Kerjasama Penyelidikan AZKA – KPBKL

Kerjasama Penyelidikan AZKA – KPBKL

  • Post by:
  • May 13, 2024
  • Comments off
AZKA-PPZ telah menawarkan geran penyelidikan kepada Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)
 
AZKA-PPZ dan KPBKL terus memperkukuh kerjasama dalam bidang penyelidikan, terbaharu melalui projek penyelidikan yang memfokus kepada amalan pengurusan risiko dalam kutipan zakat. Susulan itu satu perbincangan antara pasukan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) PPZ MAIWP dengan kumpulan penyelidik KPBKL berlangsung pada 13 Mei 2024. Perbincangan dihoskan oleh En. Azlan Shaari, Pengurus Besar Operasi (Dalam) PPZ MAIWP. Kumpulan penyelidik KPBKL diketuai oleh Dr. Mohamad Fitri Mohamad Yusoff.
 
Melalui kerjasama ini, PPZ MAIWP telah memperuntukan geran berjumlah RM25,000 dalam usaha mempertingkatkan amalan pengurusan risiko dalam kutipan zakat. Dapatan kajian kelak bukan sahaja akan dimanfaatkan untuk meningkatkan amalan pengurusan risiko di PPZ MAIWP, tetapi juga akan dikongsi (sharing best practice) kepada institusi-institusi zakat yg lain di Malaysia melalui penerbitan jurnal, prosiding dan persidangan.
 
Kerjasama ini menyusuli beberapa kerjasama terdahulu antaranya kajian terhadap ikon zakat public listed company Koperasi Remisier Bumiputra (KRB) – KPBKL – PPZ 2020 dengan geran berjumlah RM50’000, kajian wakalah korporat di kalangan syarikat (KPBKL – PPZ) dan potongan gaji zakat pendapatan di kalangan guru (KPBKL – PPZ) dengan geran masing-masin berjumlah RM20,000. Sebagai institusi yg terlibat secara langsung dalam ekosistem zakat, kedua-dua insitusi sentiasa melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan kpd pihak-pihak berkepentingan.
 
Untuk rekod PPZ adalah agensi kutipan zakat dan wakaf tunai di Wilayah Persekutuan merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP). PPZ menjadi contoh institusi kutipan zakat di Malaysia kerana bukan sahaja ditadbir secara korporat dan menerima Pesijilan ISO, malah mengaplikasi teknologi pengkomputeran sejak awal pengoperasiannya bermula 1991.
 
Sementara KPBKL adalah Institusi Pengajian Tinggi berstatus kolej milik MAIWP, merupakan antara instrumen agihan zakat melalui pendidikan. Para pelajar dari kalangan asnaf/B40 yg melanjutkan pengajian di KPBKL layak menerima bantuan zakat dalam bentuk yuran pengajian dan elaun sara diri. Berbekalkan kepakaran dalam ekosistem zakat dan filontropi, KPBKL telah menawarkan Diploma Pengurusam Zakat dan Wakaf sejak 2015. Peluang terbuka luas bagi lepasan SPM yang berminat mendalami bidang filontropi (zakat dan waqaf) di KPBKL.
Categories: Article, Past Events