Archives

Webinar Diskusi Isu-Isu Muamalat “Pelaburan Emas: Cakna Hukum & Jana Untung”

  • April 25, 2022
  • Comments off

AZKA had the opportunity to participate in Webinar on Diskusi Isu-Isu Muamalat “Pelaburan Emas Cakna Hukum & Jana Untung” organize by Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) through their Research Division on April 25, 2022 from 8.30 am to 12.30 pm. The objective of the Webinar are to share research results on gold investment issues and provide participants with an understanding of shariah issues related to gold investment. There are two (2) presentation slots in the webinar, namely the first Slot: “Shariah Application in Gold Investment Products” by YBrs. Tuan Haji Lokmanulhakim bin Hussain, Shariah Advisor of Islamic Financial Institutions while the second Slot is: “Gold Investment: Practice in Industry” by YBrs. Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah, Senior Lecturer, Academy of Islamic Studies, University of Malaya. This program was broadcast live through JAKIM’s official social media platform, Facebook My JAKIM/ Youtube JAKIM and was participated by 313 participants.

Read More

Siri Khas Perkongsian Ilmu Bersama AZKA

  • April 13, 2022
  • Comments off

Hari ini telah diadakan Siri Khas Perkongsian Ilmu bersama Akademi Zakat – PPZ MAIWP dengan tajuk ‘Kutipan Zakat Rentas Sempadan – Teori Fiqh dan Realiti di Malaysia’ yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Ikhlas Bin Rosele (Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya) disamping Puan Noor Ayesha Binti Mohd Ezanee (Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTMKL) selaku moderator. Siri khas yang ringkas namun padat ini menjelaskan bahawa, pentadbiran zakat di Malaysia adalah di bawah kuasa setiap negeri dan sekaligus menjawab pelbagai soalan antaranya berkaitan kutipan zakat diluar sempadan negeri dan penjelasan lanjut mengenai tempat pembayaran zakat itu perlu dibayar adalah dimana tempat harta itu berada. Jelas bahawa zakat adalah wajib bagi setiap individu yang mampu walau di mana jua mereka berada. Namun, perlu jelas maklum berkenaan kadar dan tempat samada individu atau harta itu berada. Terima kasih Dr. Muhammad Ikhlas Bin Rosele atas kesudian untuk bekerjasama bersama Perpustakaan UTM Kuala Lumpur dan diharapkan info ini dapat dimanfaatkan untuk semua.

Read More

AZKA Live Webinar Rahsia Jimat Cukai

  • April 11, 2022
  • Comments off

Income tax is a payment imposed by the government on income received in Malaysia. Income tax is imposed on individuals and non -individuals which is enforced under the Income Tax Act 1967. The Inland Revenue Board of Malaysia (IRBM) is appointed by the government as the agency to enforce the act and collect taxes on behalf of the government. When we heard the word TAX, most of the person will feel not comfortable. In fact, those who are not from the taxpayer class will quickly run away from this hot issue.  In fact, the issue of taxes is a good topic and should be taken seriously by all individuals who are generating income, especially entrepreneurs and those who own businesses. In fact, you do not have to be afraid of TAXES because many reliefs have been given by the government to Malaysians. Zakat is one of them! What are the other tax reliefs? Let’s find out by joining the AZKA Live Webinar “RAHSIA JIMAT CUKAI” AZKA Live Webinar brings a panel: Ahmad Nizzam bin Salim & Mohd Nizan bin Md Yusop  (Senior Tax Executive LHDN) AZHAN BIN ISMAIL (Cheif Finance Officer, Zakat Collection Center, PPZ-MAIWP)

Read More

AZKA Participation In “Webinar Pembangunan Kandungan Digital Ke Arah Melahirkan Generasi Berminda Islami”

  • March 8, 2022
  • Comments off

AZKA had the opportunity to participate in “Webinar Pembangunan Kandungan Digital Ke Arah Melahirkan Generasi Berminda Islami” organized by the Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). This webinar aims to increase public awareness and understanding of the need to create digital content to develop the Islamic mindset among children. The webinar had discussed on: The influence and impact of digital content on the development of children’s minds Features appropriate digital content in shaping children’s Islamic minds Experience sharing by the digital animation technology industry in developing digital content suitable for children’s mental development

