Monthly Archives: April 2026

Siri Kajian AZKA 8

  • April 21, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 8/ 2021 TEKNOLOGI BLOCKCHAIN BERASASKAN KONTRAK PINTAR DALAM MEMASTIKAN KEBERKESANAN DAN KETELUSAN PUNGUTAN ZAKAT Kewangan Sosial Islam (Islamic Social Finance) melalui instrumen seperti zakat, wakaf dan sedekah amat relevan dalam menangani cabaran semasa dan proses untuk memulih semula ekonomi negara yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19. Hal ini penting kerana sektor ini mampu memberi impak penting dalam meningkatkan daya tahan kewangan dan kesejahteraan sosial melalui pengagihan kekayaan dan pendapatan di dalam masyarakat. Ini dapat dilakukan melalui penyediaan perkhidmatan kewangan untuk membina perlindungan sosial kepada golongan berkeperluan serta membantu mengurangkan kebergantungan mereka melalui kerjasama komuniti, pembiayaan mikro, perusahaan, bantuan dermawan dan sumber pelaburan.   Atas dasar ini, kewangan sosial Islam khususnya Zakat akan mendapat manfaat daripada teknologi Blockchain kerana ia mempunyai ciri-ciri transaksi secara hujung ke hujung yang mempunyai keserakan data dan berfungsi sebagai penjaga pintu akses untuk data secara automatik terutamanya jika menggunakan kaedah kontrak pintar. Kontrak Pintar yang dikepilkan bersama transaksi zakat mampu menjamin kebolehkesanan, ketelusan dan keyakinan ke atas transaksi zakat dan seterusnya bukan sahaja mampu meningkatkan jumlah pungutan zakat di peringkat negeri dan juga negara malah mampu meningkatkan keberkesanan agihan kepada penerima-penerima zakat.   Hasil dari penelitian, ini adalah sistem pertama yang menggunakan platfom Blockchain berkaitan pembayaran Zakat yang mana pembayar zakat dapat mengesan aliran zakat kepada penerima secara telus. Kaedah masa kini yang lebih bergantung kepada dokumen fizikal, terdedah kepada risiko kelewatan, ketidakcekapan dan penyalahgunaan. Hal ini memberikan motivasi di dalam merekabentuk dan membangunkan sebuah sistem kontrak pintar berasaskan teknologi lejar berserakan dengan menggunakan teknologi “Distributed Hyperledger” yang mempunyai kapasiti yang lebih besar untuk memanfaatkan kepantasan transaksi yang ditawarkan (beribu-ribu dan berpotensi berjuta-juta transaksi sesaat).   Objektif pembangunan projek ini adalah seperti berikut: 1. Merumuskan fungsi platform blockchain dengan sistem pungutan zakat yang dilaksanakan. 2. Merancang dan mengembangkan blockchain pungutan zakat melalui platform kontrak pintar (smart contract) berasaskan Distrubuted Hyperledger Technology. 3. Meningkatkan kemampuan perisian(demo blockchain pungutan zakat) dari segi ketelusan, kebolehkesanan dan laporan terkini (real time) yang berkaitan dengan transaksi pungutan dan seterusnya meningkatkan keyakinan orang ramai dalam pembayaran zakat. Penulis Buku Prof. Madya Dr Khairil Faizal Khairi Dr. Azuan Ahmad Dr. Nur Hidayah Laili Dr. Hisham Bin Sabri Rosli Shaari Hafiz Laili Fakulti Ekonomi Dan Muamalat,Universiti Sains Islam Malaysia Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA 7

