AZKA Live Webinar: Bumi Ini Cukup Segalanya Jika Dibangunkan Secara Mampan

AZKA Live Webinar: Bumi Ini Cukup Segalanya Jika Dibangunkan Secara Mampan

  • Post by:
  • June 18, 2021
  • Comments off

Kesan pemodenan yang dilakukan oleh manusia terhadap flora dan fauna merupakan faktor utama berlakunya bencana alam yang tidak diingini. Khazanah alam yang dikurniakan oleh Allah SWT sudah mencukupi untuk manusia hidup di bumi ini, akan tetapi sikap tamak dan kerakusan manusia mempelopori bumi tanpa mengkaji kesan yang akan berlaku pada masa hadapan menyebabkan penyumbang kepada bencana alam.

Masyarakat perlu sedar dan mencari penyelesaian untuk memulihara dan memelihara alama sekitar pada masa hadapan. Secara tidak langsung dapat mengimbangi ekosistem, flora dan fauna dipelihara, dan sumber alam semulajadi tidak berkurangan.

Walhal dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar ini, Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals-SDGs) yang di bangunkan sebagai rencana aksi global tahun 2030 turut menekankan beberapa aspek pemeliharaan alam sekitar.

Sempena dengan tema AZKA-PPZ Live Webinar kali ini, lebih menekankan matlamat SDGs seperti berikut iaitu:

  1. Air Bersih dan Sanitasi
  2. Tenaga Berpatutuan dan Bersih
  3. Tindakan Terhadap Iklim
  4. Kehidupan Dalam Air
  5. Kehidupan Di Darat

Demikian dengan itu marilah bersama-sama mendengarkan perkongsian Webinar Bumi Ini Cukup Segalanya Jika Dibangunkan Secara Mampan yang akan di bentangkan oleh YBhg Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air. Webinar akan dimoderatorkan oleh En. Azhan Ismail Ketua Pegawai Kewangan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).