Read More

Penyerahan Buku Ilmiah Kepada AZKA CORNER@UM

  • January 4, 2022
  • Comments off

AZKA mengadakan lawatan ke AZKA Corner @ UM bagi menyerahkan sumbangan buku penerbitan PPZ-MAIWP bagi menambah koleksi sudut bacaan AZKA Corner. Adalah diharapkan pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dapat menggunakan sudut bacaaan AZKA Corner ini dengan sebaiknya membaca dan mengulang kaji buku-buku zakat yang telah disediakan. Layari Laman AZKA Corner@UM untuk mengetahui lebih lanjut tentang AZKA Corner di sini

Read More

Majlis Menandatangani MoU antara KPBKL dan PPZ-MAIWP (AZKA)

  • December 21, 2021
  • Comments off

Pada 20 Disember 2021, berlakunya satu majlis yang julung kalinya diadakan iaitu menandatangai Memorandum Persafahaman antara Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP). Antara tujuan MoU ini adlaah menggalakkan warga KPBKL mendalami ilmu zakat, di samping kerjasama penyelidikan, pembinaan modul baru dalam menyebarluas dakwah zakat. Antara Intipati MoU adalah: Bekerjasama dalam memberi kesedaran pengurusan zakat dikalangan kakitangan KPBKL Menggalakkan kakitangan KPBKL dari semasa ke semasa membuat potongan gaji zakat ke PPZ-MAIWP Menggalakan penyertaan Prog. Pensijilan Profesional AZKA eLearning, iaitu satu kursus tambahan seiring keperluan reskilling dan upskilling sebelum bergraduasi Menggalakkan penyertaan Prog. Pensjilan Profesional di kalangan pensyarah dan kakitangan KPBKL bagi memenuhi Continuing Professional Development (CPD) Mewarwarkan penglibatan pelajar KPBKL mendaftar sebagai Sahabat Zakat PPZ-MAIWP Setiap orang pun boleh turut serta. Jom layari https://www.openlearning.com/azka

Read More

Penyerahan Buku Ilmiah Kepada AZKA CORNER@KPBKL

  • December 17, 2021
  • Comments off

AZKA mengadakan lawatan ke AZKA Corner @ KPBKL bagi menyerahkan sumbangan buku penerbitan PPZ-MAIWP bagi menambah koleksi sudut bacaan AZKA Corner. Adalah diharapkan pelajar Akademi Pengajian Islam Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dapat menggunakan sudut bacaaan AZKA Corner ini dengan sebaiknya membaca dan mengulang kaji buku-buku zakat yang telah disediakan. Layari Laman AZKA Corner@KPBKL untuk mengetahui lebih lanjut tentang AZKA Corner di sini

Read More

The Virtual Student Mobility 2021

  • November 10, 2021
  • Comments off

Fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam UIN Walisongo Semarang in collaboration with Pusat Pengutan Zakat-MAIWP, Malaysia present International Student Mobility 2021 ” Zakat Management Training “