  • April 21, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 7/ 2021 PENGENAAN ZAKAT KE ATAS ASET DIGITAL MENURUT PERSPEKTIF HUKUM ISLAM Dengan perkembangan aset seperti fintech atau blockchain yang mewujudkan bitcoin dan seumpamanya telah membuka lapangan baru kehartaan umat Islam. Dari sini perbincangan-perbincangan hangat telah berlaku antara intelektual Islam untuk melihat kedudukan aset digital seumpama ini. Jika dahulu emas dan perak fizikal menjadi aset tukaran dan bernilai, kini aset maya telah cuba mengambil tempat.   Persoalan yang timbul kedudukan aset-aset digital ini tidak boleh dirumpunkan dalam satu kelompok apabila mendalami konsep harta dalam Islam. Tambahan pula jika hendak dibahaskan dalam aspek harta yang hendak dizakatkan. Sebagai contoh, kedudukan hak dan manfaat sebagai harta juga menjadi satu perbincangan penting menurut hukum Islam. Apatah lagi apabila menyentuh pemilikan dan kuasa yang menjadikan sesuatu harta itu mempunyai hukum yang berbeza. Ulama telah meletakkan kategori pemilikan seperti pemilikan penuh, pemilikan kurang (naqis), pemilikan kuasa mengurus, dan pemilikan dalam tangan.   Selain aspek kedudukan aset digital sebagai harta zakat, persoalan mengenai jenis zakat yang perlu dikeluarkan. Secara kasarnya, jenis zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat pendapatan (mal al-mustafad) dan zakat saham adalah signifikan bagi perbincangan zakat aset digital. Akan tetapi setiap aset digital tidak akan tergolong dalam jenis zakat yang sama. Tambahan pula setiap jenis zakat akan melibatkan kaedah perakaunan zakat yang berbeza. Timbul lagi perbincangan mengenai bagaimanakah kaedah perakaunan zakat ke atas aset digital dilakukan.   Lantaran daripada permasalahan dan persoalan yang timbul, perlu satu model zakat aset digital yang holistik dalam dunia Islam hari ini. Lebih-lebih lagi aras kemodenan telah jauh berkembang yang kini berada dalam revolusi industri 4.0 ke arah revolusi industri 5.0. Perhatian juga perlu diberikan kepada pusat zakat mengenai fasiliti dan kesediaan dalam melaksanakan kutipan mahupun agihan zakat aset digital ini. Tambahan lagi apabila dunia ke arah mencapai Social Development Goals (SDG) yang digarapkan oleh United Nation seperti No Poverty, Industry, Innovation and Infrastructure dan Decent Work and Economic Growth. Model zakat aset digital ini juga boleh menjadi pemangkin institusi zakat mencapai SDG tersebut. Kajian “Pengenaan Zakat Ke Atas Aset Digital Menurut Perspektif Hukum Islam” ini dijalankan berpandukan tiga objektif utama, iaitu; 1. Menjelaskan konsep aset digital dan kedudukannya dalam hukum islam 2. Mengkaji kedudukan aset digital sebagai aset yang wajib dizakatkan dalam hukum Islam 3. Menganalisis isu-isu hukum dalam perlaksanaan zakat ke atas aset digital. Kajian ini tertumpu kepada perbincangan zakat ke atas aset digital dengan berpandukan literatur dan beberapa pandangan pakar. Kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan data-data perpustakaan sebagai sumber utama. Selain itu, kajian ini juga akan menemu bual beberapa pakar sebagai rujukan terhadap isu kutipan zakat aset digital. Kajian dilakukan dengan mengutamakan kitab-kitab fiqh dan melakukan proses takyif fiqhi jika terdapat perbahasan yang belum disentuh secara jelas dalam hukum Islam. Oleh itu, analisis terhadap data-data tersebut akan dilakukan secara induktif (istiqra’) dan deduktif (istinbat) serta komparatif (muqaranah). Kajian ini akan menjadi pemangkin dalam teori hukum Islam terhadap zakat aset digital. Kajian juga akan membentuk kerangka umum perbincangan fiqh mengenai zakat aset digital yang boleh dijadikan rujukan oleh pusat zakat kelak. Penulis Buku Dr. Muhammad Ikhlas Rosele (Ketua) S.S. Datuk Dr. Luqman Hj. Abdullah En. Azizi Che Seman Dr. Mohd Shahid Mohd Noh Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA 6

