Tema: Memperkasa Potensi Filantropi Islam Kontemporari
Sistem zakat, wakaf dan filantropi Islam di seluruh dunia berkembang dengan pesat dan cepat. Di Malaysia khasnya dan dunia umumnya, seluruh sistem ini semakin diterima umum sebagai medium pembangunan ekonomi dan penyusunan sosial masyarakat. Sistem ini mempunyai potensi yang cerah, justeru perlu diperkasa dan dilonjakkan seiring dengan pertumbuhan sistem ekonomi dan kewangan Islam
Terdapat pelbagai isu kontemporari, khasnya tentang filantropi Islam termasuk zakat, wakaf, infaq sedekah, hibah, hadiah, faraid, wasiat, pusaka, kesukarelawan dan lain-lain dalam aspek pengurusan, dakwah, pendidikan, penyelidikan, perundangan, penguatkuasaan, pelaburan dan sebagainya perlu dikongsi oleh ahli akademik, sarjana Islam serta pemain industri bagi memastikan pelaksanaannya memenuhi tuntutan syarak serta memberi motivasi dan impak positif
Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Malaysia dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) terpanggil untuk menganjurkan 3rd International Conference on Zakat, Waqf and Islamic Philanthropy (ZAWFI) ini untuk merealisasikan hasrat tersebut meliputi konsep filantropi dan potensi amalan kontemporarinya. ZAWFI 2019 ini adalah siri ketiga selepas kejayaan penganjuran 1st ZAWFI 2017 (di ACIS, UiTM) dan 2nd ZAWFI 2018 (di Hotel Bluewave, Shah Alam).
Tarikh Seminar: 30 & 31 Oktober 2018 / 2 & 3 Rabiul Awal 1441H (Rabu & Khamis)