Majlis Menandatangani MoU antara KPBKL dan PPZ-MAIWP (AZKA)

Majlis Menandatangani MoU antara KPBKL dan PPZ-MAIWP (AZKA)

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
20 Dec 2021

Pada 20 Disember 2021, berlakunya satu majlis yang julung kalinya diadakan iaitu menandatangai Memorandum Persafahaman antara Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).

Antara tujuan MoU ini adlaah menggalakkan warga KPBKL mendalami ilmu zakat, di samping kerjasama penyelidikan, pembinaan modul baru dalam menyebarluas dakwah zakat.

Antara intipati MoU adalah:

  • Bekerjasama dalam memberi kesedaran pengurusan zakat dikalangan kakitangan KPBKL
  • Menggalakkan kakitangan KPBKL dari semasa ke semasa membuat potongan gaji zakat ke PPZ-MAIWP
  • Menggalakan penyertaan Prog. Pensijilan Profesional AZKA eLearning, iaitu satu kursus tambahan seiring keperluan reskilling dan upskilling sebelum bergraduasi
  • Menggalakkan penyertaan Prog. Pensjilan Profesional di kalangan pensyarah dan kakitangan KPBKL bagi memenuhi Continuing Professional Development (CPD)
  • Mewarwarkan penglibatan pelajar KPBKL mendaftar sebagai Sahabat Zakat PPZ-MAIWP


Setiap orang pun boleh turut serta. Jom layari https://www.openlearning.com/azka


From Media