Monthly Archives: April 2026

Penanda Aras (Threshold) Miskin Bandar Di Wilayah Persekutuan

  • April 22, 2026
  • Comments off

Home / PENANDA ARAS (THRESHOLD) MISKIN BANDAR DI WILAYAH PERSEKUTUAN Kajian ini bertujuan menilai semula penanda aras kemiskinan bandar di Wilayah Persekutuan, khususnya Kuala Lumpur, dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup semasa. Berdasarkan data asnaf MAIWP dan kajian lapangan terhadap 396 responden, didapati majoriti isi rumah miskin bandar berpendapatan bawah RM2,500 dan sangat bergantung kepada bantuan zakat. Walaupun kutipan zakat PPZ meningkat setiap tahun, jurang antara kutipan dan permintaan agihan semakin melebar, terutama apabila ramai asnaf dari luar Wilayah Persekutuan datang ke ibu kota untuk mendapatkan bantuan. Ini menunjukkan betapa pentingnya sistem agihan zakat yang responsif dan berasaskan data sebenar perbelanjaan isi rumah. Kajian turut menegaskan bahawa kos sara hidup di bandar, terutamanya bagi perbelanjaan bukan makanan seperti sewa, pendidikan dan pengangkutan, jauh lebih tinggi berbanding luar bandar. Oleh itu, penetapan had kifayah sedia ada perlu disemak semula agar lebih realistik dengan keperluan sebenar rakyat bandar. Tumpuan perlu diberi kepada perlindungan sosial yang bersasar, termasuk perumahan, penjagaan kesihatan dan sokongan pendidikan. Dalam konteks ini, agihan zakat tidak boleh lagi bersifat reaktif tetapi perlu strategik dan mampu mengangkat martabat asnaf keluar dari belenggu kemiskinan secara lestari. Sehubungan itu, kepatuhan masyarakat awam dan syarikat membayar zakat melalui PPZ-MAIWP sangat penting. Institusi ini bukan sahaja berfungsi sebagai pemungut, tetapi juga sebagai pengurus agihan yang berpandukan prinsip syariah dan keperluan semasa. Pembayaran zakat melalui saluran rasmi memastikan ketelusan, keberkesanan dan keadilan agihan, selain membolehkan pembangunan sistem bantuan berskala besar seperti skim pendidikan, perumahan dan kesihatan untuk asnaf. Bagi syarikat pula, ia merupakan peluang memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) berlandaskan maqasid syariah serta mengukuhkan jenama sebagai entiti yang menyumbang kepada kesejahteraan ummah. Penulis Buku Lain-lain Terbitan ISLAMIC FINANCE AND WEALTH MANAGEMENT INSTITUTE (IFWMI) Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Read More

Siri Kajian AZKA 16 (SIRI KHAS)

  • April 22, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 16/ 2025 (Siri Khas) PENGENALAN MANHAJ FIQH SHAFI’E: PERKEMBANGAN DAN ISU-ISU BERKAITANNYA DI MALAYSIA Mazhab Shafi’e telah menjadi teras amalan fiqh umat Islam di Alam Melayu sejak abad ke-12, khususnya di Malaysia. Penulisan ini menelusuri sejarah Imam Shafi’e, metodologi istinbatnya, serta penyebaran mazhab ini di dunia Melayu. Ia turut membincangkan sumber-sumber hukum utama seperti al-Quran, Sunnah, Ijmak, Qiyas, serta pendirian terhadap istihsan. Mazhab Shafi’e berkembang pesat melalui tokoh-tokoh besar seperti al-Nawawi dan al-Rafi’i, serta kitab-kitab penting seperti al-Umm, al-Risalah, dan al-Majmu’. Dalam konteks zakat, ia memperincikan isu seperti fi sabilillah, pembahagian zakat, zakat kepada bukan Islam dan zakat hutang. Di Malaysia, walaupun pentadbiran Syariah tidak terikat mutlak dengan mazhab ini, fatwa kebanyakannya merujuk kepada qawl muktamad Shafi’e. Penulisan ini menyarankan kesinambungan pengaruh Shafi’e disokong demi kesepaduan hukum dan kesejahteraan masyarakat Islam tempatan. Penulis Buku Dr. Muhammad Pisol Bin Mat Isa Dr. Hamidah Binti Mat Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaan, Open Universiti Malaysia (OUM) Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA 15

