📜𝐖𝐀𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐃𝐀𝐁𝐀𝐍 : 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐋𝐔𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

 

Bumi Negeri Terengganu Darul Iman melakar sejuta kegemilangan, namun seutuh mana kita mengenali akar budinya?

Bersama kita membongkar rahsia kedaulatan dan keagungan sejarah Kesultanan Negeri Terengganu melalui Wacana Peradaban: Menelusuri Keagungan dan Kedaulatan Sejarah Kesultanan Terengganu. Sebuah kembara ilmu eksklusif yang bakal membawa kita menyelami titisan sejarah, menyingkap kronologi, dan menghayati warisan yang membentuk identiti bangsa hari ini.

Butiran program adalah seperti berikut:
✅Panel Jemputan : Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.
✅Moderator : Dr. Salina Ahmad, Pensyarah Kanan UiTMCT.

 

🗓️ Tarikh: 22 Jun 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 10.00 Pagi
📍 Tempat :Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Cendekiawan
💻 Siaran Langsung: YouTube [Studio UiTM Terengganu] : https://www.youtube.com/@StudioUiTMTerengganu

 

🤝 Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu dengan kerjasama Unit Adiwangsa UiTMCT, Akademi Zakat (AZKA) – Pusat Pungutan Zakat-MAIWP, dan Unit Komunikasi Korporat UiTMCT.

👉Rekod Jam Latihan Staf disediakan untuk para peserta.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menimba ilmu dan memahami warisan peradaban kita!
Temui kami nanti! 📖✨

#UiTMCawanganTerengganu

#PerpustakaanCendekiawan

#WacanaPeradaban

#KesultananTerengganu

#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa