Archives

[AZKA Corner@UPTM] PROGRAM BEDAH BUKU AKIRC | Sesi ke-8/2026 – Bagaimana Membina Jiwa Yang Lebih Tenang?

  • November 2, 2026
  • Comments off

[AZKA Corner@UPTM] PROGRAM BEDAH BUKU UPTM | SESI KE-8/2026   BAGAIMANA MEMBINA JIWA YANG LEBIH TENANG? Ketenangan bermula daripada hati yang terurus. Namun, bagaimana kita boleh mengawal sifat marah, dendam dan dengki dalam kehidupan seharian? Jom ikuti perkongsian buku “Psikologi Orang Tenang” karya Imam al-Ghazali yang mengupas cara mengenali dan merawat sifat-sifat negatif demi membentuk jiwa yang lebih tenang dan bahagia.   Pengulas Buku:Mohd Amirul Asyraf bin Mohd Hanafi   Tarikh : 3 November 2026 (Selasa) Masa : 3.00 petang Tempat : Ruang AZKA-PPZ, AKIRC, Perpustakaan UPTM, Tingkat 1   Siaran Langsung:Facebook & TikTok UPTM Official   Ayuh bersama-sama menyemarakkan budaya ilmu melalui program anjuran UPTM dengan kerjasama AZKA-PPZ.   Be an Amazing You!   #AZKAPPZ #PPZMAIWP #UPTM #AKIRC #ProgramBedahBuku #PsikologiOrangTenang #BudayaIlmu

Read More

[AZKA Live Webinar] BEHAVIORAL WAKAF

  • October 27, 2026
  • Comments off

AZKA LIVE WEBINAR: BEHAVIORAL WAKAF   Kita selalu dengar tentang kelebihan wakaf dan pahala yang berterusan. Tapi bila fikir balik, berapa kerap sebenarnya kita berwakaf? Kadang-kadang bukan tak nak berwakaf, cuma tak tahu nak mula dari mana atau mungkin belum jadikan wakaf sebagai kebiasaan.  Panel Jemputan:Dr. Mohammad Zulfakhairi MokhtarPensyarah Kanan, UiTM Puncak Alam  Moderator:Muhamad Hazrin SayutiEksekutif Akademi Zakat, PPZ-MAIWP Tarikh: 27 Oktober 2026 (Selasa) Masa: 10.30 pagi – 12.00 tengah hari e-SIJIL PENYERTAAN DISEDIAKAN! Siaran langsung di media sosial rasmi Pusat Pungutan Zakat – MAIWP:Facebook / YouTube Youtube : https://www.youtube.com/live/FAkEGgkTA8Q?si=uXIXDNKG0iVgXk43FB PPZ : https://www.facebook.com/share/19kAmtYHGu/FB Azka : https://www.facebook.com/share/1DnbmFr7ih/ Jangan lupa kongsikan dengan keluarga dan kawan-kawan. Jumpa anda di webinar nanti! https://www.youtube.com/live/FAkEGgkTA8Q?si=uXIXDNKG0iVgXk43

Read More

[AZKA Corner@UiTM Dungun] BENGKEL EMAS SIBER SEMPENA HARI AKADEMIA!

  • October 23, 2026
  • Comments off

[AZKA Corner@UiTM Dungun, Terengganu] JOM SERTAI BENGKEL EMAS SIBER SEMPENA HARI AKADEMIA!  Assalamualaikum dan salam sejahtera Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu dengan kerjasama Fakulti Pengurusan dan Perniagaan serta rakan strategik akan menganjurkan Bengkel Emas Siber sempena Hari Akademia bagi menyemarakkan budaya ilmu dan memperkasa penggunaan teknologi digital dalam kalangan masyarakat. Bertemakan semangat “Ilmu Di Hujung Jari”, program ini menjadi platform untuk mendekatkan masyarakat dengan ilmu pengetahuan serta meneroka peluang pembelajaran dalam era digital, khususnya kepada warga emas dan komuniti setempat. Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis) Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang  Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu Ilmu di hujung jari, pembelajaran sepanjang hayat!  #PerpustakaanCendekiawan#UiTMCawanganTerengganu#BengkelEmasSiber#HariAkademia#SudutAZKALCE#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa#UiTMDihatiku

