Monthly Archives: May 2024

Bedah Buku Zakat bersama KITAB siri ke-3

  • May 23, 2024
  • Comments off

Bedah Buku ke-III bersama Kolej Islam Teknologi Antarabangsa P. Pinang (KITAB) dan AZKA-PPZ Mari menimba pengetahuan dalam satu program khas kerjasama antara Akademi Zakat (AZKA-PPZ) dan KITAB: πŸ“– Tajuk Buku: Fundamentals of Islamic Wealth ManagementπŸ“Œ Perkongsian oleh: Dr Nur Farhana Abdul Aziz (Ketua, Pusat Bahasa dan Pengajian Umum KITAB)πŸ“† Tarikh: 23 Mei 2024 (Khamis)πŸ•° Masa: 11.00 – 11.30 AMπŸ–₯ Medium: Siaran di https://www.facebook.com/myzakat & https://www.youtube.com/ppztv SEMUA DIJEMPUT HADIR. Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

Kunjungan Pelajar FEM USIM – Kajian Pemasaran

  • May 23, 2024
  • Comments off

23 Mei 2024, telah diadakan satu sesi temubual bersama pelajar Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Semoga dengan temubual yang dijalankan dapat membantu pelajar terbabit menghasilkan satu dapatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Islam seluruhnya.

Read More

Kunjungan Penyelidik dari UiTM Segamat – Kajian Adaptasi Fiqh Zakat Terhadap Content Creator (Geran Kajian MAINS)

  • May 20, 2024
  • Comments off

20 Mei 2024 – Telah diadakan satu sesi temubual bersama penyelidik dari UiTM Segamat, Johor. Kehadiran tersebut bagi mendapat maklum balas dan data dari AZKA-PPZ bagi membantu kajian bertajuk Adaptasi Fiqh Jenis Zakat Terhadap Pendapatan Penyedia Kandungan (Content Creator) di Media Sosial. Kajian tersebut adalah geran penyelidikan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). UiTM Segamat diwakili oleh En. Mohamad Zaki Razaly dan Ust. Mohd Ayadi Redzuan. Semoga dengan temubual yang dijalankan dapat membantu mereka menghasilkan satu dapatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Islam seluruhnya.

Read More

Kunjungan Penyelidik dari UKM – Dr. Aliyu D. Muhammad (Nigeria)

  • May 16, 2024
  • Comments off

16 Mei 2024 – Telah diadakan satu sesi temubual bersama penyelidik dari UKM. Kehadiran tersebut bagi mendapat maklum balas dan data dari AZKA-PPZ bagi membantu kajian bertajuk Harnessing the Potentials of Waqf Using Block Chain Technology in Nigeria: Some Lessons from Malaysia. UKM diwakili oleh Dr. Aliyu D. Muhammad (Nigeria). Semoga dengan temubual yang dijalankan dapat membantu mereka menghasilkan satu dapatan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat Islam seluruhnya.

Read More

Perasmian Etiqa AZKA-PPZ Corner @ UiTM Melaka dan Majlis Penghargaan Muzakki

  • May 15, 2024
  • Comments off

15 Mei 2024, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Unit Waqaf, Zakat dan Infaq (EL-WAZIF), UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Majlis Penghargaan Muzakki dan Perasmian Etiqa AZKA-PPZ Corner di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Tujuan majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan yang di salurkan oleh pihak Etiqa Takaful, Akademi Zakat (AZKA-PPZ), Lembaga Tabung Haji dan Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka kepada UiTM Cawangan Melaka, khususnya sumbangan kepada pelajar-pelajar asnaf serta sumbangan dari Etiqa AZKA-PPZ Corner di PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Majlis yang telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka diserikan lagi dengan ucapan dari Encik Muhsin Nor Paizan, Pengurus Akademi Zakat (AZKA-PPZ) serta Encik Rosli bin Taib, yang menjalankan fungsi Pengarah Wilayah Selatan merangkap Pengurus Cawangan Melaka. Antara aktiviti menarik sepanjang program berlangsung: 1. Forum Bicara Zakat dengan tajuk Waqaf dan Zakat, Membawa Berkat 2. Pertandingan “Spell It Right In Jawi” 3. Reruai Jom Tunai Zakat Bersama UiTM Melaka dari Unit Waqaf, Zakat dan Infaq, UiTM Cawangan Melaka (El-Wazif) 4. Reruai Tabung Haji, Alor Gajah, Melaka Keseluruhannya, program ini mendapat maklumbalas yang sangat positif dari pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Melaka. Ruang hasil sumbangan ini bukan sahaja akan menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan mesra pengguna tetapi juga akan menjadi sumber rujukan utama untuk pelbagai maklumat berkaitan zakat, wakaf, dan inisiatif kebajikan lain. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini. Semoga kita dapat membina komuniti yang lebih sejahtera, di mana nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial dipupuk dan diamalkan secara berterusan. Untuk lebih maklumat lanjut tentang majlis ini layari:

