Yearly Archives: 2021

ETIQA-AZKA Corner @ KITAB

  • May 6, 2021
  • Comments off

Majlis perasmian AZKA Corner yang keempat ditubuhkan di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Dr. Wan Salim Bin Wan Mohd. Noor, Mufti Kerajaan Pulau Pinang bersama Profesor Dr. Mohamad Abdul Hamid, Rektor KITAB.

Read More

AZKA Live Webinar: Paperless Kearah Pentadbiran dan Pengurusan Yang lebih Efisien Pasca Pandemik

  • April 8, 2021
  • Comments off

Pada abad ke-21, kemajuan teknologi yang berterusan telah membolehkan organisasi untuk beralih arah ke penggunaan tanpa kertas atau dikenali sebagai “Paperless”. Kaedah ini bermaksud menggunakan kertas secara minimum dan berubah arah ke bentuk digitalisasi. Terdapat kebaikan dan kekurangan terhadap kaedah “Paperless” yang seharusnya dipertimbangkan oleh organisasi di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan dalam memastikan kaedah ini adalah yang paling terbaik untuk diamalkan. “Paperless” kini menjadi tumpuan utama di dalam kalangan masyarakat pada hari ini setelah tercetusnya pandemik Covid-19 di Malaysia. Masyarakat kini sedar akan kepentingan “Paperless” kerana kini majoriti aktiviti pentadbiran dan pengurusan telah beralih arah kepada Work from Home (WFH). Antara kelebihan “Paperless” adalah menjimatkan masa dan kerja menjadi lebih efisien. Pemfailan dokumen secara digital kini mudah diakses dan dikongsi dengan menggunakan internet menjadikan ianya efisien dan menjimatkan kos. Selain dari itu, penjimatan kos operasi dapat di kurangkan dalam memastikan operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Mari dengarkan perkongsian Webinar Paperless: Ke Arah Pentadbiran Dan Pengurusan Yang Lebih Efisien Pasca Pandemik yang akan di bentangkan oleh En. Kamarulzaman bin Mat Zain, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Aplikasi (MAMPU, JPM). Webinar akan dimoderatorkan oleh En. Mohamad Noor Sahidi Johari, Pengurus Kanan, AZKA (PPZ-MAIWP).

Read More

AZKA Live Webinar: Belum Isytihar Cukai Pendapatan Tahun 2020?

  • March 24, 2021
  • Comments off

Tahukah anda setiap individu dan perniagaan yang memenuhi syarat bayar cukai perlu menyerahkan borang taksiran secara atas talian melalui sistem e-filing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). LHDN telah mengumumkan tarikh pengisytiharan cukai pendapatan adalah pada 01 Mac hingga 30 April 2021 bagi kategori yang tidak menjalankan perniagaan dan 01 Jun hingga 30 Jun 2021 bagi kategori yang menjalankan perniagaan. Bagi anda yang mungkin pertama kali atau sudah berpengalaman melakukan potongan cukai pasti tertanya  keperluan dokumen dan langkah-langkah yang harus dilakukan. Webinar ini akan membawakan teknik dan cara pengisian borang taksiran cukai pendapatan anda dengan lebih mudah menerusi sistem e-Filling. Mari tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. AZKA Live Webinar Belum Isytihar Cukai Pendapatan Tahun 2020: Ini Yang Perlu Anda Tahu ini telah dibentangkan oleh pegawai LHDNM. Webinar dimoderatorkan oleh En Azhan Ismail, Ketua Pegawai Kewangan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP). Muat turun Kertas Kerja Pembetangan oleh Pegawai LHDNM Cawangan Wangsa Maju iaitu En Mohamad Firdhaus bin Rusli dan En Suterdy bin Tahir. Muat turut Sijil Penyertaan kepada yang telah mendaftar semasa webinar ini.

