Archives

AZKA-PPZ X SAHABAT ZAKAT@UTM KL

  • July 16, 2026
  • Comments off

SAHABAT ZAKAT @ UTMKL KEMBALI LAGI!   Jom sertai sesi santai dan penuh inspirasi bersama Ustazah Nazirah dan selebriti jemputan, Elfira Loy, dalam Program Sahabat Zakat @ UTMKL.  Dapatkan perkongsian bermanfaat mengenai pengurusan kewangan, amalan berzakat serta keberkatan dalam kehidupan.  22 Julai 2026 12.00 tengah hari – 1.00 petang  Dewan Seminar, Menara Razak, UTMKL    Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dalam program istimewa ini. Jumpa di sana ya!    #SahabatZakat #AZKAPPZ #PPZMAIWP #UTMKL #ZakatMembawaBerkat #ElfiraLoy #UstazahNazirah

Read More

[AZKA Corner@Perpustakaan KIAS] WEBINAR FIQH ZAKAT SHEIKH YUSUF QARADHAWI

  • July 9, 2026
  • Comments off

WEBINAR FIQH ZAKAT SHEIKH YUSUF QARADHAWI   Panel Penceramah: USTAZ AHMAD MUZZAMMIL BIN MOHAMMAD NAJIB Pensyarah Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (FPIB) USTAZ SAEID RAMADHAN BIN MOHD SHAKRIPensyarah Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (FPIB) Tarikh: 9 Julai 2026 (Khamis) Masa: 11.00 pagi Platform: Facebook Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)   Peserta akan menerima e-Sijil Pautan pendaftaran akan diberikan pada siaran webinar berlangsung  Anjuran Bersama: Perpustakaan KIAS | Akademi Zakat PPZ | Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (FPIB)

Read More

[AZKA Corner@Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu] TELAAH: Resensi Buku – Check Out Dulu, Fikir Kemudian

  • July 6, 2026
  • Comments off

𝐉𝐄𝐌𝐏𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐒𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐂𝐇𝐄𝐂𝐊 𝐎𝐔𝐓 𝐃𝐔𝐋𝐔, 𝐅𝐈𝐊𝐈𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐈𝐀𝐍?: 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐄𝐑𝐀 𝐓𝐈𝐊𝐓𝐎𝐊, 𝐒𝐇𝐎𝐏𝐄𝐄 & 𝐁𝐍𝐏𝐋 Di sebalik kepesatan trend semasa dan kemudahan berbelanja di hujung jari, di manakah letaknya sempadan kita sebagai seorang pengguna Muslim? Perpustakaan Cendekiawan dengan kerjasama AZKA-PPZ menjemput seluruh warga UiTM untuk menyertai Program Tela’ah Resensi Buku yang mengupas tajuk menarik ini berdasarkan buku The Principle of Islamic Consumer Behaviour. Ketetapan program adalah seperti berikut: Tarikh: 6 Julai 2026, Isnin Masa: 10.30 pagi – 11.30 pagi Tempat: Sudut AZKA@Library Community Engagement, Perpustakaan Cendekiawan Kampus Dungun Siaran langsung: YouTube Perpustakaan Cendekiawan Pautan: https://www.youtube.com/@perpustakaancendekiawan3682 Semua dijemput hadir. #UiTMDihatiku #UiTM7Dekad #PerpustakaanCendekiawan #Telaah #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

