AZKA Live Webinar: Paperless Kearah Pentadbiran dan Pengurusan Yang lebih Efisien Pasca Pandemik

AZKA Live Webinar: Paperless Kearah Pentadbiran dan Pengurusan Yang lebih Efisien Pasca Pandemik

  • Post by:
  • April 8, 2021
  • Comments off

Pada abad ke-21, kemajuan teknologi yang berterusan telah membolehkan organisasi untuk beralih arah ke penggunaan tanpa kertas atau dikenali sebagai “Paperless”. Kaedah ini bermaksud menggunakan kertas secara minimum dan berubah arah ke bentuk digitalisasi. Terdapat kebaikan dan kekurangan terhadap kaedah “Paperless” yang seharusnya dipertimbangkan oleh organisasi di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan dalam memastikan kaedah ini adalah yang paling terbaik untuk diamalkan.

“Paperless” kini menjadi tumpuan utama di dalam kalangan masyarakat pada hari ini setelah tercetusnya pandemik Covid-19 di Malaysia. Masyarakat kini sedar akan kepentingan “Paperless” kerana kini majoriti aktiviti pentadbiran dan pengurusan telah beralih arah kepada Work from Home (WFH). Antara kelebihan “Paperless” adalah menjimatkan masa dan kerja menjadi lebih efisien. Pemfailan dokumen secara digital kini mudah diakses dan dikongsi dengan menggunakan internet menjadikan ianya efisien dan menjimatkan kos. Selain dari itu, penjimatan kos operasi dapat di kurangkan dalam memastikan operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar.

Mari dengarkan perkongsian Webinar Paperless: Ke Arah Pentadbiran Dan Pengurusan Yang Lebih Efisien Pasca Pandemik yang akan di bentangkan oleh En. Kamarulzaman bin Mat Zain, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Aplikasi (MAMPU, JPM). Webinar akan dimoderatorkan oleh En. Mohamad Noor Sahidi Johari, Pengurus Kanan, AZKA (PPZ-MAIWP).

Categories: Past Events, Webinar