
WEBINAR BERSIRI: FIQH ZAKAT KONTEMPORARI 2023
- Post by: AZKA
- September 11, 2023
- No Comment

Rujuk laman utama: https://azka.zakat.com.my/zakatkontemporari2023/
Mari sertai webinar bersiri Fiqh Zakat Kontemporari Edisi 2023 bagi mendapatkan pemahaman mendalam tentang zakat dalam konteks aset digital, pelaburan, dan simpanan KWSP. Bersama-sama, kita akan memahami, dan memperoleh maklumat terkini dalam bidang zakat. Jom ikuti secara online eksklusif hanya di Facebook PPZ dan Youtube PPZ untuk ketiga-tiga siri ini:
Kelebihan menyertai webinar bersiri ini:
1. Memahami lebih mendalam tentang perbahasan fiqh zakat kontemporari.
2. E-sijil disediakan. Pendaftaran Google Form diperlukan.
3. Peserta yang berjaya melengkapkan semua siri akan mendapat Sijil Penyertaan Keseluruhan.
4. Penyertaan percuma.
Kandungan Webinar Bersiri: Fiqh Zakat Kontemporari Edisi 2023
- Fiqh Zakat Aset Digital: Kajian dan Perbahasan Terkini
- Fiqh Zakat Pelaburan Saham, Forex, FCPO dan Cryptocurrency
- Fiqh Zakat Simpanan KWSP: Kajian dan Perbahasan
Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pemahaman anda tentang zakat dalam pelbagai konteks yang penting ini. Sertai kami dalam siri-siri yang informatif dan bermanfaat!