Read More

[AZKA Corner@UPTM] PROGRAM BEDAH BUKU – Kembara Ilmu, Rasa dan Hikmah di Mexico

  • July 6, 2026
  • Comments off

JOM SERTAI PROGRAM BEDAH BUKU UPTM!  Pernahkah anda terfikir bagaimana sebuah pengembaraan mampu mengubah cara kita melihat dunia? Mari bersama-sama menyelami kupasan buku “¿Cómo Estás, Ixtlahuaca? – Kembara Ilmu, Rasa dan Hikmah di Mexico” bersama YBrs. Dr. Mohd Erfino bin Johari, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan), UPTM. Saksikan perkongsian pengalaman, inspirasi serta pengajaran berharga yang sarat dengan nilai ilmu, budaya dan hikmah hasil pengembaraan ke Mexico. Tarikh: 6 Julai 2026 (Isnin) Masa: 2.30 Petang Tempat: Al-Khawarizmi Information Resource Centre (AKIRC), UPTM Ayuh hadir dan rebut peluang untuk menambah ilmu, meluaskan perspektif serta menghayati kisah yang mampu memberi inspirasi kepada kita semua. Jumpa anda di sana!  #UPTM #AKIRC #ProgramBedahBuku #BudayaMembaca #KembaraIlmu #BeAnAmazingYou #TogetherEveryoneAchieveMore

Read More

[AZKA Corner@Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu] TECHTALK: Evolusi AI Generatif 2026

  • June 27, 2026
  • Comments off

𝐂𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊𝐈𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐓𝐀𝐋𝐊 – 𝐄𝐕𝐎𝐋𝐔𝐒𝐈 𝐀𝐈 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐓𝐈𝐅 𝟐𝟎𝟐𝟔 Kecerdasan Buatan (AI) semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, mengubah cara kita bekerja, belajar dan berinovasi. Sejauh manakah teknologi AI Generatif akan membentuk masa hadapan kita? Ayuh sertai sesi perkongsian istimewa yang akan membincangkan perkembangan terkini AI Generatif, impaknya terhadap dunia pendidikan dan pekerjaan, serta peluang dan cabaran yang perlu dihadapi dalam era digital yang semakin berkembang pesat. 🎙️ Penceramah: En. Khairul Ikhwan Zulkefli, Ketua Pegawai Eksekutif, Gig Venture Sdn. Bhd.📅 Tarikh: 29 Jun 2026, Isnin🕙 Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari.📍 Tempat: Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun.🎥Siaran langsung : https://www.youtube.com/@perpustakaancendekiawan3682 ✨ Pengisian:✅ Evolusi AI Generatif dan trend terkini✅ Penggunaan AI dalam pendidikan dan industri✅ Peluang kerjaya dalam era kecerdasan buatan✅ Cabaran etika dan keselamatan penggunaan AI✅ Demonstrasi aplikasi AI yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu dan memahami bagaimana teknologi AI Generatif mampu menjadi pemangkin kepada transformasi digital masa hadapan. #UiTMDihatiku #UiTM7Dekad #UiTMCawanganTerengganu #PerpustakaanCendekian #Aigeneratif https://www.youtube.com/live/ifHjhgs5Lj0

Read More

The 9th Southeast Asia International Philanthropy Conference 2026

  • June 27, 2026
  • Comments off

CALL FOR PAPERS | SEAIPC 2026 Academics, researchers, practitioners and PhD candidates are invited to submit papers for SEAIPC 2026, a premier platform for sharing insights, research findings and best practices in philanthropy, zakat, waqf and Islamic social finance. With the theme:“Waqf for the Future: Building Lasting Impact and Economic Resilience in Southeast Asia” SEAIPC 2026 will gather regional and international experts to discuss the future of philanthropy and its role in strengthening socio-economic resilience across Southeast Asia.  Conference Date: 26–28 August 2026 Venue: Millennium Hotel Sirih Jakarta, Indonesia Abstract Submission Deadline: Extended until 30 June 2026 Registration: https://seaipc2026.imz.or.id  AZKA-PPZ is proud to be part of this meaningful international knowledge-sharing platform, with Dr. Muhsin Nor Paizin featured as one of the speakers in Plenary Session 2: Zakat. Don’t miss this opportunity to contribute your research and be part of an impactful regional discourse. #SEAIPC2026 #Zakat #Waqf #IslamicPhilanthropy #IslamicSocialFinance #AZKAPPZ #PPZMAIWP__________________________________________________________________________________________________ PANGGILAN KERTAS KERJA | SEAIPC 2026  Ahli akademik, penyelidik, pengamal industri dan calon PhD dijemput untuk menghantar kertas kerja bagi SEAIPC 2026, sebuah platform antarabangsa yang menghimpunkan perkongsian ilmu, dapatan kajian dan amalan terbaik dalam bidang filantropi, zakat, wakaf serta kewangan sosial Islam. Bertemakan:“Waqf for the Future: Building Lasting Impact and Economic Resilience in Southeast Asia” SEAIPC 2026 akan menghimpunkan tokoh dan pakar serantau serta antarabangsa bagi membincangkan masa depan filantropi dan peranannya dalam memperkukuh daya tahan sosioekonomi di Asia Tenggara.  Tarikh Persidangan: 26–28 Ogos 2026 Tempat: Millennium Hotel Sirih Jakarta, Indonesia Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak: Dilanjutkan sehingga 30 Jun 2026 Pendaftaran: https://seaipc2026.imz.or.id  AZKA-PPZ berbesar hati menjadi sebahagian daripada platform perkongsian ilmu antarabangsa ini, dengan penyertaan Dr. Muhsin Nor Paizin sebagai salah seorang panel dalam Plenary Session 2: Zakat. Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang hasil penyelidikan anda dan bersama-sama memperkasa wacana zakat, wakaf serta filantropi Islam di peringkat serantau. #SEAIPC2026 #Zakat #Wakaf #FilantropiIslam #KewanganSosialIslam #AZKAPPZ #PPZMAIWP

