Monthly Archives: September 2023

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM: BEDAH SIASAT WANG GAJI

SEMINAR PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM: BEDAH SIASAT WANG GAJI 13 Sept 2023: Alhamdulillah, pada tarikh ini telah berlangsungnya program bersama UMW anjuran AZKA di Menara UMW.  Program membawa tajuk Bedah Siasat Wang Gaji disampaikan oleh Tn Shamsuddin Kadir (Perunding Kewangan Rakyat), dan dimoderatorkan oleh Puan Nurul Shuhada Mamat (Eksekutif Penyelidikan, AZKA).

Read More

AZKA at International Short Course in Zakat Fund Management

AZKA at International Short Course in Zakat Fund Management 13 September 2023: En. Muhsin Nor Paizin (Pengurus AZKA-PPZ) telah membentangkan topik bertajuk “ZAKAT FUND MANAGEMENT: STRATEGIES FOR FUND RAISING” di Ruang Theater FEBI UIN Ar-Raniry Banda Aceh. Slide pembentangan dikongsikan: https://bit.ly/muhsinFEBI

Read More

AZKA at 1st AISZAWA (ACEH, INDONESIA)

AZKA at 1st AISZAWA (ACEH, INDONESIA) 12 September 2023: The 1st Aiszawa (Aceh Internasional Seminar on Zakat and Wakaf) kolaborasi Baitul Mal Aceh dan FEBI UIN Ar-Raniry telah dilaksanakan dengan sukses. En. Muhsin Nor Paizin (Pengurus AZKA-PPZ) telah membentangkan topik bertajuk “Definisi dan Kriteria Asnaf Zakat: Perspektif dan Amalan di Malaysia”. Semoga ia memberi manfaat kepada semua pejuang dan amil zakat di provinsi Aceh. Slide pembentangan dikongsikan: https://bit.ly/muhsinAISZAWA Tema yang diangkat 1st AISZAWA adalah “Redefinisi Ashnaf: Memperluas Makna dan Cakupan Penerima Zakat”. Antara perbincangan utama adalah sekitar asnaf Riqab, yang selama ini masih belum terdefinisi dengan jelas untuk konteks modern. Riqab dalam perhambaan lama tidak ada lagi, sehingga distribusi untuk asnaf ini masih belum dilakukan secara menyeluruh di Indonesia. Namun peserta masih belum sepakat untuk kriteria yang lebih operasional di zaman ini. Di Malaysia, sebagaimana dijelaskan oleh En. Muhsin Nor Paizin asnaf Riqab telah didefinisi kembali dan ada perluasan makna. Untuk itu, Muzakarah Internasional yang melibatkan Ulama yang lebih luas direkomendasikan untuk dilaksanakan. FEBI UIN Ar-Raniry juga menandatangani kesepakat kerjasama strategis dengan Akademi Zakat (AZKA) PPZ MAIWP Kuala Lumpur untuk kerjasama di bidang penelitian, training, dan sertifikasi peningkatan kompetensi zakat.

Read More

WEBINAR BERSIRI: FIQH ZAKAT KONTEMPORARI 2023

Rujuk laman utama: https://azka.zakat.com.my/zakatkontemporari2023/ Mari sertai webinar bersiri Fiqh Zakat Kontemporari Edisi 2023 bagi mendapatkan pemahaman mendalam tentang zakat dalam konteks aset digital, pelaburan, dan simpanan KWSP. Bersama-sama, kita akan memahami, dan memperoleh maklumat terkini dalam bidang zakat. Jom ikuti secara online eksklusif hanya di Facebook PPZ dan Youtube PPZ untuk ketiga-tiga siri ini: Kelebihan menyertai webinar bersiri ini: 1. Memahami lebih mendalam tentang perbahasan fiqh zakat kontemporari. 2. E-sijil disediakan. Pendaftaran Google Form diperlukan. 3. Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan. 4. Penyertaan percuma. Kandungan Webinar Bersiri: Fiqh Zakat Kontemporari Edisi 2023 Fiqh Zakat Aset Digital: Kajian dan Perbahasan Terkini Fiqh Zakat Pelaburan Saham, Forex, FCPO dan Cryptocurrency Fiqh Zakat Simpanan KWSP: Kajian dan Perbahasan Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pemahaman anda tentang zakat dalam pelbagai konteks yang penting ini. Sertai kami dalam siri-siri yang informatif dan bermanfaat!

Read More