Mekanisme Memotivasi Pembayar Zakat Korporat Pasca COVID-19: Pendekatan Kerjasama Awam-Swasta

Mekanisme Memotivasi Pembayar Zakat Korporat Pasca COVID-19: Pendekatan Kerjasama Awam-Swasta

Mekanisme Memotivasi Pembayar Zakat Korporat Pasca COVID-19: Pendekatan Kerjasama Awam-Swasta

Buku ini membincangkan tentang mekanisme kerjasama Awam-Swasta dalam menggerakkan sistem pengurusan kolaboratif zakat bagi membolehkan penyatuan pelbagai pihak berkepentingan untuk menyediakan inisiatif yang berimpak kepada penerima zakat, dan juga membangunkan kepercayaan serta memupuk rangkaian yang mampan di kalangan pihak berkepentingan (stakeholders). Oleh yang demikian, ini akan membawa kepada mobilisasi optimum sumber yang terhad oleh rakan kolaboratif yang berkaitan dalam meningkatkan penyampaian inisiatif sosioekonomi yang mampan kepada penerima manfaat iaitu asnaf.

Mekanisme ini sangat penting untuk memupuk kepercayaan dan mencerminkan akauntabiliti (fostering trust and reflect accountability) penggunaan dana zakat oleh institusi zakat dan syarikat-syarikat korporat. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa institusi zakat boleh memperkenalkan satu mekanisme komunikasi untuk ‘Best Practice Reporting’ bagi syarikat-syarikat yang menggunakan dana zakat dan juga wakalah zakat untuk aktiviti CSR. Promosi inisiatif keberkesanan agihan zakat korporat oleh institusi zakat dan syarikat korporat melalui ‘stakeholder engagement’, laporan dalam talian dan lain-lain saluran komunikasi dapat meningkatkan kepercayaa antara pihak-pihak berkepentingan. Seterusnya, ini akan dapat meningkatkan permintaan pelbagai pihak awam terhadap keperluan pembayaran zakat korporat oleh syarikat korporat.

Researchers

Profesor Dr. Roshayani Dato’ Arshad

Institut Penyelidikan Perakaunan UiTM

Profesor Madya Dr. Ruhaini Muda

Institut Penyelidikan Perakaunan UiTM

Profesor Madya Dr Ramesh Nair

Institut Penyelidikan Perakaunan UiTM

Dr. Norbahiyah Omar

Institut Penyelidikan Perakaunan UiTM

Categories: Research Report