
Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan 2019
Tema: Zakat & Cukai – Ke Arah Keberkatan & Keberkesanan Instrumen Ekonomi
Zakat, satu rukun agama dan pasti setiap individu bergelar muslim tidak mempersoal kewajipan menunaikannya. Cukai pula, walaupun tiada tuntutan khusus dari segi agama serta menjadi perdebatan dikalangan ilmuan Islam, cukai tidak dinafikan merupakan instrumen utama bagi memastikan pembangunan dan pertumbuhan negara dapat dipacu sebaik mungkin. Namun, adakah kedua-dua perkara ini merupakan pelengkap atau pertindihan dalam sistem ekonomi di Malaysia?
Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ) menganjurkan Persidangan Zakat dan Cukai 2019 bagi menjawab serta mencari titik noktah bagi persoalan terutama ini dari terus berlegar. Pakar-pakar dari dalam dan luar negara juga dihadirkan bagi mencari solusi dan perkongsian kepada permasalahan ekonomi yang menimpa umat pada waktu ini. Lebih dari itu, apakah formula terbaik dalam memastikan pembangunan ekonomi yang berkesan pada masa sama menerapkan nilai teras dalam Islam itu sendiri iaitu Keberkatan sebagai pemangkin.