HEBAHAN PROGRAM WATERTALK SERIES Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Jom sertai WATERTALK Series: Mengenali Kehidupan Marin, Pemuliharaan Laut & Aktiviti Selam Skuba yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut: Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis) Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu Penceramah Jemputan: En. Azman Kamaluddin Pengasas / Pengarah Urusan Scuba Network Tenggol Adventure Menarik untuk anda: Fakta menarik tentang kehidupan marin Perkongsian pengalaman lautan sebenar Kesedaran tentang tanggungjawab kita dalam memelihara ekosistem laut Pengenalan kepada aktiviti selam skuba Terbuka kepada semua warga UiTM dan individu yang berminat untuk mendalami ilmu berkaitan dunia marin serta usaha pemuliharaan alam sekitar. Penyertaan adalah percuma! Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan mendapatkan pengalaman baharu bersama pakar industri selam skuba. #UiTMDihatiku #7DekadUiTM #SudutAZKA #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
Read More
[AZKA Corner@Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu] PROGRAM WATERTALK SERIES
- June 11, 2026
- Comments off
