akademi Zakat (AZKA-PPZ) serta Encik Rosli bin Taib, yang menjalankan fungsi Pengarah Wilayah Selatan merangkap Pengurus Cawangan Melaka. Antara aktiviti menarik sepanjang program berlangsung: 1. Forum Bicara Zakat dengan tajuk Waqaf dan Zakat, Membawa Berkat 2. Pertandingan “Spell It Right In Jawi” 3. Reruai Jom Tunai Zakat Bersama UiTM Melaka dari Unit Waqaf, Zakat dan Infaq, UiTM Cawangan Melaka (El-Wazif) 4. Reruai Tabung Haji, Alor Gajah, Melaka Keseluruhannya, program ini mendapat maklumbalas yang sangat positif dari pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Melaka. Ruang hasil sumbangan ini bukan sahaja akan menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan mesra pengguna tetapi juga akan menjadi sumber rujukan utama untuk pelbagai maklumat berkaitan zakat, wakaf, dan inisiatif kebajikan lain. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini. Semoga kita dapat membina komuniti yang lebih sejahtera, di mana nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial dipupuk dan diamalkan secara berterusan. Untuk lebih maklumat lanjut tentang majlis ini layari:

Read More

Kerjasama Penyelidikan AZKA – KPBKL

  • May 13, 2024
  • Comments off

AZKA-PPZ telah menawarkan geran penyelidikan kepada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) AZKA-PPZ dan KPBKL terus memperkukuh kerjasama dalam bidang penyelidikan, terbaharu melalui projek penyelidikan yang memfokus kepada amalan pengurusan risiko dalam kutipan zakat. Susulan itu satu perbincangan antara pasukan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) PPZ MAIWP dengan kumpulan penyelidik KPBKL berlangsung pada 13 Mei 2024. Perbincangan dihoskan oleh En. Azlan Shaari, Pengurus Besar Operasi (Dalam) PPZ MAIWP. Kumpulan penyelidik KPBKL diketuai oleh Dr. Mohamad Fitri Mohamad Yusoff. Melalui kerjasama ini, PPZ MAIWP telah memperuntukan geran berjumlah RM25,000 dalam usaha mempertingkatkan amalan pengurusan risiko dalam kutipan zakat. Dapatan kajian kelak bukan sahaja akan dimanfaatkan untuk meningkatkan amalan pengurusan risiko di PPZ MAIWP, tetapi juga akan dikongsi (sharing best practice) kepada institusi-institusi zakat yg lain di Malaysia melalui penerbitan jurnal, prosiding dan persidangan. Kerjasama ini menyusuli beberapa kerjasama terdahulu antaranya kajian terhadap ikon zakat public listed company Koperasi Remisier Bumiputra (KRB) – KPBKL – PPZ 2020 dengan geran berjumlah RM50’000, kajian wakalah korporat di kalangan syarikat (KPBKL – PPZ) dan potongan gaji zakat pendapatan di kalangan guru (KPBKL – PPZ) dengan geran masing-masin berjumlah RM20,000. Sebagai institusi yg terlibat secara langsung dalam ekosistem zakat, kedua-dua insitusi sentiasa melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kpd pihak-pihak berkepentingan. Untuk rekod PPZ adalah agensi kutipan zakat dan wakaf tunai di Wilayah Persekutuan merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP). PPZ menjadi contoh institusi kutipan zakat di Malaysia kerana bukan sahaja ditadbir secara korporat dan menerima Pesijilan ISO, malah mengaplikasi teknologi pengkomputeran sejak awal pengoperasiannya bermula 1991. Sementara KPBKL adalah Institusi Pengajian Tinggi berstatus kolej milik MAIWP, merupakan antara instrumen agihan zakat melalui pendidikan. Para pelajar dari kalangan asnaf/B40 yg melanjutkan pengajian di KPBKL layak menerima bantuan zakat dalam bentuk yuran pengajian dan elaun sara diri. Berbekalkan kepakaran dalam ekosistem zakat dan filontropi, KPBKL telah menawarkan Diploma Pengurusam Zakat dan Wakaf sejak 2015. Peluang terbuka luas bagi lepasan SPM yang berminat mendalami bidang filontropi (zakat dan waqaf) di KPBKL.

