Zakat Mustaghallat Analisis Terhadap Isu Syariah dan Potensi Kutipannya

Zakat Mustaghallat Analisis Terhadap Isu Syariah dan Potensi Kutipannya

  • Post by:
  • August 10, 2022
  • Comments off

Zakat Mustaghallat Analisis Terhadap Isu Syariah dan Potensi Kutipannya

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pandangan syarak dan potensi kutipan zakat al-Mustaghallat terhadap industri-industri yang berkaitan dengannya. Zakat al-Mustaghallat adalah cabang al-mal al-Mustafad bersama-sama dengan zakat gaji dan pendapatan profesional yang lain.

Walaupun zakat gaji dan pendapatan profesional sudah kemas dari sudut pengurusan dan pelaksanaannya serta sudah diterima baik oleh orang ramai, namun zakat al-Mustaghallat masih mempunyai banyak permasalahan yang perlu kajian, bahkan sebahagian besar institusi pungutan zakat masih tidak mengamalkan sepenuhnya. Hal ini kerana wujud pertindanan dengan zakat lain seperti zakat perniagaan dan pertanian seperti zakat hasil sawit. Penyelidikan ini akan mengenal pasti kategori perniagaan yang berada di bawah zakat al-Mustaghallat, seperti yang disepakati oleh para sarjana, contohnya seperti industri pengangkutan, perhotelan dan pembuatan.

Selain daripada itu, kajian juga akan berusaha untuk memperoleh data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengenal pasti anggaran jumlah zakat yang berpotensi untuk dikeluarkan dalam tahun-tahun kewangan tertentu. Penyelidikan ini akan merangkumi sebahagian besar syarikat Muslim di Wilayah Persekutuan. Penyelidikan akan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif di mana data dari kualitatif akan dikumpulkan dari pandangan fuqaha (fuqaha klasik dan kontemporari), manakala data kuantitatif pula akan dikumpulkan daripada laporan tahunan syarikat perniagaan al-Mustaghallat. Data ini akan disimulasikan untuk menganggarkan potensi sumbangan Zakat al-Mustaghallat dapat dikumpulkan.

Kepentingan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sumber baru zakat al-Mal al-Mustafad serta meramalkan jumlah kutipan baru bagi institusi zakat di Malaysia secara amnya dan memperkayakan rujukan penyelidikan syariah.

Researchers

Dr. Muhammad Pisol Bin Mohd @ Mat Isa

Universiti Teknologi Petronas

Profesor Madya Dr. Azman Mohd Noor

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri

Universiti Putra Malaysia

Ustazah Mashitah Bt Sabdin

Universiti Teknologi Petronas

Categories: Research Report