  • April 22, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 15/ 2025 FAKTOR MEMPENGARUHI MEDIUM PROMOSI PUNGUTAN ZAKAT DAN KESESUAIAN APLIKASI Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan medium promosi yang digunakan oleh institusi zakat dalam meningkatkan kesedaran dan niat masyarakat untuk menunaikan zakat. Walaupun pelbagai pendekatan telah diambil, kutipan zakat masih belum mencapai tahap optimum, terutamanya dalam kalangan usahawan, penjawat awam, dan golongan berpendapatan tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa media sosial dan aplikasi digital mempunyai potensi besar untuk meningkatkan kesedaran zakat, namun memerlukan strategi yang lebih bersasar. Kepercayaan terhadap institusi zakat, kemudahan akses, serta kandungan promosi yang jelas dan menarik turut dikenal pasti sebagai faktor utama yang mempengaruhi niat pembayaran zakat. Kajian ini mengesyorkan agar institusi zakat memperkukuhkan promosi digital melalui penggunaan visual kreatif, interaksi media sosial, dan penyediaan platform pembayaran zakat yang mesra pengguna. Selain itu, ketelusan dalam pengurusan zakat dan penyampaian maklumat secara lebih konsisten perlu diberi perhatian untuk membina kepercayaan masyarakat. Kesimpulannya, institusi zakat perlu mengadaptasi pendekatan pemasaran digital yang dinamik, meningkatkan kepercayaan pengguna, serta memperbaiki sistem pembayaran bagi memastikan kutipan zakat yang lebih berkesan dan mampan. Dapatan ini diharap dapat menjadi panduan berguna kepada Agensi Mengurus Zakat (AMZ) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam memperkasa pengurusan zakat di Malaysia. Penulis Buku Dr. Mohd Faizun Mohamad Yazid (Ketua Penyelidik) Dr. Khairul Shahida Shabi Dr. Nasution Ismail Prof. Madya Dr. Affendy Abu Hassim   Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA 14

  • April 22, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 14/ 2024 PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP JENAMA INSTITUSI ZAKAT, LOGO DAN SIJIL PEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN DALAM MENINGKATKAN KUTIPAN ZAKAT Kepentingan hasil zakat kepada masyarakat Islam khususnya dan negara amnya tidak dapat dinafikan. Hasil kutipan zakat datang daripada pelbagai sumber, antaranya pendapatan dan perniagaan, digunakan untuk tujuan pembangunan ummah terutamanya dalam mengimbangi sosio-ekonomi umat Islam dan membasmi kemiskinan. Statistik golongan yang memerlukan zakat meningkat setiap tahun lebih-lebih lagi di masa ekonomi yang tidak menentu. Oleh yang demikian, jumlah kutipan zakat hendaklah dapat menampung keperluan golongan yang memerlukan tersebut dan pada masa yang sama pembangunan ummah dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Berdasarkan laporan lalu sebanyak 60 peratus daripada individu Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) masih belum membuat potongan gaji atau masih belum menunaikan zakat pendapatan (Muhammad Nasir, 2020). Kajian daripada Shukor dan Muhammad (2021) melaporkan, individu berumur 45 tahun dan ke bawah di Wilayah Persekutuan (WP) lebih ramai tidak membayar zakat berbanding individu 45 tahun ke atas. Laporan ini mencetuskan fenomena menarik mengenai persepsi dan gelagat warga WP terutamanya, kepada kepatuhan zakat. Secara khususnya, masih belum terdapat literatur dan kajian yang dijalankan bagi menjelaskan fenomena tersebut. Justeru, kajian yang dicadangkan ini cuba untuk mengkaji keberkesanan logo dan sijil pembayar zakat dalam kalangan pembayar zakat. Bagi mencapai objektif ini, kaedah kualitatif akan dilaksanakan di kalangan mereka yang diberi kuasa dalam syarikat yang menggunakan logo zakat di produk/premis mereka. Kajian ini juga cuba mengenalpasti sejauh mana jenama institusi zakat (PPZ-MAIWP) dapat mempengaruhi niat pengguna untuk membeli produk syarikat yang membayar zakat. Teori Tingkahlaku Terancang (Theory of Planned Behaviour – TPB) diaplikasikan bagi melihat peranan angkubah terhadap niat untuk membeli produk syarikat yang menjadi pembayar zakat dan niat pengguna untuk membayar zakat. Dalam mencapai objektif ini, kajian kuantitatif akan dilaksanakan. sebanyak 1,000 set borang soal selidik diedarkan kepada warga Wilayah Persekutuan (WP) yang dikenalpasti sebagai responden kajian. Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science). Hasil kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk meningkatkan kutipan zakat. Penulis Buku Dr. Wan Rasyidah Wan Nawang (Ketua Penyelidik) Profesor Madya Dr. Muhamad Azrin Nazri Profesor Madya Dr. Syadiyah Abdul Shukor Dr. Amalina Mursidi Dr. Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee Dr. Wan Nur Fazni Wan Mohamad Nazarie Puan. Adlin Masood Dr. Aimi Fadzirul Kamarubahrin   Fakulti Ekonomi dan Muamalat,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA 13