  • April 21, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 6/ 2021 PARAMETER HARTA SYUBHAH DAN KEWAJIPAN BERZAKAT TERHADAPNYA   Kajian ini cuba mengetengahkan sebab-sebab berlakunya isu syubhah dalam harta disamping menjelaskan panduan, kaedah dan pembahagian yang diletakkan oleh Imam al-Ghazali dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. Kajian ini juga cuba untuk mengusulkan jawapan kepada beberapa persoalan yang sering ditimbulkan oleh sesetengah pihak berkaitan harta syubhah dalam pendapatan dan transaksi kewangan merangkumi gaji, perniagaan, penerimaan wang, keuntungan pelaburan, perniagaan dari modal haram dan sebagainya.   Berdasarkan persoalan tersebut, kajian ini akan membentangkan satu cadangan parameter berdasarkan pandangan Imam al-Ghazali sebagai rujukan dalam menentukan status pendapatan sebagai halal, haram atau syubhah. Parameter ini diharapkan dapat menjadi panduan asas dalam membantu serta memberi penjelasan kepada pihak-pihak tertentu dalam menentukan pendapatan dari transaksi kewangan mereka sama ada perlu dilupuskan atau diiktiraf sebagai halal atau diasingkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan zakat daripadanya.   Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif berdasarkan kerangka kerja konseptual seperti yang telah ditetapkan menggunakan strategi teori asal (grounded theory). Metode yang digunakan ialah analisis teks (textual analysis) atau secara analitikal dan analisis perbandingan. Jenis kajian ini ialah kajian tindakan (action research). Instrumen kajian yang digunakan adalah temu bual melalui audio visual yang kemudiannya dipindahkan ke dalam bentuk transkrip. Teknik pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pengesanan data, pengumpulan data, pemilihan data dan penentuan data yang kemudiannya disebut sebagai prosedur pengumpulan data serta pendapat pakar atau Subject Matter Expert (SME). Prosedur penganalisan data yang digunakan ialah metode induktif, analisis data temu bual dan metode tematik. Penulis Buku Mohd Rofaizal bin Ibhraim Dr. Ahmad Misbah bin Mohammad Hilmi Dr. Khairul Anuar bin Ahmad Muhamad Ismail bin Abdullah Universiti Islam Selangor (UIS) Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA 5

  • April 21, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 5/ 2020 TAKSIRAN ZAKAT PERNIAGAAN BAGI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM DAN KOPERASI Kajian ini memberi fokus kepada perakaunan zakat perniagaan bagi institusi perbankan Islam dan koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kaedah perakaunan zakat perniagaan yang diguna pakai bagi syarikat berasaskan perkhidmatan perbankan Islam dan koperasi. Selain itu, kajian ini juga akan mengemukakan cadangan format taksiran zakat perniagaan bagi syarikat berasaskan perkhidmatan perbankan Islam dan koperasi yang komprehensif dan praktikal. Institusi zakat disaran menyediakan format atau templat taksiran zakat perniagaan khusus mengikut bentuk perniagaan yang lengkap dan komprehensif.   Kajian ini hanya menggunakan kaedah analisis kandungan ke atas laporan tahunan Institusi Perbankan Islam dan laporan tahunan koperasi. Ini menyebabkan kajian tidak dapat dibuat secara mendalam dan dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada bentuk perniagaan yang lain. Analisis kandungan juga perlu dilakukan ke atas dokumen sokongan seperti lembaran kerja taksiran zakat perniagaan bagi menilai ketepatan taksiran zakat yang telah dibuat. Selain itu, kajian dengan pendekatan kualitatif menggunakan kaedah kajian kes, temu bual atau focus group discussion dicadangkan kepada penyelidik pada masa akan datang bagi memperoleh data kajian yang lebih terperinci dan mendalam. Dapatan kajian ini dijangkakan dapat membantu institusi zakat menghasilkan templat pengiraan zakat perniagaan yang khusus mengikut bentuk perniagaan dan diamalkan di seluruh Malaysia. Buku pengiraan zakat perniagaan mengikut bentuk perniagaan seperti peniaga kecil, peniaga atas talian dan penyedia perkhidmatan takaful boleh diterbitkan selepas kajian lanjutan dilaksanakan. Buku yang dihasilkan hendaklah sesuai untuk bacaan umum agar dapat menggalakkan perniagaan dari pelbagai bentuk melaksanakan tanggungjawab zakat perniagaan. Penulis Buku Teh Suhaila Tajuddin (C.A(M)) Universiti Islam Selangor (UIS) Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA 4

