HEBAHAN PROGRAM WATERTALK SERIES 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jom sertai WATERTALK Series: Mengenali Kehidupan Marin, Pemuliharaan Laut & Aktiviti Selam Skuba yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu
Penceramah Jemputan: En. Azman Kamaluddin Pengasas / Pengarah Urusan Scuba Network Tenggol Adventure
Menarik untuk anda:
Fakta menarik tentang kehidupan marin
Perkongsian pengalaman lautan sebenar
Kesedaran tentang tanggungjawab kita dalam memelihara ekosistem laut
Pengenalan kepada aktiviti selam skuba
Terbuka kepada semua warga UiTM dan individu yang berminat untuk mendalami ilmu berkaitan dunia marin serta usaha pemuliharaan alam sekitar.
Penyertaan adalah percuma!
Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan mendapatkan pengalaman baharu bersama pakar industri selam skuba.
#UiTMDihatiku #7DekadUiTM #SudutAZKA #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