Read More

[AZKA Corner@UPTM] PROGRAM BEDAH BUKU AKIRC | Sesi ke-7 Bersama Prof. Emeritus Dato’ Dr. Rashila Ramli

  • October 15, 2026
  • Comments off

[AZKA Corner@UPTM] 📚 PROGRAM BEDAH BUKU AKIRC | SESI KE-7   Al-Khawarizmi Information Resource Centre (AKIRC), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) meneruskan siri perkongsian ilmu menerusi Program Bedah Buku Sesi Ke-7/2026. Sesi kali ini menampilkan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Rashila Ramli bagi mengupas karya: 📖 Social Inequalities Within and Among Countries: Achieving SDG 10 Through Social Interventions   Buku terbitan Springer ini menghimpunkan kajian kes dari Jerman, India, Malaysia dan Afrika Selatan berkaitan isu ketidaksamaan sosial serta peranan intervensi sosial dalam menangani jurang sistemik, memperkukuh pembangunan mampan dan memperkasa komuniti.   🗓 15 Oktober 2026 (Khamis)🕚 11.00 pagi📍 Ruang AZKA-PPZ, AKIRC, Perpustakaan UPTM, Tingkat 1   Program turut disiarkan secara langsung menerusi TikTok dan Facebook rasmi UPTM. Semua warga UPTM dan masyarakat dijemput untuk bersama-sama mengikuti sesi perkongsian ilmu ini.     Be an Amazing You! #BedahBukuAKIRC #UPTM #AKIRC #PPZMAIWP #AZKAPPZ #SDG10 #SocialInequalities #BeAnAmazingYou

Read More

[AZKA Corner@KITAB] Bengkel Penulisan Artikel Majalah DBP

  • October 15, 2026
  • Comments off

[AZKA Corner@KITAB] AZKA-PPZ Perkukuh Budaya Penulisan Menerusi Bengkel Penulisan Artikel Majalah PULAU PINANG, 24 Ogos 2026 – Penang Islamic Digital Library (PIDL) meneruskan usaha memperkasa pembangunan ilmu dan penulisan melalui penglibatan dalam Bengkel Penulisan Artikel Majalah yang diadakan dengan kerjasama Akademi Zakat (AZKA-PPZ) serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bengkel yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang ini memberikan pendedahan berkaitan teknik serta strategi penulisan artikel yang berkesan. Program ini memberi penekanan kepada kaedah menghasilkan penulisan yang lebih berkualiti, tersusun dan berstruktur, selain membantu peserta memahami pendekatan yang sesuai dalam menghasilkan artikel untuk penerbitan majalah. Selain meningkatkan kemahiran penulisan dalam kalangan peserta, bengkel ini turut menjadi platform untuk mencungkil dan melahirkan penulis baharu yang berpotensi menyumbang kepada perkembangan dunia penulisan dan penerbitan. Penglibatan dalam program seumpama ini selari dengan usaha memperkukuh ekosistem ilmu melalui pembangunan kapasiti, perkongsian kepakaran dan kerjasama strategik bersama institusi berkaitan. Melalui pendedahan secara langsung daripada pihak yang berpengalaman dalam bidang bahasa dan penerbitan, peserta berpeluang mempertingkat kemahiran dalam menyampaikan idea dan pengetahuan secara lebih sistematik serta mudah difahami oleh pembaca. Kerjasama ini juga diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang kepada penghasilan bahan penulisan berkualiti, khususnya dalam bidang zakat, wakaf, ekonomi Islam dan isu-isu sosial semasa, sekali gus memperluas penyebaran ilmu kepada masyarakat.   Maklumat Program Program   : Bengkel Penulisan Artikel MajalahTarikh       : 24 Ogos 2026 (Isnin)Masa         : 9.00 pagi – 5.00 petangPengisian : Teknik dan strategi penulisan artikel majalah bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)   AZKA-PPZ komited untuk terus membina jaringan kerjasama strategik dan menyediakan platform pembangunan ilmu yang dapat menyumbang kepada penghasilan karya serta wacana berkualiti untuk manfaat masyarakat.  

Read More

[LIVE WEBINAR IFIC, JAWI@TRX] Program Bedah Buku Kajian AZKA Siri 2

  • October 7, 2026
  • Comments off

[PROGRAM BEDAH BUKU SIRI KAJIAN AZKA (16/2025) SIRI 2] “PENGENALAN MANHAJ FIQH SHAFI’E: PERKEMBANGAN DAN ISU-ISU BERKAITANNYA DI MALAYSIA”  Assalamualaikum W.B.T Islamic Finance and Information Centre (IFIC) JAWI dengan kerjasama Akademi Zakat (AZKA) PPZ-MAIWP berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan ke Program Bedah Buku Kajian AZKA PPZ Siri 2. Program ini membincangkan kandungan buku “Pengenalan Manhaj Fiqh Shafi’e: Perkembangan Dan Isu-Isu Berkaitannya Di Malaysia” yang mengupas isu-isu kontemporari bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan peserta terhadap kepentingan mengikut manhaj yang muktabar dalam berfiqh, khususnya dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.   Tarikh : 8 Oktober 2026 (Khamis) Masa : 9.30 pagi – 1.00 tengah hari Tempat : Pusat Informasi Kewangan Islam @ Islamic Finance Information Centre (IFIC), TRX, Kuala Lumpur Panel : Dr. Muhammad Pisol Bin Mohd @ Mat Isa Profesor Adjung, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSH), OUM    Pendaftaran: [https://forms.gle/PKTSVaiUajQeFwQM8] atau imbas kod QR pada poster Sebarang pertanyaan boleh berhubung: [ific@jawi.gov.my] Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

[AZKA Corner@UPTM] PROGRAM BEDAH BUKU AKIRC | Sesi ke-6 Bersama Profesor Madya Syamsul Fozy bin Osman

  • September 29, 2026
  • Comments off

[AZKA Corner@UPTM] 📚 PROGRAM BEDAH BUKU AKIRC | SESI KE-6   Al-Khawarizmi Information Resource Centre (AKIRC), UPTM, dengan kerjasama AZKA-PPZ, PPZ-MAIWP dan Sahabat Zakat dengan sukacitanya menjemput warga UPTM untuk menghadiri Program Bedah Buku AKIRC SESI KE-6   Sesi kali ini menampilkan Profesor Madya Dr. Syamsul Fozy bin Osman yang akan mengupas dua buah buku:   📘 Everything We Know is Wrong – The Trendspotter’s Handbook📘 The Age of AI and Our Human Future   Perbincangan akan menyentuh perubahan masa hadapan, perkembangan teknologi serta bagaimana kecerdasan buatan membentuk kehidupan dan masyarakat.   📅 30 September 2026 (Rabu)⏰ 11.00 pagi📍 Ruang AZKA-PPZ, AKIRC📱 Turut disiarkan secara LIVE di TikTok   Semoga program ini dapat memperkayakan wacana ilmu serta membuka ruang perbincangan mengenai cabaran dan peluang dalam menghadapi perubahan dunia masa kini dan masa hadapan.   #AZKAPPZ #PPZMAIWP #AKIRC #UPTM #BedahBuku #WacanaIlmu #BudayaIlmu #FutureThinking #KnowledgeSharing #SahabatZakat