  • April 21, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 4/ 2020 POTENTIAL AND STRATEGY OF ZAKAT COLLECTION FROM FOREIGN WORKERS Kajian ini cuba mengetengahkan sebab-sebab berlakunya isu syubhah dalam harta disamping menjelaskan panduan, kaedah dan pembahagian yang diletakkan oleh Imam al-Ghazali dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. Kajian ini juga cuba untuk mengusulkan jawapan kepada beberapa persoalan yang sering ditimbulkan oleh sesetengah pihak berkaitan harta syubhah dalam pendapatan dan transaksi kewangan merangkumi gaji, perniagaan, penerimaan wang, keuntungan pelaburan, perniagaan dari modal haram dan sebagainya.   Berdasarkan persoalan tersebut, kajian ini akan membentangkan satu cadangan parameter berdasarkan pandangan Imam al-Ghazali sebagai rujukan dalam menentukan status pendapatan sebagai halal, haram atau syubhah. Parameter ini diharapkan dapat menjadi panduan asas dalam membantu serta memberi penjelasan kepada pihak-pihak tertentu dalam menentukan pendapatan dari transaksi kewangan mereka sama ada perlu dilupuskan atau diiktiraf sebagai halal atau diasingkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan zakat daripadanya.   Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif berdasarkan kerangka kerja konseptual seperti yang telah ditetapkan menggunakan strategi teori asal (grounded theory). Metode yang digunakan ialah analisis teks (textual analysis) atau secara analitikal dan analisis perbandingan. Jenis kajian ini ialah kajian tindakan (action research). Instrumen kajian yang digunakan adalah temu bual melalui audio visual yang kemudiannya dipindahkan ke dalam bentuk transkrip. Teknik pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini melibatkan pengesanan data, pengumpulan data, pemilihan data dan penentuan data yang kemudiannya disebut sebagai prosedur pengumpulan data serta pendapat pakar atau Subject Matter Expert (SME). Prosedur penganalisan data yang digunakan ialah metode induktif, analisis data temu bual dan metode tematik. Penulis Buku Prof. Dr. Jarita Duasa Assoc. Prof. Dr. Rafia Afroz International Islamic University Malaysia (IIUM) Lain-lain Terbitan

Read More

[OCBC AL-AMIN AZKA Corner@Politeknik Nilai] Program Islamic Cross-cultural Dining Etiquette

  • April 17, 2026
  • Comments off

PROGRAM ISLAMIC & CROSS – CULTURAL DINING ETIQUETTE TINGKATKAN PROFESIONALISME PELAJAR DIPLOMA KEWANGAN ISLAM SEMESTER 5 15 APRIL 2026 – Program Diploma Kewangan Islam (DIF), Jabatan Perdagangan, Politeknik Nilai dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) telah berjaya menganjurkan program Islamic & Cross-Cultural Dining Etiquette: Preparing DIF Students for Professional Engagement yang bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar terhadap etika di meja makan menurut perspektif Islam serta dalam konteks antarabangsa. Program yang berlangsung selama empat jam ini telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Sahir bin Jais, pakar Halal dan pensyarah, Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) yang berpengalaman luas dalam industri halal serta aktif dalam latihan dan penyelidikan berkaitan sistem pengurusan halal. Penyampaian yang interaktif dan berkesan berjaya menarik minat pelajar serta memberi impak yang signifikan terhadap pemahaman mereka berkaitan etika makan dalam situasi formal. Sepanjang program, para pelajar turut didedahkan dengan aspek adab makan dalam Islam yang menekankan nilai kesederhanaan, kebersihan dan kesopanan, selari dengan tuntutan syariah. Selain itu, elemen etiket makan antarabangsa turut diketengahkan bagi memastikan pelajar lebih bersedia menghadapi situasi formal di peringkat industri, khususnya dalam sektor kewangan Islam. Program ini melibatkan penyertaan pelajar Diploma Kewangan Islam yang bakal memasuki alam pekerjaan dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat serta rakan industri. Justeru, pendedahan seperti ini dilihat mampu membentuk sahsiah, keyakinan diri serta imej profesional dalam kalangan pelajar. Selain itu, program ini turut mendapat sokongan dan tajaan daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) melalui inisiatif pengimarahan Sudut Bacaan AZKA Corner di Politeknik Nilai. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PPZ-MAIWP dalam memperkasa pembangunan modal insan melalui pengukuhan ilmu, pembinaan sahsiah serta pemantapan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Penganjuran program ini juga selari dengan usaha berterusan dalam mengimarahkan Sudut Bacaan AZKA Corner sebagai platform pembudayaan ilmu dan pemikiran kritis dalam kalangan mahasiswa. Ia bukan sekadar ruang bacaan, tetapi berperanan sebagai medium pembentukan jati diri, nilai kepimpinan dan kesedaran sosial berteraskan prinsip Islam. Melalui pendekatan yang holistik ini, pelajar didedahkan dengan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan pembangunan karakter, sekali gus menyokong agenda melahirkan graduan yang berilmu, berintegriti dan berdaya saing. Usaha ini juga diyakini mampu menyemai kesedaran awal terhadap tanggungjawab sosial termasuk kefahaman mengenai zakat, wakaf dan peranan institusi Islam dalam pembangunan ummah. Sehubungan itu, inisiatif ini diharapkan dapat melahirkan generasi graduan yang bukan sahaja kompeten dalam bidang masing-masing, malah memiliki adab, nilai kemanusiaan yang tinggi serta keupayaan untuk menyumbang secara signifikan di peringkat nasional dan global. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif kepada pelajar dalam kesediaan mereka untuk berhadapan dengan dunia kerjaya sebenar. #PoliteknikNilai#jpPNS#ukkPNS   Kredit:Harun SahatZie Shuharzi