Read More

AZKA Live Webinar: Teknik Bacaan Pantas Golongan Pekerja

  • February 26, 2021
  • Comments off

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Membaca itu tidak hanya pada zahir saja namun ia memerlukan satu teknik agar apa yang dibaca itu mendatangkan kefahaman. Masalah sering timbul apbila ada segelintir pekerja yang gagal menguasai teknik membaca dengan pantas dan berkesan. Bukan itu sahaja, kelemahan dalam kemahiran membaca yang baik dan berkesan menyebabkan pekerja tersebut menjadi malas untuk membaca yang akhirnya akan merugikan pekerja itu sendiri. Mari dengarkan ulangan Teknik Bacaan Pantas Bagi Golongan Pekerja bersama Pustakawan En Ahmad Yazid Ahmad @ Abdul Rahman Pustakawan Kanan, Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Webinar dimoderatorkan oleh En Muhammad Fakhrurrazy Md Ariff, Pengurus Kanan Penerbitan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP). Muat turun Kertas Kerja Pembetangan oleh En Ahmad Yazid Ahmad @ Abdul Rahman dan Sijil Penyertaan kepada yang telah mendaftar webinar ini.

Read More

AZKA Live Webinar: Pilih Untuk Boros @ Urus?

  • February 10, 2021
  • Comments off

Budaya menabung atau menyimpan wang adalah perkara asas yang perlu di jadikan budaya dalam kehidupan untuk persediaan serta kesenangan pada masa hadapan. Pengurusan kewangan yang lemah boleh menyebabkan seseorang individu itu terasa tertekan dengan kehidupan harian dan ini menyebabkan salah satu punca kerosakan kesejahteraan keluarga. Sememangnya berbelanja adalah merupakan satu lumrah inidividu bagi memberi ganjaran kepada diri sendiri mahupun keluarga terdekat. Namun begitu, adakah perbelanjaan yang digunakan adalah untuk keperluan atau kemahuan harian.Oleh itu, elemen perancangan kewangan dalam berbelanja adalah penting agar ia tidak menjurus kepada sifat boros. Mungkin ada perbelanjaan yang boleh dikurang atau tidak perlu digunakan agar lebihan itu boleh di jadikan sebagai tabungan. AZKA Live Webinar Pilih Untuk Boros @ Urus? di bentangkan oleh pakar kaunseling kewangan Pn Nur Akmar Yaakub, Ketua Jabatan Pendidikan Kewangan SME, Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Webinar dimoderatorkan oleh En Mohamad Noor Sahidi Johari, Pengurus AZKA, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP). Muat turun sijil penyertaan dibawah:

Read More

Talk@FEM

  • January 25, 2021
  • Comments off

AZKA mengadakan kerjasama dengan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam program Talk@FEM. Program Talk@FEM ni telah bermula pada awal tahun 2020 dan ini merupakan satu program yang menjemput para cendiakawan dalam berkongsi pendangan dan pendapat dalam mengupas isu-isu semasa kewangan islam. Pada 25 Januari 2021, program Talk@FEM ini telah menjemput Tn Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) bagi menyampaikan syarahan dengan tajuk Pengurusan Institusi Zakat-Refleksi dan Cadangan Jalan ke Hadapan untuk Dasawarsa 2020. Talk@FEM diadakan secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Muat turun kertas pembentangan sebagai rujukan:

Read More

AZKA Live Webinar: Urus Kewangan Anda 2021

  • January 14, 2021
  • Comments off

Tahun 2020 merupakan satu tamparan hebat di dalam kehidupan kita. Kesan Pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita benar-benar mengubah ekonomi dan cara hidup kita semua dengan norma baharu. Mungkin ada dikalangan kita yang terkesan disebabkan kehilangan pekerjaan dan kekurangan wang simpanan. Namun begitu, kita tidak boleh mengalah dan ayuh bangkit merancang azam baru terutama dalam aspek penjagaan kewangan 2021. Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita ini sememangnya telah membuka mata kita betapa pentingnya untuk membuat simpanan bagi kegunaan masa genting. Mari dengarkan perkongsian Urus Kewangan Anda 2021 bersama tokoh akademik Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, Timbalan Dekan Pengajian Siswazah Dan Jaringan Industri & Masyarakat, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM). Webinar dimoderatorkan oleh En Azhan Ismail, Pengurus Besar Kewangan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP). Muat turun kertas kerja pembentangan dan sijil penyertaan dibawah:

Read More