Read More

Perasmian Etiqa AZKA-PPZ Corner @ KIAS

  • May 8, 2024
  • Comments off

18 Mei 2024, Rabu – ❝𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐑𝐞𝐚𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐂𝐨𝐫𝐧𝐞𝐫 𝐄𝐭𝐢𝐪𝐚 𝐀𝐙𝐊𝐀-𝐏𝐏𝐙 @𝐊𝐈𝐀𝐒❞ Telah berlangsung Majlis Perasmian Reading Corner Etiqa AZKA-PPZ @KIAS. Reading Corner ini ditempatkan di Perpustakaan KIAS sumbangan dari Etiqa Family Takaful Berhad dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Majlis turut dihadiri oleh Rektor KIAS, YABrs. Prof. Emeritus Dr. Ab Aziz bin Mohd Zin, YABrs. En. Zafri bin Ab Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad dan YBhg. En. Fahmi bin Ismail, Pengurus Besar Operasi Luar (PPZ-MAIWP), dan En. Muhsin Nor Paizin (Pengurus AZKA-PPZ). Untuk lebih maklumat lanjut tentang majlis ini layari: https://azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2024/05/video6183516827537117150.mp4

Read More

AZKA WEBINAR BERSIRI: AL-DAYN: REALITI HUTANG

Rujuk laman utama: https://azka.zakat.com.my/webinar-bersiri-al-dayn-realiti-hutang Mari sertai webinar bersiri al-Dayn bagi mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang realiti hutang dalam kehidupan seharian kita. Bersama-sama, kita akan memahami, dan memperoleh info dan perkembangan terkini berkenaan hutang. Jom ikuti secara online eksklusif hanya di Facebook PPZ dan Youtube PPZ untuk ketiga-tiga siri ini: Kelebihan menyertai webinar bersiri ini: 1. Memahami lebih mendalam tentang perbahasan tentang hutang dari perspektif syarak. 2. E-sijil disediakan. Pendaftaran Google Form diperlukan. 3. Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan. 4. Penyertaan percuma. Kandungan Webinar Bersiri: Al-Dayn: Realiti Hutang Hutang dari Perspektif Syarak Pengaruh Tingkah Laku Berhutang Kesan Psikologi Terhadap Orang Berhutang Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pemahaman anda tentang hutang dalam pelbagai konteks yang penting ini. Sertai kami dalam siri-siri yang informatif dan bermanfaat!

Read More

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H

  • April 3, 2024
  • Comments off

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H. Minal ‘Aidin wal-Faizin. ‎Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu amalan-amalan kebaikan. Amin. MAAF ZAHIR DAN BATIN atas segala kekhilafan. Ikhlas daripada kami: Akademi Zakat (AZKA) PPZ-MAIWP 📩 Untuk lebih banyak info, ikuti kami di telegram: https://t.me/AZKAakademizakat

Read More

ETIQA-AZKA Corner @ UiTM Melaka

  • November 17, 2023
  • Comments off

The 14th AZKA Corner was established in collaboration with Etiqa Takaful. It was established at the Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka. This is the 1st time AZKA Corner has been established in the state of Melaka. IMPACT The impact of this joint venture is to bring Etiqa Takaful and AZKA-PPZ closer together with the community, in addition to spreading Islamic financial preaching among students and academics and bringing related books so that they are easily accessible to the students and scholars. CONTINUOUS EFFORT This effort is not a one-off effort, but rather the latest publications related to Zakat and waqf, especially those published by AZKA-PPZ itself, will donate at least twice a year regularly to PTAR, UiTM Cawangan Melaka to be placed in the AZKA Corner space. *This AZKA Corner was inaugurated on 15 May 2024