Read More

[AZKA Corner@UiTM Terengganu] 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐅𝐈𝐓𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈- 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐁𝐀𝐃𝐈 𝐑𝐀𝐁𝐁𝐀𝐍𝐈

  • April 17, 2026
  • Comments off

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐅𝐈𝐓𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈- 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐁𝐀𝐃𝐈 𝐑𝐀𝐁𝐁𝐀𝐍𝐈   📅Tarikh : 13 April 2026, Isnin⏰Masa : 11.30 pagi – 12.30 tengah hari📍Tempat : Sudut AZKA @Library Community Engagement (LCE)👉Platform : YouTube Perpustakaan Cendekiawan – https://www.youtube.com/@perpustakaancendekiawan3682 🎙️Penceramah : Ustaz Zaid bin Ngah, Pesara dan Mantan Pensyarah UiTMCT. Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi merupakan simbol kemenangan jiwa setelah melalui tarbiah sepanjang bulan Ramadan. Namun, cabaran sebenar adalah bagaimana untuk kita mengekalkan momentum ketakwaan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, Program Fitrah Aidilfitri bertemakan “Membina Peribadi Rabbani” dianjurkan bagi mengupas rahsia mengukuhkan sahsiah diri agar terus istiqamah di jalan pencipta. #UiTMDihatiku #UiTM7Dekad #FitrahAidiltifri #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa #SudutAZKA#AZKA-PPZ https://www.youtube.com/@perpustakaancendekiawan3682

Read More

SALAM AIDILFITRI IKHLAS DARIPADA WARGA KERJA UNIT AKADEMI ZAKAT (AZKA-PPZ)

  • April 17, 2026
  • Comments off

Salam Aidilfitri Maaf zahir dan batin daripada kami di AZKA-PPZ. Di hari kemenangan ini, marilah kita menyulam kembali silaturahim, mensucikan hati, dan menyemai keinsafan atas setiap perjalanan Ramadan yang telah dilalui. Semoga segala amalan diterima, diampunkan dosa, dan dipenuhi rahmat Ilahi Taqabbalallahu minna wa minkum.

