Monthly Archives: December 2023

Bedah Buku Zakat bersama KITAB siri ke-2

  • December 30, 2023
  • Comments off

Bedah Buku ke-II bersama AZKA-PPZ dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa P. Pinang (KITAB) Mari menimba pengetahuan yang mendalam tentang buku zakat dalam satu program khas kerjasama antara Akademi Zakat (AZKA-PPZ) dan KITAB: 📖 Tajuk Buku: ZAKAT AND POVERTY ALLEVIATION📌 Perkongsian oleh: HAJAH ROHANA AHMAD (Pensyarah KITAB)📆 Tarikh: 30 Disember 2023 (Sabtu)🕰 Masa: 11.00 – 11.30 AM🖥 Medium: Siaran di https://www.facebook.com/myzakat & https://www.youtube.com/ppztv SEMUA DIJEMPUT HADIR. Lets Watch Siaran rakaman di bawah:

Read More

Bedah Buku Zakat bersama KITAB

  • December 29, 2023
  • Comments off

Program Bedah Buku bersama AZKA-PPZ dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) Mari menimba pengetahuan yang mendalam tentang buku zakat terkini dalam satu program khas kerjasama antara Akademi Zakat (AZKA-PPZ) dan KITAB: Tajuk Buku: Zakat and Islamic Social Finance: The Way Forward Perkongsian oleh: En. Mohammad Bin Abdullah (Pensyarah KITAB) Tarikh: 29 Dis 2023 (Jumaat) Masa: 11.00 – 11.30 AM Medium: Live di Facebook & Youtube PPZ-MAIWP SEMUA DIJEMPUT HADIR. Lets Watch Siaran rakaman di bawah: https://www.youtube.com/watch?v=kzzTJP6rr70&t=18s

Read More

Wakalah Zakat Korporat Dalam Kalangan Syarikat

  • December 20, 2023
  • Comments off

Wakalah Zakat Korporat Dalam Kalangan Syarikat DOWNLOAD Konsep wakalah zakat merupakan satu dasar yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dalam pengembalian wang zakat kepada individu atau organisasi yang membayar zakat kepada PPZ-MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang layak. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji pengetahuan syarikat mengenai pendekatan wakalah korporat, mengenalpasti kesedaran syarikat tentang penggunaan wakalah dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) serta menganalisis keberkesanan wakalah korporat dalam kalangan syarikat di Malaysia, khususnya syarikat di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif iaitu kaedah temu bual bersama dengan 14 buah syarikat yang terdiri daripada 5 sektor iaitu perbankan, takaful, pendidikan tinggi, perkhidmatan kewangan serta pembuatan dan perkhidmatan. Persampelan yang digunakan adalah persampelan bertujuan dimana pemilihan syarikat dibuat berdasarkan cadangan nama syarikat yang diberikan oleh PPZ-MAIWP. Informan temu bual merupakan staf yang menguruskan secara langsung pelaksanaan agihan dana wakalah kepada individu atau organisasi terpilih. Hasil kajian menunjukkan 86% daripada jumlah syarikat adalah mempunyai pengetahuan tentang pendekatan wakalah korporat. Kebanyakan syarikat juga mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang kelebihan wakalah dalam membantu syarikat meningkatkan dana aktiviti-aktiviti CSR mereka. Bantuan yang ingin disampaikan dalam pelbagai bentuk kepada masyarakat adalah lebih meluas dari sudut lokaliti dan secara tidak langsung memberi impak positif terhadap reputasi syarikat di mata masyarakat umum. Reputasi institusi zakat juga menjadi lebih baik kerana masyarakat dapat melihat ketelusan bagaimana agihan zakat dibuat kepada asnaf yang layak melalui projek CSR yang dijalankan oleh syarikat. Hubungan baik yang terjalin antara agensi mengurus zakat seperti PPZ-MAIWP dan beberapa syarikat besar dilihat memberi kesan kepada pembayaran zakat perniagaan secara konsisten, walau bagaimanapun jalinan hubungan erat dengan syarikat-syarikat kecil juga perlu dipertingkatkan. Researchers Azlindawati Hassan Yusnifarina Yunus Norazwanni Misrun Suria Rismawati Sanwari Nur Hidayah Muhamad Johari Farah Wahida Abd Rahman Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)

Read More

Kesediaan Guru Sekolah Terhadap Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji

  • December 20, 2023
  • Comments off

Kesediaan Guru Sekolah Terhadap Pembayaran Zakat Melalui Potongan Gaji DOWNLOAD Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kesediaan guru sekolah terhadap pembayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji. Kaedah potongan gaji ini dilihat dapat membantu pembayar yang layak daripada terlupa membuat bayaran zakat pendapatan dan mengurangkan beban pembayaran dalam jumlah yang besar pada akhir tahun. Kajian ini diperlukan bagi melihat cadangan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kutipan bayaran zakat pendapatan melalui potongan gaji dalam kalangan guru dan kesediaan pelaksanaan oleh sekolah serta Pejabat Pendidikan Daerah di Wilayah Persekutuan. Kajian yang dilakukan ini menggunakan metode kuantitatif dan kualitatif dimana responden kajian terdiri daripada 377 orang guru sekolah dan seramai 12 informan yang terdiri daripada Guru Besar, Pengetua sekolah dan pegawai PPD di Wilayah Persekutuan. Berdasarkan dapatan kajian kuantitatif, kesediaan para guru membayar zakat melalui potongan gaji menunjukkan tahap yang tinggi. Hasil kajian mendapati motivasi, sikap dan kepercayaan adalah faktor yang tinggi mendorong kesediaan guru-guru sekolah di Wilayah Persekutuan membayar zakat pendapatan melalui potongan gaji. Melalui hasil dapatan kualitatif dilihat kebanyakan pengurusan sekolah adalah bersedia dalam menguruskan dan memberi galakan kepada guru sekolah dalam pembayaran zakat melalui potongan gaji dengan adanya penglibatan aktif pihak institusi zakat dengan pihak sekolah serta tawaran ganjaran yang menarik kepada sekolah yang membuat potongan gaji dalam kalangan guru-guru. Researchers Siti Syarwani Binti Ghazali Farah Wahida Binti Abd Rahman Siti Nur Azzyati Binti Saharuddin Amira Hakimah Binti Halimi Nazhatul Ain Binti Hisamudin Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)

Read More