AZKA Live Webinar: Matawang Digital Bank Pusat Adakah Malaysia Sudah Bersedia

AZKA Live Webinar: Matawang Digital Bank Pusat Adakah Malaysia Sudah Bersedia

  • Post by:
  • June 25, 2021
  • Comments off

Apakah perbezaan matawang fiat dan digital? Matawang fiat adalah matawang yang dikeluarkan oleh kerajaan. Matawang fiat adalah mata wang yang tidak memiliki nilai intrinsik dan ditetapkan sebagai tender sah oleh peraturan kerajaan. Matawang fiat adalah wang kertas, duit syiling, dan sebagainya yang mempunyai nilai dalam proses jual dan beli dan bersifat Tetapi sekiranya berlaku inflasi, maka nilai matawang fiat juga akan turut terkesan.

Selain itu, matawang digital mempunyai sifat sama seperti matawang fiat tetapi bukan dalam bentuk fizikal. Matawang digital juga dikenali sebagai “Cryptocurrency”. Matawang digital boleh dipusatkan di mana ia boleh dikawal oleh satu titik kawalan atau terdesentralisasi di mana beberapa sumber boleh membekalkan matawang digital itu dengan bergantung kepada teknologi blockchain.

Malaysia merupkan negara ASEAN yang terawal mengeluarkan peraturan dalam mengawal matawang kripto ini. Namun adakah Malaysia sudah bersedia dengan matawang digital bagi urusan transaksi jual beli harian?

Demikian dengan itu marilah bersama-sama mendengarkan perkongsian Webinar Matawang Digital Bank Pusat: Adakah Malaysia Sudah Bersedia yang akan di bentangkan oleh Dr. Rizal Bin Mohd Nor, Assistant Professor, IIUM & Blockchain Specialist. Webinar akan dimoderatorkan oleh En. Mohamad Noor Sahidi Johari Pengurus Kanan, Akademi Zakat (PPZ-MAIWP).

Categories: Past Events, Webinar