Read More

Dimensi Baharu Zakat Di Malaysia

  • September 25, 2021
  • Comments off

Dimensi Baharu Zakat Di Malaysia dipecahkan kepada dua topik iaitu Fiqh Zakat dan Pengurusan Zakat Akademi ZakatPPZ-MAIWP Chapter in Book Dimensi Baharu Zakat di Malaysia DOWNLOAD Sistem zakat dan filantropi amnya telah berkembang pesat diseluruh dunia. Di Malaysia khasnya, sistem zakat ini semakin diterima umum sebagai medium pembangunan ekonomi dan jaminan sosial masyarakat. Sistem ini mempunyai potensi yang besar, maka ia perlu diperkasa dan dilonjakkan seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan kewangan Islam negara. Bidang zakat serta kehartaan umat Islam sangat penting untuk dibincangkan oleh para akademik dan badan pelaksana sebagai satu platform terbaik untuk meletakkan bidang pengurusan harta Islam sejajar dengan bidang-bidang lain yang sedang bergerak maju ke hadapan. Usaha melestari sistem ekonomi Islam khususnya filantropi seperti zakat sangat penting dalam meningkatkan kehidupan sosio-ekonomi umat Islam. Terdapat pelbagai isu kontemporari khasnya tentang zakat dalam aspek fiqh, pengurusan, dakwah, pendidikan, perundangan, dan sebagainya perlu dikongsi oleh ahli akademik, sarjana Islam serta pemain industri bagi memastikan pelaksanaannya memenuhi tuntutan syarak serta memberi motivasi dan impak positif kepada masyarakat. Kesemua konsep yang diutarakan melalui buku ini harus mampu untuk diketengahkan dalam aliran arus perdana supaya berupaya untuk mendepani arus globalisasi ekonomi dunia yang semakin mencabar, apatah lagi menjalani situasi ekonomi pasca pandemik COVID-19. Sudah tiba masanya masyarakat Islam untuk didik dengan kebertanggungjawaban sosial dengan memperkasa budaya memberi dalam kehidupan, bukan mengejar keuntungan dunia semata-mata. Masyarakat yang diterapkan dengan perasaan kasih sayang, keprihatinan dan kepedulian sudah tentu dapat menstabilkan kehidupan masyarakat kini yang sedang mengalami detik-detik mencabar, bukan sahaja dalam aspek ekonomi, malah survival manusia. Adalah diharapkan agar penerbitan buku ini dapat menjadi wadah diskusi yang sangat penting bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang bidang zakat. Usaha ini perlu dipergiat lebih lagi supaya bahan-bahan bacaan berkaitan subjek yang amat penting ini tidak putus dan terhenti setakat ini sahaja. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penerbit, para editor dan semua penulis buku ini, kerana telah berjaya mewujudkan wadah dakwah zakat khusus kepada masyarakat. Semoga usaha yang dicurahkan dalam menerbitkan buku ini mendapat ganjaran dan pahala disisi Allah SWT. Share: Facebook Twitter LinkedIn Article by Topic Fiqh Zakat Bab 1 Tinjauan Awal Aplikasi Hukum Zakat Ke Atas Matawang Kripto Dan Token Digital Authors: Ahmad Husni Abd Rahman & Muhammad Furqan Bin Abdullah Bab 2 Pentafsiran Hamka Dalam Tema Fiqh Zakat Ke Arah Maslahah Masyarakat Author: Muhammad Yusry Bab 3 Aplikasi Qawaid Fiqhiyyah Dalam Dimensi Baharu Kutipan Dan Agihan Zakat Authors: Mohd Izzuddin Bin Mohd Noor & Fatimah Nadirah Binti Mohd Noor Bab 4 Ijtihad Tahqiq Al-Manat Dalam Isu Zakat Asnaf Muallafah Qulubuhum Di Malaysia Authors: Muhammad Safwan Harun, Muhammad Ikhlas Rosele & Saiful Islam Nor Mohd Zulkarnain Bab 5 Issues On Zakah Assessment In Malaysian Islamic Financial Institutions Authors: Nor Aini Ali, Suhaili Sarif , Nor ‘Azzah Kamri & Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi Bab 6 Keunikan Ijtihad Dan Fatwa Zakat Dalam Dimensi Baharu Wabak Covid-19 Di Malaysia Author: Muhammad Yusry Bab 7 Tinjauan Awal Hukum Zakat Ke Atas Pendapatan Pemilik Akaun Media Sosial Authors: Ahmad Husni Abd Rahman & Muhammad Furqan Bin Abdullah Bab 8 Pengenaan Zakat Ke Atas Hutang Lapuk Menurut Perspektif Fiqh Authors: Muhammad Ikhlas Rosele , Luqman Hj. Abdullah & Wan Marhaini Wan Ahmad Pentadbiran Zakat Bab 9 Kepentingan Sifat-Sifat Terpuji (Mahmudah) Bagi Meningkatkan Kesedaran Pembayar Zakat Dalam Kalangan Usahawan Sosial Di Malaysia Authors: Mohd Adib Abd Muin, Mohd Sollehudin Shuib, Azizah Che Omar, Mohd Faisal Mustaffa & Mohd Suraidi Saad Bab 10 Pelaporan Kewangan Institusi Zakat Di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah Authors: Hairunnizam Wahid, Mohd Fairuz Md Salleh, Norida Basnan Bab 11 The Growth Trend Of Zakat Collection Based On Gold Price, Nisab And Macroeconomic Variables Authors: Najiha Omar & Khairil Faizal Khairi Bab 12 Dimensi Baharu Dalam Pengurusan Agihan Zakat Di Malaysia Authors: Azman Ab Rahman & Afaf Sukari Bab 13 Ekonomi Politik Dan Tadbir Urus Zakat Pulau Pinang: Tumpuan Khusus Kutipan Dan Agihan Authors: Mohd Syakir Mohd Rosdi & Mohammad Najwa Mohamed Hasbullah Bab 14 Mencapai Kutipan Zakat Optimum Melalui Dasar Pengkorporatan Authors: Suhaili Sarif & Muhsin Nor Paizin Bab 15 Keberkesanan Model Transformasi Usahawan Asnaf Oleh Lembaga Zakat Selangor Authors: Khairul Azhar Meerangani, Mohd Zaid Mustafar, Mohammad Fahmi Abdul Hamid & Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz Bab 16 Musa’adah Khas Khaira And Musa’adah Khaira Siswa One-Off Aid During Covid-19, Malaysian Pandemic Movement Control Order Author: Muhsin Nor Paizin Bab 17 The Effectiveness Of Zakat In The Economic Empowerment Community By Rumah Zakat In Yogyakarta Authors: Selamat Muliadi & Januariansyah Arfaizar Bab 18 Konsep Wakalah: Pengalaman Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Author: Muhammad Fakhrurrazy Md Ariff Bab 19 Pengamalan Fintech Di Institusi Zakat Di Malaysia Author: Mohamad Noor Sahidi Bin Johari Editorial Team Muhammad Ikhlas Rosele Universiti Malaya Mohamad Noor Sahidi Johari Akademi Zakat Muhsin Nor Paizin Akademi Zakat