Read More

[AZKA Corner@Politeknik Nilai] DINING ETIQUETTE: ISLAMIC AND CROSS-CULTURAL

  • September 29, 2026
  • Comments off

  DINING ETIQUETTE: ISLAMIC AND CROSS-CULTURAL   “Adab mencerminkan peribadi, etika membentuk profesionalisme.” Dalam era globalisasi, pemahaman terhadap adab makan menurut perspektif Islam, perbezaan budaya serta etiket rasmi menjadi satu kemahiran penting dalam membina keyakinan dan profesionalisme.   Antara fokus program termasuk: Adab makan menurut perspektif Islam Etiket makan dan perbezaan budaya Etika komunikasi dalam suasana profesional Persediaan menghadapi interaksi bersama pelanggan daripada pelbagai latar budaya Pembentukan sahsiah dan profesionalisme pelajar   28 September 2026 (Isnin) Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur   Profesionalisme bukan hanya tentang penampilan, tetapi juga bagaimana kita membawa diri dengan nilai.   #AZKAPPZ #PPZMAIWP #PoliteknikNilai #DiningEtiquette #IslamicEtiquette #CrossCultural #DiplomaKewanganIslam #EtikaProfesional #Profesionalisme #AdabDanIlmu

Read More

[AZKA Corner@UMSKAL] PROGRAM SEMARAK ILMU@UMSKAL | TELAAH: SIRI 3/2026

  • September 29, 2026
  • Comments off

  PROGRAM SEMARAK ILMU@UMS TELAAH SIRI 3 “TUMBUK RUSUK: PENGKISAHAN DARI TIRAI BESI”   Sempena Bulan Integriti 2026, Bahagian Perpustakaan UMSKAL dengan kerjasama AZKA-PPZ menganjurkan: PROGRAM SEMARAK ILMU @UMSKAL – TELAAH SIRI 3 “TUMBUK RUSUK: PENGKISAHAN DARI TIRAI BESI”   Penceramah dan Penulis Buku: Tuan Mohd Firdaus Ramlan Perkongsian ini membawa penonton menyelami sebuah kisah benar lahir daripada pengalaman di sebalik tirai besi, serta pengajaran tentang integriti, keinsafan, maruah dan peluang untuk bangkit membina semula kehidupan.   Saksikan secara langsung: 28 September 2026 (Isnin) 9.00 pagi – 1.00 petang Dewan Theatrette, UMSKAL Sasaran: Warga UMSKAL dan agensi kerajaan Wilayah Persekutuan Labuan   Daripada sebuah kisah benar, lahir sebuah pengajaran yang mampu mengubah kehidupan Jumpa anda di sana! #PerpustakaanUMSKAL #UMSKAL #AZKA-PPZ #BulanIntegriti2026 #SemarakIlmu #TelaahSiri3 #TumbukRusuk

Read More

ELEVATING GLOBAL ZAKAT: PPZ-MAIWP DELEGATION EXPANDS STRATEGIC COOPERATION WITH BOSNIA AND HERZEGOVINA

  • September 17, 2026
  • Comments off

16 September 2026 – A delegation from Malaysian institutions responsible for Zakat management comprising representatives of the Federal Territory of Kuala Lumpur Zakat Collection Centre (PPZ-MAIWP) visited the Riyasat of the Islamic Community in Bosnia and Herzegovina today. A reception and a working meeting were held during the visit, focusing on experiences and organizational models for Zakat collection and distribution, as well as opportunities to enhance cooperation and the exchange of best practices between the institutions of the Islamic Community and partner organizations from Malaysia. The delegation was received at the Rijaset headquarters by the Deputy Grand Mufti (Naib-ul-Reis), Dr. Enes Ljevaković, and the Director of the Department for Religious Affairs, Hafiz Dr. Mensur Malkić. The working meeting was also attended by the Fatwa-i-Emin, Dr. Ahmed Purić; the Director of the Department for Economic and Financial Affairs, Muhedin Garanović; and the Head of the Zakat Office, Vehid-ef. Arnaut. During the discussion, the participants presented the activities and experiences of their respective institutions regarding zakat management, emphasizing the importance of an institutional approach to the collection and distribution of funds, as well as the significance of international cooperation and the exchange of experiences in this field.

Read More