  • April 22, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 13/ 2023 WAKALAH ZAKAT KORPORAT DALAM KALANGAN SYARIKAT Konsep wakalah zakat merupakan satu dasar yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dalam pengembalian wang zakat kepada individu atau organisasi yang membayar zakat kepada PPZ-MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang layak. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji pengetahuan syarikat mengenai pendekatan wakalah korporat, mengenalpasti kesedaran syarikat tentang penggunaan wakalah dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) serta menganalisis keberkesanan wakalah korporat dalam kalangan syarikat di Malaysia, khususnya syarikat di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif iaitu kaedah temu bual bersama dengan 14 buah syarikat yang terdiri daripada 5 sektor iaitu perbankan, takaful, pendidikan tinggi, perkhidmatan kewangan serta pembuatan dan perkhidmatan. Persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan dimana pemilihan syarikat dibuat berdasarkan cadangan nama syarikat yang diberikan oleh PPZ-MAIWP. Informan temu bual merupakan staf yang menguruskan secara langsung pelaksanaan agihan dana wakalah kepada individu atau organisasi terpilih. Hasil kajian menunjukkan 86% daripada jumlah syarikat adalah mempunyai pengetahuan tentang pendekatan wakalah korporat. Kebanyakan syarikat juga mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang kelebihan wakalah dalam membantu syarikat meningkatkan dana aktiviti-aktiviti CSR mereka. Bantuan yang ingin disampaikan dalam pelbagai bentuk kepada masyarakat adalah lebih meluas dari sudut lokaliti dan secara tidak langsung memberi impak positif terhadap reputasi syarikat di mata masyarakat umum. Reputasi institusi zakat juga menjadi lebih baik kerana masyarakat dapat melihat ketelusan bagaimana agihan zakat dibuat kepada asnaf yang layak melalui projek CSR yang dijalankan oleh syarikat. Hubungan baik yang terjalin antara agensi mengurus zakat seperti PPZ-MAIWP dan beberapa syarikat besar dilihat memberi kesan kepada pembayaran zakat perniagaan secara konsisten, walau bagaimanapun jalinan hubungan erat dengan syarikat-syarikat kecil juga perlu dipertingkatkan. Penulis Buku Azlindawati Hassan Yusnifarina Yunus Norazwanni Misrun Suria Rismawati Sanwari Nur Hidayah Muhamad Johari Farah Wahida Abd Rahman   kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA 12

  • April 22, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 12/ 2023 KESEDIAAN GURU SEKOLAH TERHADAP PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI POTONGAN GAJI Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kesediaan guru sekolah terhadap pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji. Kaedah potongan gaji ini dilihat dapat membantu pembayar yang layak daripada terlupa membuat bayaran zakat pendapatan dan mengurangkan beban pembayaran dalam jumlah yang besar pada akhir tahun. Kajian ini diperlukan bagi melihat cadangan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kutipan bayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji dalam kalangan guru dan kesediaan pelaksanaan oleh sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah di Wilayah Persekutuan. Kajian yang dilakukan ini menggunakan metode kuantitatif dan kualitatif dimana responden kajian terdiri daripada 377 orang guru sekolah dan seramai 12 informan yang terdiri daripada Guru Besar, Pengetua sekolah dan pegawai PPD di WilayahPersekutuan. Berdasarkan dapatan kajian kuantitatif, kesediaan para guru membayar zakat melalui potongan gaji menunjukkan tahap yang tinggi. Hasil kajian mendapati motivasi, sikap dan kepercayaan adalah faktor yang tinggi mendorong kesediaan guru-guru sekolah di Wilayah Persekutuan membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji. Melalui hasil dapatan kualitatif dilihat kebanyakan pengurusan sekolah adalah bersedia dalam menguruskan dan memberi galakan kepada guru sekolah dalam pembayaran zakat melalui potongan gaji dengan adanya penglibatan aktif pihak institusi zakat dengan pihak sekolah serta tawaran ganjaran yang menarik kepada sekolah yang membuat potongan gaji dalam kalangan guru-guru. Penulis Buku Siti Syarwani Binti Ghazali Farah Wahida Binti Abd Rahman Siti Nur Azzyati Binti Saharuddin Amira Hakimah Binti Halimi Nazhatul Ain Binti Hisamudin Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff   kolej Profesional MAIWP (KPMAIWP) Lain-lain Terbitan