Read More

AZKA Live Webinar: 58 Tahun Malaysia & Identitinya

  • September 17, 2021
  • Comments off

Tanah Melayu telah di istiharkan merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengisytiharkan pembentukan persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Kini pada tahun 2021, Malaysia telah wujud selama 58 tahun di bumi bersejarah ini. Hari Malaysia begitu besar maknanya kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di Semenanjung, Sabah dan Sarawak kerana ia merupakan detik paling bersejarah yang memperlihatkan penyatuan ketiga-tiga wilayah ini dibawah satu naungan. Sambutan Hari Malaysia disambut setiap tahun bagi mengingatkan kita bahawa pembentukan Malaysia tidak datang bergolek dalam sekelip mata. Sebaliknya ia adalah hasil perjuangan pemimpin dan rakyat kita terdahulu yang mahu melihat lahirnya sebuah negara yang bernama Malaysia yang merdeka dan bersatu padu dari pelbagai etnik, agama dan budaya. Namun begitu, menjadi persoalan adakah sifat patriosme telah tertanam di hati setiap rakyat terhadap sejarah pembentukan Malaysia. Dalam keadaan ini, adakah wacana dan naratif yang berunsur sejarah Malaysia telah berjaya disemai kepada rakyat sejak kecil lagi. Sejarah penubuhan negara itu perlu dihayati semua rakyat agar minda dan juga kemajuan negara berada dalam satu paksi yang sama. Webinar 58 Tahun Malaysia & Identitinya sempena Hari Malaysia ini telah di bentangkan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh, Pensyarah Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Webinar dimoderatorkan oleh En Azhan Ismail, Ketua Pegawai Kewangan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).

Read More