

Chapter in Book
Dimensi Baharu Zakat di Malaysia
Sistem zakat dan filantropi amnya telah berkembang pesat diseluruh dunia. Di Malaysia khasnya, sistem zakat ini semakin diterima umum sebagai medium pembangunan ekonomi dan jaminan sosial masyarakat. Sistem ini mempunyai potensi yang
besar, maka ia perlu diperkasa dan dilonjakkan seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan kewangan Islam negara. Bidang zakat serta kehartaan umat Islam sangat penting untuk dibincangkan oleh para akademik dan badan pelaksana sebagai satu platform terbaik untuk meletakkan bidang pengurusan harta Islam sejajar dengan bidang-bidang lain yang sedang bergerak maju ke hadapan. Usaha melestari sistem ekonomi Islam khususnya filantropi seperti zakat sangat penting dalam meningkatkan kehidupan sosio-ekonomi umat Islam.
Terdapat pelbagai isu kontemporari khasnya tentang zakat dalam aspek fiqh, pengurusan, dakwah, pendidikan, perundangan, dan sebagainya perlu dikongsi oleh ahli akademik, sarjana Islam serta pemain industri bagi memastikan pelaksanaannya memenuhi tuntutan syarak serta memberi motivasi dan impak positif kepada masyarakat. Kesemua konsep yang diutarakan melalui buku ini harus mampu untuk diketengahkan dalam aliran arus perdana supaya berupaya untuk mendepani arus globalisasi ekonomi dunia yang semakin mencabar, apatah lagi menjalani situasi ekonomi pasca pandemik COVID-19. Sudah tiba masanya masyarakat Islam untuk didik dengan kebertanggungjawaban sosial dengan memperkasa budaya memberi dalam kehidupan, bukan mengejar keuntungan dunia semata-mata. Masyarakat yang diterapkan dengan perasaan kasih sayang, keprihatinan dan kepedulian sudah
tentu dapat menstabilkan kehidupan masyarakat kini yang sedang mengalami detik-detik mencabar, bukan sahaja dalam aspek ekonomi, malah survival manusia.
Adalah diharapkan agar penerbitan buku ini dapat menjadi wadah diskusi yang sangat penting bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang bidang zakat. Usaha ini perlu dipergiat lebih lagi supaya bahan-bahan bacaan berkaitan subjek
yang amat penting ini tidak putus dan terhenti setakat ini sahaja. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penerbit, para editor dan semua penulis buku ini, kerana telah berjaya mewujudkan wadah dakwah zakat khusus kepada masyarakat.
Semoga usaha yang dicurahkan dalam menerbitkan buku ini mendapat ganjaran dan pahala disisi Allah SWT.
Share:
Article by Topic
Fiqh Zakat
Tinjauan Awal Aplikasi Hukum Zakat Ke Atas Matawang Kripto Dan Token Digital
Editor:
Ahmad Husni Abd Rahman & Muhammad Furqan Bin Abdullah
Pentafsiran Hamka Dalam Tema Fiqh Zakat Ke Arah Maslahah Masyarakat
Editor:
Muhammad Yusry
Aplikasi Qawaid Fiqhiyyah Dalam Dimensi Baharu Kutipan Dan Agihan Zakat
Editor:
Mohd Izzuddin Bin Mohd Noor & Fatimah Nadirah Binti Mohd Noor
Ijtihad Tahqiq Al-Manat Dalam Isu Zakat Asnaf Muallafah Qulubuhum Di Malaysia
Editor:
Muhammad Safwan Harun, Muhammad Ikhlas Rosele & Saiful Islam Nor Mohd Zulkarnain
Issues On Zakah Assessment In Malaysian Islamic Financial Institutions
Editor:
Nor Aini Ali, Suhaili Sarif , Nor ‘Azzah Kamri & Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi
Keunikan Ijtihad Dan Fatwa Zakat Dalam Dimensi Baharu Wabak Covid-19 Di Malaysia
Editor:
Muhammad Yusry
Tinjauan Awal Hukum Zakat Ke Atas Pendapatan Pemilik Akaun Media Sosial
Editor:
Ahmad Husni Abd Rahman & Muhammad Furqan Bin Abdullah
Pengenaan Zakat Ke Atas Hutang Lapuk Menurut Perspektif Fiqh
Editor:
Muhammad Ikhlas Rosele , Luqman Hj. Abdullah & Wan Marhaini Wan Ahmad
Pentadbiran Zakat
Kepentingan Sifat-Sifat Terpuji (Mahmudah) Bagi Meningkatkan Kesedaran Pembayar Zakat Dalam Kalangan Usahawan Sosial Di Malaysia
Editor:
Mohd Adib Abd Muin, Mohd Sollehudin Shuib, Azizah Che Omar, Mohd Faisal Mustaffa & Mohd Suraidi Saad
Pelaporan Kewangan Institusi Zakat Di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah
Editor:
Hairunnizam Wahid, Mohd Fairuz Md Salleh, Norida Basnan
The Growth Trend Of Zakat Collection Based On Gold Price, Nisab And Macroeconomic Variables
Editor:
Najiha Omar & Khairil Faizal Khairi
Dimensi Baharu Dalam Pengurusan Agihan Zakat Di Malaysia
Editor:
Azman Ab Rahman & Afaf Sukari
Ekonomi Politik Dan Tadbir Urus Zakat Pulau Pinang: Tumpuan Khusus Kutipan Dan Agihan
Editor:
Mohd Syakir Mohd Rosdi & Mohammad Najwa Mohamed Hasbullah
Mencapai Kutipan Zakat Optimum Melalui Dasar Pengkorporatan
Editor:
Suhaili Sarif & Muhsin Nor Paizin
Keberkesanan Model Transformasi Usahawan Asnaf Oleh Lembaga Zakat Selangor
Editor:
Khairul Azhar Meerangani, Mohd Zaid Mustafar, Mohammad Fahmi Abdul Hamid & Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz
Musa’adah Khas Khaira And Musa’adah Khaira Siswa One-Off Aid During Covid-19, Malaysian Pandemic Movement Control Order
Editor:
Muhsin Nor Paizin
The Effectiveness Of Zakat In The Economic Empowerment Community By Rumah Zakat In Yogyakarta
Editor:
Selamat Muliadi & Januariansyah Arfaizar
Konsep Wakalah: Pengalaman Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Editor:
Muhammad Fakhrurrazy Md Ariff
Pengamalan Fintech Di Institusi Zakat Di Malaysia
Editor:
Mohamad Noor Sahidi Bin Johari
Editorial

Muhammad Ikhlas Rosele
Universiti Malaya
Mohamad Noor Sahidi Johari
Akademi Zakat
Muhsin Nor Paizin
Akademi Zakat