Read More

AZKA-PPZ Present a Topic of Zakattech at IDMAC 2023 Organized by ISDEV-USM

  • October 25, 2023
  • Comments off

On October 25th, 2023, Akademi Zakat (AZKA-PPZ), represented by Mr. Muhsin Nor Paizin (Manager of AZKA-PPZ) presented as a Keynote Speaker presenting the topic titled Zakattech: PPZ-MAIWP’S Approach Towards Addressing The Digital Era in the IDMAC 2023 which was organized by ISDEV-USM. The Content of the Keynote Address is:  PPZ-MAIWP’s Technological Development Framework Of Zakat In Regards To Blockchaintechnolog Zakat on Digital Assets Zakat Backend System The full view of the slides presentation can be accessed at: https://www.canva.com/design/DAFx2l38kWk/R0G3O0qnUK5KPU52JUEH-g/view?utm_content=DAFx2l38kWk&utm_campaign=designshare&utm_medium=link&utm_source=viewer Thank you to ISDEV USM for inviting AZKA-PPZ to share the latest information in the zakat industry.

Read More

AZKA-PPZ Presented a Research Paper at WZWF 2023 @ Alor Setar, Kedah.

  • October 17, 2023
  • Comments off

On October 17th, 2023, Akademi Zakat (AZKA-PPZ), represented by Mr Muhsin Nor Paizin (Manager of AZKA-PPZ) presented a research paper titled “PUBLIC VIEW ON THE TENDENCIES OF WAQF PROJECT SECTOR”. The research background is as follows: Management of CASH WAQF (General Waqf and Specific Waqf) was recently been handed over to PUSAT PUNGUTAN ZAKAT (PPZ) starting December 2022 by Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). PPZ-MAIWP has outlined SEVEN SECTORS of waqf projects. The waqf project sector involves the economy, Emergency, Healthcare, Education, Property, Science and technology, and Social. Because PPZ-MAIWP has just recently been entrusted with managing cash waqf matters in the Federal Territory of Malaysia, there is a need to investigate which waqf project sectors should be prioritized. This study will not cover any legal or regulatory framework aspect. The full view of the research slides can be accessed via: https://bit.ly/wzwf2023muhsin

Read More

AZKA at International Short Course in Zakat Fund Management

AZKA at International Short Course in Zakat Fund Management 13 September 2023: En. Muhsin Nor Paizin (Pengurus AZKA-PPZ) telah membentangkan topik bertajuk “ZAKAT FUND MANAGEMENT: STRATEGIES FOR FUND RAISING” di Ruang Theater FEBI UIN Ar-Raniry Banda Aceh. Slide pembentangan dikongsikan: https://bit.ly/muhsinFEBI

Read More

AZKA at 1st AISZAWA (ACEH, INDONESIA)

AZKA at 1st AISZAWA (ACEH, INDONESIA) 12 September 2023: The 1st Aiszawa (Aceh Internasional Seminar on Zakat and Wakaf) kolaborasi Baitul Mal Aceh dan FEBI UIN Ar-Raniry telah dilaksanakan dengan sukses. En. Muhsin Nor Paizin (Pengurus AZKA-PPZ) telah membentangkan topik bertajuk “Definisi dan Kriteria Asnaf Zakat: Perspektif dan Amalan di Malaysia”. Semoga ia memberi manfaat kepada semua pejuang dan amil zakat di provinsi Aceh. Slide pembentangan dikongsikan: https://bit.ly/muhsinAISZAWA Tema yang diangkat 1st AISZAWA adalah “Redefinisi Ashnaf: Memperluas Makna dan Cakupan Penerima Zakat”. Antara perbincangan utama adalah sekitar asnaf Riqab, yang selama ini masih belum terdefinisi dengan jelas untuk konteks modern. Riqab dalam perhambaan lama tidak ada lagi, sehingga distribusi untuk asnaf ini masih belum dilakukan secara menyeluruh di Indonesia. Namun peserta masih belum sepakat untuk kriteria yang lebih operasional di zaman ini. Di Malaysia, sebagaimana dijelaskan oleh En. Muhsin Nor Paizin asnaf Riqab telah didefinisi kembali dan ada perluasan makna. Untuk itu, Muzakarah Internasional yang melibatkan Ulama yang lebih luas direkomendasikan untuk dilaksanakan. FEBI UIN Ar-Raniry juga menandatangani kesepakat kerjasama strategis dengan Akademi Zakat (AZKA) PPZ MAIWP Kuala Lumpur untuk kerjasama di bidang penelitian, training, dan sertifikasi peningkatan kompetensi zakat.

Read More