Read More

Kerjasama Penyelidikan AZKA – KPBKL

  • May 13, 2024
  • Comments off

AZKA-PPZ telah menawarkan geran penyelidikan kepada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)Β AZKA-PPZ dan KPBKL terus memperkukuh kerjasama dalam bidang penyelidikan, terbaharu melalui projek penyelidikan yang memfokus kepada amalan pengurusan risiko dalam kutipan zakat. Susulan itu satu perbincangan antara pasukan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) PPZ MAIWP dengan kumpulan penyelidik KPBKL berlangsung pada 13 Mei 2024. Perbincangan dihoskan oleh En. Azlan Shaari, Pengurus Besar Operasi (Dalam) PPZ MAIWP. Kumpulan penyelidik KPBKL diketuai oleh Dr. Mohamad Fitri Mohamad Yusoff.Β Melalui kerjasama ini, PPZ MAIWP telah memperuntukan geran berjumlah RM25,000 dalam usaha mempertingkatkan amalan pengurusan risiko dalam kutipan zakat. Dapatan kajian kelak bukan sahaja akan dimanfaatkan untuk meningkatkan amalan pengurusan risiko di PPZ MAIWP, tetapi juga akan dikongsi (sharing best practice) kepada institusi-institusi zakat yg lain di Malaysia melalui penerbitan jurnal, prosiding dan persidangan.Β Kerjasama ini menyusuli beberapa kerjasama terdahulu antaranya kajian terhadap ikon zakat public listed company Koperasi Remisier Bumiputra (KRB) – KPBKL – PPZ 2020 dengan geran berjumlah RM50’000, kajian wakalah korporat di kalangan syarikat (KPBKL – PPZ) dan potongan gaji zakat pendapatan di kalangan guru (KPBKL – PPZ) dengan geran masing-masin berjumlah RM20,000. Sebagai institusi yg terlibat secara langsung dalam ekosistem zakat, kedua-dua insitusi sentiasa melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kpd pihak-pihak berkepentingan.Β Untuk rekod PPZ adalah agensi kutipan zakat dan wakaf tunai di Wilayah Persekutuan merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP). PPZ menjadi contoh institusi kutipan zakat di Malaysia kerana bukan sahaja ditadbir secara korporat dan menerima Pesijilan ISO, malah mengaplikasi teknologi pengkomputeran sejak awal pengoperasiannya bermula 1991.Β Sementara KPBKL adalah Institusi Pengajian Tinggi berstatus kolej milik MAIWP, merupakan antara instrumen agihan zakat melalui pendidikan. Para pelajar dari kalangan asnaf/B40 yg melanjutkan pengajian di KPBKL layak menerima bantuan zakat dalam bentuk yuran pengajian dan elaun sara diri. Berbekalkan kepakaran dalam ekosistem zakat dan filontropi, KPBKL telah menawarkan Diploma Pengurusam Zakat dan Wakaf sejak 2015. Peluang terbuka luas bagi lepasan SPM yang berminat mendalami bidang filontropi (zakat dan waqaf) di KPBKL.

Read More

WEBINAR JIKA SAKIT, BAGAIMANA SOLATNYA?

  • May 9, 2024
  • Comments off

⭐️ AZKA Webinar: JIKA SAKIT, BAGAIMANA SOLATNYA? Mari sertai webinar khas ini bagi mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang persoalan solat ketika sakit dan berkaitan dengannya. πŸ“Œ Pembentang: Ustazah Nurul Aisyah Amir Ramli (Hospital Pakar al-Islam) πŸ“Œ Moderator: Pn. Nurul Shuhada Mamat (Eksekutif AZKA-PPZ)πŸ“† Tarikh: 9 Mei 2024 (Khamis)πŸ•° Masa: 10.30 am – 12.00 tghπŸ–₯ Medium: Live di Facebook & Youtube PPZ-MAIWP 🎁 Penanya soalan yang bertuah berpeluang menerima cenderahati. πŸ”° E-sijil penyertaan disediakan. Pendaftaran Google Form akan diedarkan ketika sesi berlangsung. Muat turun slide pembentangan: Klik sini Lets Watch: Siaran rakaman di bawah:

Read More

Perasmian Etiqa AZKA-PPZ Corner @ KIAS

  • May 8, 2024
  • Comments off

18 Mei 2024, Rabu – ❝𝐌𝐚𝐣π₯𝐒𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐒𝐚𝐧 π‘πžπšππ’π§π  π‚π¨π«π§πžπ« 𝐄𝐭𝐒πͺ𝐚 π€π™πŠπ€-𝐏𝐏𝐙 @πŠπˆπ€π’βž Telah berlangsung Majlis Perasmian Reading Corner Etiqa AZKA-PPZ @KIAS. Reading Corner ini ditempatkan di Perpustakaan KIAS sumbangan dari Etiqa Family Takaful Berhad dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Majlis turut dihadiri oleh Rektor KIAS, YABrs. Prof. Emeritus Dr. Ab Aziz bin Mohd Zin, YABrs. En. Zafri bin Ab Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad dan YBhg. En. Fahmi bin Ismail, Pengurus Besar Operasi Luar (PPZ-MAIWP), dan En. Muhsin Nor Paizin (Pengurus AZKA-PPZ). Untuk lebih maklumat lanjut tentang majlis ini layari: https://azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2024/05/video6183516827537117150.mp4

Read More

AZKA Webinar Siri-1: AL-DAYN: REALITI HUTANG (β€œHutang dari Perspektif Syarak”)

  • May 2, 2024
  • Comments off

Sertai webinar bersiri AL-DAYN: REALITI HUTANG. Siri Pertama membawa tajuk β€œHutang dari Perspektif Syarak”: ✨ Bersama: Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin (Konsultan Syariah Institusi Kewangan Islam)πŸ“† Tarikh: 2 Mei 2024 (Khamis)πŸ•’ Masa: 10:00 – 11:30am Dalam siri ini, kita akan meneliti apakah yang dimaksudkan dengan hutang dan aplikasi dan kesan hutang dalam masyarakat 🌟 Untuk maklumat lanjut layari: https://bit.ly/aldayn 🌟 Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan. 🎁 Peserta webinar bertuah berpeluang menerima hadiah eksklusif. Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More