AZKA TALK 02/19: Peranan Zakat Dalam Menangani Kesanjangan Ekonomi

AZKA TALK 02/19: Peranan Zakat Dalam Menangani Kesanjangan Ekonomi

Halaman Shah Alam
30 Oct 2019

Tema: Peranan Zakat Dalam Menangani Kesenjangan Ekonomi

Zakat secara sinonimnya dikaitkan sebagai bantuan kepada orang susah. Dalam Bahasa lebih santun, zakat dimanfaatkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti fakir dan miskin.

Zakat pada hakikatnya adalah mekanisme ekonomi yang berbentuk global tetapi bersifat manusiawi. Memperkasakan zakat bermakna memperkasakan manusia

Itulah falsafah zakat yang indah di sisi Islam. Melalui agihan zakat kepada golongan berpendapatan rendah (fakir miskin) ia dapat menambah kuasa beli mereka dan mempertingkatkan perbelanjaan penggunaan secara aggregate. Dengan ini kekayaan negara akan dapat diagihkan dikalangan masyarakat secara saksama dan berkesan sehingga tiada seorang umat Islam pun berada dalam kemiskinan dan kelaparan


From Media