Read More

SELAMAT BERANGKAT DUYUFURRAHMAN

  • April 22, 2026
  • Comments off

Dari bumi tercinta menuju ke Baitullah Selamat berangkat ke tanah suci buat tetamu Allah untuk menunaikan ibadah Haji bagi tahun 1447H/2026M. Semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan dan keselamatan serta memperoleh haji yang mabrur.

Read More

Siri Kajian AZKA 11

  • April 21, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 11/ 2023 MEKANISME MEMOTIVASI PEMBAYAR ZAKAT KORPORAT PASCA COVID-19: PENDEKATAN KERJASAMA AWAM-SWASTA Buku ini membincangkan tentang mekanisme kerjasama Awam-Swasta dalam menggerakkan sistem pengurusan kolaboratif zakat bagi membolehkan penyatuan pelbagai pihak berkepentingan untuk menyediakan inisiatif yang berimpak kepada penerima zakat, dan juga membangunkan kepercayaan serta memupuk rangkaian yang mampan di kalangan pihak berkepentingan (stakeholders). Oleh yang demikian, ini akan membawa kepada mobilisasi optimum sumber yang terhad oleh rakan kolaboratif yang berkaitan dalam meningkatkan penyampaian inisiatif sosioekonomi yang mampan kepada penerima manfaat iaitu asnaf. Mekanisme ini sangat penting untuk memupuk kepercayaan dan mencerminkan akauntabiliti (fostering trust and reflect accountability) penggunaan dana zakat oleh institusi zakat dan syarikat-syarikat korporat. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa institusi zakat boleh memperkenalkan satu mekanisme komunikasi untuk ‘Best Practice Reporting’ bagi syarikat-syarikat yang menggunakan dana zakat dan juga wakalah zakat untuk aktiviti CSR. Promosi inisiatif keberkesanan agihan zakat korporat oleh institusi zakat dan syarikat korporat melalui ‘stakeholder engagement’, laporan dalam talian dan lain-lain saluran komunikasi dapat meningkatkan kepercayaa antara pihak-pihak berkepentingan. Seterusnya, ini akan dapat meningkatkan permintaan pelbagai pihak awam terhadap keperluan pembayaran zakat korporat oleh syarikat korporat. Penulis Buku Profesor Dr. Roshayani Dato’ Arshad Profesor Madya Dr. Ruhaini Muda Profesor Madya Dr Ramesh Nair Dr. Norbahiyah Omar Institut Penyelidikan Perakaunan UiTM Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA 10

