Makmal Manual Taksiran Zakat (MMTZ 2019) di Langkawi

Makmal Manual Taksiran Zakat (MMTZ 2019) di Langkawi

Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi
4 Nov 2019

Makmal Manual Taksiran Zakat (MMTZ 2019) telah berjaya dilaksanakan di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi, Kedah. MMTZ 2019 merupakan anjuran Unit Syariah PPZ-MAIWP dengan kerjasama International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Sekretariat Pengurusan Zakat Negeri-Negeri (SPZN). MMTZ 2019 ini diadakan bertujuan untuk merealisasikan hasrat pengharmonian dalam menyediakan satu manual pengiraan yang bersifat tuntas dan mampu diaplikasikan melibatkan Institusi kewangan Islam – Perbankan, Takaful dan Unit Amanah. Peserta terdiri daripada pakar akademik dan pemain Industri kewangan Islam.