Perasmian Etiqa AZKA-PPZ Corner @ UiTM Melaka dan Majlis Penghargaan Muzakki

Perasmian Etiqa AZKA-PPZ Corner @ UiTM Melaka dan Majlis Penghargaan Muzakki

  • Post by:
  • May 15, 2024
  • Comments off

15 Mei 2024, Khamis – PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah dengan kerjasama Unit Waqaf, Zakat dan Infaq (EL-WAZIF), UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan Majlis Penghargaan Muzakki dan Perasmian Etiqa AZKA-PPZ Corner di Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah.

Tujuan majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan yang di salurkan oleh pihak Etiqa Takaful, Akademi Zakat (AZKA-PPZ), Lembaga Tabung Haji dan Persatuan Alumni UiTM Cawangan Melaka kepada UiTM Cawangan Melaka, khususnya sumbangan kepada pelajar-pelajar asnaf serta sumbangan dari Etiqa AZKA-PPZ Corner di PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Majlis yang telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr Mohd Rasdi Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka diserikan lagi dengan ucapan dari Encik Muhsin Nor Paizan, Pengurus Akademi Zakat (AZKA-PPZ) serta Encik Rosli bin Taib, yang menjalankan fungsi Pengarah Wilayah Selatan merangkap Pengurus Cawangan Melaka.

Antara aktiviti menarik sepanjang program berlangsung:
1. Forum Bicara Zakat dengan tajuk Waqaf dan Zakat, Membawa Berkat
2. Pertandingan “Spell It Right In Jawi”
3. Reruai Jom Tunai Zakat Bersama UiTM Melaka dari Unit Waqaf, Zakat dan Infaq, UiTM Cawangan Melaka (El-Wazif)
4. Reruai Tabung Haji, Alor Gajah, Melaka

Keseluruhannya, program ini mendapat maklumbalas yang sangat positif dari pihak Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Melaka. Ruang hasil sumbangan ini bukan sahaja akan menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan mesra pengguna tetapi juga akan menjadi sumber rujukan utama untuk pelbagai maklumat berkaitan zakat, wakaf, dan inisiatif kebajikan lain.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan usaha murni ini. Semoga kita dapat membina komuniti yang lebih sejahtera, di mana nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial dipupuk dan diamalkan secara berterusan.

Untuk lebih maklumat lanjut tentang majlis ini layari:

Categories: Article, Past Events