Read More

Akademi Profesor Malaysia (APM) Strengthening Collaboration with PPZ-MAIWP

  • June 27, 2026
  • Comments off

Akademi Profesor Malaysia (APM) Presents Digital Transformation Proposals for Zakat and Waqf Institutions, Strengthening Collaboration with PPZ-MAIWP 24 June 2026 (Wednesday) – PPZ-MAIWP received a courtesy visit from the delegation of Akademi Profesor Malaysia (APM), led by Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha, to discuss opportunities for strategic collaboration in strengthening zakat and waqf management through data and research. During the session, APM presented several high-impact research proposals to support the digital transformation of zakat and waqf institutions. As a Zakat Collection Agent of PPZ-MAIWP, APM also expressed its continued commitment to contributing academic and research expertise towards the development of a more sustainable zakat ecosystem with greater impact on the ummah. This strategic collaboration between PPZ-MAIWP and APM is hoped to serve as a catalyst for the adoption of technology that is more ethical, secure and inclusive, while further strengthening zakat and waqf institutions as instruments for the socioeconomic development of the Muslim community.

Read More

[SAHABAT ZAKAT @IPGKIK] Urus Pendapatan, Kejar Keberkatan

  • June 25, 2026
  • Comments off

Urus Pendapatan, Kejar Keberkatan: Pesanan PU Amin & Nabila Razali Buat Bakal Pendidik IPGKIK   24 JUN 2026 – Sekitar sorotan suasana meriah Program Sahabat Zakat @ IPGKIK yang berlangsung hari ini di Dewan Dato’ Razali Ismail. Program yang dihadiri lebih 300 orang warga kampus IPGKIK ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Program strategik anjuran PPZ-MAIWP ini juga menampilkan dua panel jemputan khas, iaitu PU Amin dan Nabila Razali. Selain meningkatkan kesedaran mengenai kewajipan berzakat, sesi dialog interaktif ini turut menekankan aspek pengurusan kewangan bagi mendepani cabaran ekonomi khususnya buat golongan muda yang telahpun memperolehi pendapatan sendiri. Antara intipati penting perkongsian barisan panel termasuklah nilai keberkatan dalam gaji yang diperolehi. Di samping itu, PU Amin dan Nabila Razali turut menekankan bahawa konsep memberi menerusi zakat dan sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menjadi pemangkin kepada keberkatan dan kelestarian rezeki yang diperoleh. Alhamdulillah, kami di pihak PPZ-MAIWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada IPGKIK, barisan panel, serta seluruh warga kampus yang menjayakan program ini. Semoga pengisian ini mampu melahirkan barisan bakal pendidik yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah bijak dan berintegriti dalam menguruskan kewangan harian.   #SahabatZakat #IPGKIK #PPZMAIWP #PengurusanKewangan #KesedaranZakat #BakalPendidik