Read More

Siri Kajian AZKA 3

  • April 15, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 3/ 2019 QADHA ZAKAT: HUKUM DAN ASAS KAEDAH KIRAAN Ini merupakan kajian yang dilaksanakan oleh Akademi Zakat (AZKA) dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Objektif kajian ini adalah untuk: 1) Menjelaskan definisi dan kewajipan qadha’ zakat. 2) Menjelaskan takyif fiqhi (penyesuaian fiqh) terhadap jenis-jenis zakat harta. 3) Mencadangkan kaedah taksiran qadha’ zakat bagi setiap jenis zakat harta terutamanya zakat pendapatan, zakat emas dan perak dan lain-lain. Meninggalkan zakat termasuk dalam dosa-dosa besar. Bahkan saidina Abu Bakar al-Siddiq sendiri telah mengishtiharkan perang terhadap orang-orang arab yang enggan membayar zakat di zaman pemerintahan beliau. Keengganan melunaskan zakat bukan sahaja mengingkari hukum Allah serta menafikan hak para asnaf bahkan ia turut memberikan kesan negatif kepada sistem ekologi. Walau bagaimanapun, masih terdapat sebahagian orang[1]orang Islam yang tidak serius dalam melaksanakan kewajipan berzakat. Sama ada disebabkan kecuaian, kesedaran yang rendah atau kejahilan, harta-harta yang telah cukup syaratnya mestilah dizakatkan walaupun telah berlalu tempoh haul yang panjang. Sekiranya zakat tersebut ditunaikan serta merta apabila mencukupi haul atau tidak memasuki haul yang baharu, maka ia dikira sebagai tunai. Manakala sekiranya ia tidak ditunaikan sehingga memasuki tempoh haul yang berikutnya, maka pelaksanaannya disebut sebagai qadha’. Oleh itu, kajian dibuat untuk mengenalpasti cara dan mekanisma yang sesuai untuk membantu para amil menjalankan tugas mengutip zakat-zakat yang tertunggak disamping memberikan khidmat nasihat dan konsultasi kepada para muzakki yang berhasrat untuk melunaskan zakat-zakat yang tertunggak. Penulis Buku Muhamad Ismail Bin Abdullah Abdul Hakim Bin Baharuddin Dr. Mustaffa Bin Jusoh Hamid Bin Mat Isa Universiti Islam Selangor (UIS) Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA 2

  • April 15, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 2/ 2019 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBAYARAN ZAKAT DARI INSTITUSI KORPORAT Ini merupakan kajian yang dilaksanakan oleh Akademi Zakat (AZKA) dengan kerjasama Accounting Research Institute (ARI), Universiti Teknologi MARA (UiTM). Objektif kajian ini adalah untuk: (1) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat korporat khususnya di kalangan syarikat korporat dan; (2) Mencadangkan penambahbaikan yang perlu kepada Institusi Zakat dari perspektif pendekatan berasaskan nilai (value-based). .Kajian ini menggunakan kaedah gabungan (Mixed Method): temubual dan soal selidik. Data untuk kajian ini adalah: 10 syarikat korporat untuk temubual dan 50 syarikat korporat untuk responden soal selidik. Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesedaran membayar zakat korporat boleh dipertingkatkan melalui beberapa strategi yang dapat menyumbang kepada peningkatan pembayaran zakat korporat. Antaranya, (1) promosi inisiatif keberkesanan agihan zakat korporat oleh institusi zakat dan syarikat korporat melalui stakeholder engagement, laporan dalam talian dan lain-lain saluran komunikasi dapat meningkatkan kepercayaan antara pihak-pihak berkepentingan, (2) pembangunan rangkakerja pelaporan maklumat inisiatif wakalah untuk meningkatkan keberkesanan pelaporan. Maklumat pelaporan ini dapat digunakan oleh pihak berkepentingan untuk membuat keputusan yang lebih efektif dan (3) peranan peneraju oleh institusi zakat seperti institusi zakat Wilayah dapat dijadikan sebagai penanda aras atau amalan terbaik untuk institusi zakat di setiap negeri. Ini dapat meningkatkan inisiatif bersama ke arah pembangunan pertumbuhan sosio-ekonomi negara melalui dana zakat korporat. Secara kesimpulannya, kajian ini dapat mengenalpasti hala tuju strategik untuk mengoptimakan sumbangan zakat korporat terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara https://youtu.be/dbk445qsnq0?si=hWwKX4O9yjGcl7eY Penulis Buku Prof. Madya Dr. Roshayani Binti Arshad Dr. Ruhaini Binti Muda Dr. Rina Fadhilah Binti Ismail Accounting Research Institute, Universiti Teknologi MARA Lain-lain Terbitan

Read More