Kesediaan Guru Sekolah Terhadap Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji

Kesediaan Guru Sekolah Terhadap Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji

  • Post by:
  • December 20, 2023
  • Comments off

Kesediaan Guru Sekolah Terhadap Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kesediaan guru sekolah terhadap pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji. Kaedah potongan gaji ini dilihat dapat membantu pembayar yang layak daripada terlupa membuat bayaran zakat pendapatan dan mengurangkan beban pembayaran dalam jumlah yang besar pada akhir tahun.

Kajian ini diperlukan bagi melihat cadangan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kutipan bayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji dalam kalangan guru dan kesediaan pelaksanaan oleh sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah di Wilayah Persekutuan.

Kajian yang dilakukan ini menggunakan metode kuantitatif dan kualitatif dimana responden kajian terdiri daripada 377 orang guru sekolah dan seramai 12 informan yang terdiri daripada Guru Besar, Pengetua sekolah dan pegawai PPD di Wilayah
Persekutuan. Berdasarkan dapatan kajian kuantitatif, kesediaan para guru membayar zakat melalui potongan gaji menunjukkan tahap yang tinggi. Hasil kajian mendapati motivasi, sikap dan kepercayaan adalah faktor yang tinggi mendorong kesediaan guru-guru sekolah di Wilayah Persekutuan membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji.

Melalui hasil dapatan kualitatif dilihat kebanyakan pengurusan sekolah adalah bersedia dalam menguruskan dan memberi galakan kepada guru sekolah dalam pembayaran zakat melalui potongan gaji dengan adanya penglibatan aktif pihak institusi zakat dengan pihak sekolah serta tawaran ganjaran yang menarik kepada sekolah yang membuat potongan gaji dalam kalangan guru-guru.

Researchers

Siti Syarwani Binti Ghazali

Farah Wahida Binti Abd Rahman

Siti Nur Azzyati Binti Saharuddin

Amira Hakimah Binti Halimi

Nazhatul Ain Binti Hisamudin

Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)

Categories: Research Report