AZKA Live Webinar: 58 Tahun Malaysia & Identitinya

AZKA Live Webinar: 58 Tahun Malaysia & Identitinya

  • Post by:
  • September 17, 2021
  • Comments off

Tanah Melayu telah di istiharkan merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengisytiharkan pembentukan persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Kini pada tahun 2021, Malaysia telah wujud selama 58 tahun di bumi bersejarah ini. Hari Malaysia begitu besar maknanya kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di Semenanjung, Sabah dan Sarawak kerana ia merupakan detik paling bersejarah yang memperlihatkan penyatuan ketiga-tiga wilayah ini dibawah satu naungan.

Sambutan Hari Malaysia disambut setiap tahun bagi mengingatkan kita bahawa pembentukan Malaysia tidak datang bergolek dalam sekelip mata. Sebaliknya ia adalah hasil perjuangan pemimpin dan rakyat kita terdahulu yang mahu melihat lahirnya sebuah negara yang bernama Malaysia yang merdeka dan bersatu padu dari pelbagai etnik, agama dan budaya.

Namun begitu, menjadi persoalan adakah sifat patriosme telah tertanam di hati setiap rakyat terhadap sejarah pembentukan Malaysia. Dalam keadaan ini, adakah wacana dan naratif yang berunsur sejarah Malaysia telah berjaya disemai kepada rakyat sejak kecil lagi. Sejarah penubuhan negara itu perlu dihayati semua rakyat agar minda dan juga kemajuan negara berada dalam satu paksi yang sama.

Webinar 58 Tahun Malaysia & Identitinya sempena Hari Malaysia ini telah di bentangkan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh, Pensyarah Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Webinar dimoderatorkan oleh En Azhan Ismail, Ketua Pegawai Kewangan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).

Categories: Past Events, Webinar