Wacana Perkasa Zakat @ AZKA Corner

Wacana Perkasa Zakat @ AZKA Corner

AZKA Corner @ APIUM, UM
25 Feb 2021

AZKA mengadakan kerjasama dengan Akademi Pengajian Islam (APIUM), Universiti Malaya (UM) dalam menganjurkan program Wacana Perkasa Zakat. Program Wacana Perkasa Zakat ini telah diadakan bertempat di AZKA Corner.

Sedia maklum penubuhan AZKA Corner ini bertujuan untuk menyediakan informasi mengenai fungsi dan kewajipan zakat kepada masyarkat dan usaha penyebaran ilmu zakat kepada komuniti UM secara amnya. Bagi membantu matlamat ini tercapai, aktiviti seperti Program Bual Bicara Wacana Zakat dan telah diadakan sebagai platform perkongsian idea dan pendapat dalam usaha memupuk budaya menunaikan zakat sejajar dengan matlamat  AZKA Corner.

Antara objektif Wacana Perkasa Zakat ini adalah:

a. Membantu meningkatkan kefahaman peserta tentang kewajipan menunaikan zakat pendapatan.

b. Membantu peserta mendapatkan maklumat mengenai pengurusan zakat di Universiti  Malaya

c. Memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi permasalahan mengenai pembayaran zakat untuk tindakan  selanjutnya.

d. Memupuk budaya menunaikan zakat di kalangan komuniti UM dan alumni.

e. Memaksimakan penggunaan AZKA Corner

Mari tonton Wacana Perkasa Zakat berikut:


From Media