  • April 21, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 10/ 2022 ZAKAT AL-MUSTAGHALLAT: ANALISIS TERHADAP ISU SYARIAH DAN POTENSI KUTIPANNYA Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji pandangan syarak dan potensi kutipan zakat al-Mustaghallat terhadap industri-industri yang berkaitan dengannya. Zakat al-Mustaghallat adalah cabang al-mal al-Mustafad bersama-sama dengan zakat gaji dan pendapatan profesional yang lain. Walaupun zakat gaji dan pendapatan profesional sudah kemas dari sudut pengurusan dan pelaksanaannya serta sudah diterima baik oleh orang ramai, namun zakat al-Mustaghallat masih mempunyai banyak permasalahan yang perlu kajian, bahkan sebahagian besar institusi pungutan zakat masih tidak mengamalkan sepenuhnya. Hal ini kerana wujud pertindanan dengan zakat lain seperti zakat perniagaan dan pertanian seperti zakat hasil sawit. Penyelidikan ini akan mengenal pasti kategori perniagaan yang berada di bawah zakat al-Mustaghallat, seperti yang disepakati oleh para sarjana, contohnya seperti industri pengangkutan, perhotelan dan pembuatan. Selain daripada itu, kajian juga akan berusaha untuk memperoleh data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengenal pasti anggaran jumlah zakat yang berpotensi untuk dikeluarkan dalam tahun-tahun kewangan tertentu. Penyelidikan ini akan merangkumi sebahagian besar syarikat Muslim di Wilayah Persekutuan. Penyelidikan akan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif di mana data dari kualitatif akan dikumpulkan dari pandangan fuqaha (fuqaha klasik dan kontemporari), manakala data kuantitatif pula akan dikumpulkan daripada laporan tahunan syarikat perniagaan al-Mustaghallat. Data ini akan disimulasikan untuk menganggarkan potensi sumbangan Zakat al-Mustaghallat dapat dikumpulkan. Kepentingan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sumber baru zakat al-Mal al-Mustafad serta meramalkan jumlah kutipan baru bagi institusi zakat di Malaysia secara amnya dan memperkayakan rujukan penyelidikan syariah. Penulis Buku Dr. Muhammad Pisol Bin Mohd @ Mat Isa Universiti Teknologi Petronas Profesor Madya Dr. Azman Mohd Noor  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr. Muhammad Pisol Bin Mohd @ Mat Isa Universiti Teknologi Petronas Profesor Madya Dr. Azman Mohd Noor  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri Universiti Putra Malaysia Ustazah Mashitah Bt Sabdin Universiti Teknologi Petronas Lain-lain Terbitan

Read More

Siri Kajian AZKA 9

  • April 21, 2026
  • Comments off

Home / Siri Kajian AZKA 9/ 2022 FAKTOR-FAKTOR PENINGKATAN KUTIPAN DAN PEMBAYAR ZAKAT KETIKA PANDEMIK COVID-19 Kajian yang bertajuk “Faktor-faktor peningkatan kutipan dan pembayar zakat ketika pandemik Covid-19” adalah bertujuan untuk membuat satu analisis peningkatan prestasi bilangan pembayar dan jumlah kutipan zakat dalam tempoh Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Faktor-faktor tersebut ialah pematuhan membayar zakat, keyakinan, pengetahuan mengenai zakat, motivasi membayar zakat, kaedah membayar zakat, peraturan zakat dan ahli lembaga pengurusan serta perkaitan faktor tersebut dengan niat membayar zakat. Kerangka kajian adalah berdasarkan kepada Theory of Planned Behavior.   Kajian ini menggunakan kaedah soal-selidik berkaitan faktor-faktor mendorong individu membayar zakat berdasarkan semakan dan analisis terhadap kajian-kajian lepas. Kaedah Pensampelan ialah Pensampelan Rawak Berstrata Mengikut Nisbah/ Kadar (proportionate stratified random sampling technique).   Sampel kajian adalah 400 orang pembayar zakat yang terbahagi kepada empat (4) kategori iaitu: Pembayar Zakat Baru,  Pembayar zakat tahun 2020 yang membayar lebih dari tahun 2019, Pembayar zakat yang telah lama tidak bayar zakat selepas 5 tahun atau lebih dan Pembayar zakat yang konsisten dalam tempoh 10 tahun atau lebih.   Analisis regresi dibuat untuk mengukur hubungan bilangan pembayar dan jumlah kutipan zakat. Manakala, analisis korelasi untuk mengukur perkaitan faktor-faktor prestasi kutipan dengan niat membayar zakat.   Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor yang mendapat skor yang tinggi bagi setiap pernyataan. Perkaitan antara faktor-faktor dan niat membayar zakat juga menunjukkan wujudnya perkaitan yang positif. Oleh itu, hasil kajian ini akan mengemukakan cadangan yang sesuai kepada pihak Institusi Zakat sebagai panduan untuk penambahbaikan pengurusan kutipan. Penulis Buku Dr Ruziah Ghazali Ketua Penyelidik Ruziah Ghazali Resources (002567210-P)   Prof Madya Dr Patmawati Ibrahim  Felo Penyelidik Institut Ahli Sunnah wal Jamaah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Lain-lain Terbitan

Read More