Read More

[AZKA Corner@Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu] WACANA PERADABAN

  • June 19, 2026
  • Comments off

𝐖𝐀𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐃𝐀𝐁𝐀𝐍 : 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐋𝐔𝐒𝐔𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔   Bumi Negeri Terengganu Darul Iman melakar sejuta kegemilangan, namun seutuh mana kita mengenali akar budinya? Bersama kita membongkar rahsia kedaulatan dan keagungan sejarah Kesultanan Negeri Terengganu melalui Wacana Peradaban: Menelusuri Keagungan dan Kedaulatan Sejarah Kesultanan Terengganu. Sebuah kembara ilmu eksklusif yang bakal membawa kita menyelami titisan sejarah, menyingkap kronologi, dan menghayati warisan yang membentuk identiti bangsa hari ini. Butiran program adalah seperti berikut:Panel Jemputan : Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.Moderator : Dr. Salina Ahmad, Pensyarah Kanan UiTMCT.   Tarikh: 22 Jun 2026 (Isnin) Masa: 10.00 Pagi Tempat :Sudut AZKA @ Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Cendekiawan Siaran Langsung: YouTube [Studio UiTM Terengganu] : https://www.youtube.com/@StudioUiTMTerengganu   Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu dengan kerjasama Unit Adiwangsa UiTMCT, Akademi Zakat (AZKA) – Pusat Pungutan Zakat-MAIWP, dan Unit Komunikasi Korporat UiTMCT. Rekod Jam Latihan Staf disediakan untuk para peserta. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menimba ilmu dan memahami warisan peradaban kita! Temui kami nanti! #UiTMCawanganTerengganu #PerpustakaanCendekiawan #WacanaPeradaban #KesultananTerengganu #PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

Read More

ETIQA-PPZ CUBE@ISM, UNIVERSITI MALAYA

  • June 15, 2026
  • Comments off

The 22th AZKA Corner New Concept Launched at Institut Sains Matematik, Universiti Malaya Through Collaboration with Etiqa PPZ-MAIWP, in collaboration with Etiqa, continues to strengthen its commitment to educational development through the establishment of Etiqa PPZ Cube @ Fakulti Sains Matematik, Universiti Malaya. This initiative marks another meaningful milestone in providing a modern, comfortable and conducive learning environment for university students and the academic community. Located at Fakulti Sains Matematik, Universiti Malaya, the upgraded learning space reflects the shared commitment of Etiqa and PPZ-MAIWP in supporting education through facilities that meet the evolving needs of today’s students.   Supporting Educational Excellence Through Strategic Collaboration As one of Malaysia’s leading universities, Universiti Malaya provides an ideal platform for initiatives that support knowledge development and student empowerment. Through Etiqa PPZ Cube, students and members of the faculty are expected to benefit from a learning environment that encourages focus, interaction and academic growth. This initiative also reflects how strategic collaboration between corporate partners and zakat institutions can contribute meaningfully to the development of education and human capital.   A Collaboration with Meaningful Impact The project represents a strong partnership between Etiqa, PPZ-MAIWP and Universiti Malaya, demonstrating a shared commitment to creating impactful educational facilities for the university community. The official launch was completed by En. Mohd Zafri, Chief Executive Officer of Etiqa Takaful, together with Prof. Dr. Saiful Anuar Karsani, Dean of the Faculty of Science, Universiti Malaya, and En. Azlan Shaari, General Manager of Human Resources, PPZ-MAIWP. Also present at the ceremony was Dr. Muhsin Nor Paizin, Acting Assistant General Manager of Human Capital Training, Performance and Research. It is hoped that this facility will be fully utilised by the university community and serve as a catalyst for future educational excellence. 📍 Location: Fakulti Sains Matematik, Universiti Malaya🎉 Official Launch: 22 May 2026🤝 Collaboration: Etiqa, PPZ-MAIWP & Universiti Malaya   #PPZMAIWP#Etiqa#AZKA#UniversitiMalaya#Education#HumanCapital#StrategicCollaboration

Read More