Monthly Archives: September 2021

Dimensi Baharu Zakat Di Malaysia

  • September 25, 2021
  • Comments off

Dimensi Baharu Zakat Di Malaysia dipecahkan kepada dua topik iaitu Fiqh Zakat dan Pengurusan Zakat Akademi ZakatPPZ-MAIWP Chapter in Book Dimensi Baharu Zakat di Malaysia DOWNLOAD Sistem zakat dan filantropi amnya telah berkembang pesat diseluruh dunia. Di Malaysia khasnya, sistem zakat ini semakin diterima umum sebagai medium pembangunan ekonomi dan jaminan sosial masyarakat. Sistem ini mempunyai potensi yang besar, maka ia perlu diperkasa dan dilonjakkan seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan kewangan Islam negara. Bidang zakat serta kehartaan umat Islam sangat penting untuk dibincangkan oleh para akademik dan badan pelaksana sebagai satu platform terbaik untuk meletakkan bidang pengurusan harta Islam sejajar dengan bidang-bidang lain yang sedang bergerak maju ke hadapan. Usaha melestari sistem ekonomi Islam khususnya filantropi seperti zakat sangat penting dalam meningkatkan kehidupan sosio-ekonomi umat Islam. Terdapat pelbagai isu kontemporari khasnya tentang zakat dalam aspek fiqh, pengurusan, dakwah, pendidikan, perundangan, dan sebagainya perlu dikongsi oleh ahli akademik, sarjana Islam serta pemain industri bagi memastikan pelaksanaannya memenuhi tuntutan syarak serta memberi motivasi dan impak positif kepada masyarakat. Kesemua konsep yang diutarakan melalui buku ini harus mampu untuk diketengahkan dalam aliran arus perdana supaya berupaya untuk mendepani arus globalisasi ekonomi dunia yang semakin mencabar, apatah lagi menjalani situasi ekonomi pasca pandemik COVID-19. Sudah tiba masanya masyarakat Islam untuk didik dengan kebertanggungjawaban sosial dengan memperkasa budaya memberi dalam kehidupan, bukan mengejar keuntungan dunia semata-mata. Masyarakat yang diterapkan dengan perasaan kasih sayang, keprihatinan dan kepedulian sudah tentu dapat menstabilkan kehidupan masyarakat kini yang sedang mengalami detik-detik mencabar, bukan sahaja dalam aspek ekonomi, malah survival manusia. Adalah diharapkan agar penerbitan buku ini dapat menjadi wadah diskusi yang sangat penting bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang bidang zakat. Usaha ini perlu dipergiat lebih lagi supaya bahan-bahan bacaan berkaitan subjek yang amat penting ini tidak putus dan terhenti setakat ini sahaja. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penerbit, para editor dan semua penulis buku ini, kerana telah berjaya mewujudkan wadah dakwah zakat khusus kepada masyarakat. Semoga usaha yang dicurahkan dalam menerbitkan buku ini mendapat ganjaran dan pahala disisi Allah SWT. Share: Facebook Twitter LinkedIn Article by Topic Fiqh Zakat Bab 1 Tinjauan Awal Aplikasi Hukum Zakat Ke Atas Matawang Kripto Dan Token Digital Authors: Ahmad Husni Abd Rahman & Muhammad Furqan Bin Abdullah Bab 2 Pentafsiran Hamka Dalam Tema Fiqh Zakat Ke Arah Maslahah Masyarakat Author: Muhammad Yusry Bab 3 Aplikasi Qawaid Fiqhiyyah Dalam Dimensi Baharu Kutipan Dan Agihan Zakat Authors: Mohd Izzuddin Bin Mohd Noor & Fatimah Nadirah Binti Mohd Noor Bab 4 Ijtihad Tahqiq Al-Manat Dalam Isu Zakat Asnaf Muallafah Qulubuhum Di Malaysia Authors: Muhammad Safwan Harun, Muhammad Ikhlas Rosele & Saiful Islam Nor Mohd Zulkarnain Bab 5 Issues On Zakah Assessment In Malaysian Islamic Financial Institutions Authors: Nor Aini Ali, Suhaili Sarif , Nor ‘Azzah Kamri & Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi Bab 6 Keunikan Ijtihad Dan Fatwa Zakat Dalam Dimensi Baharu Wabak Covid-19 Di Malaysia Author: Muhammad Yusry Bab 7 Tinjauan Awal Hukum Zakat Ke Atas Pendapatan Pemilik Akaun Media Sosial Authors: Ahmad Husni Abd Rahman & Muhammad Furqan Bin Abdullah Bab 8 Pengenaan Zakat Ke Atas Hutang Lapuk Menurut Perspektif Fiqh Authors: Muhammad Ikhlas Rosele , Luqman Hj. Abdullah & Wan Marhaini Wan Ahmad Pentadbiran Zakat Bab 9 Kepentingan Sifat-Sifat Terpuji (Mahmudah) Bagi Meningkatkan Kesedaran Pembayar Zakat Dalam Kalangan Usahawan Sosial Di Malaysia Authors: Mohd Adib Abd Muin, Mohd Sollehudin Shuib, Azizah Che Omar, Mohd Faisal Mustaffa & Mohd Suraidi Saad Bab 10 Pelaporan Kewangan Institusi Zakat Di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah Authors: Hairunnizam Wahid, Mohd Fairuz Md Salleh, Norida Basnan Bab 11 The Growth Trend Of Zakat Collection Based On Gold Price, Nisab And Macroeconomic Variables Authors: Najiha Omar & Khairil Faizal Khairi Bab 12 Dimensi Baharu Dalam Pengurusan Agihan Zakat Di Malaysia Authors: Azman Ab Rahman & Afaf Sukari Bab 13 Ekonomi Politik Dan Tadbir Urus Zakat Pulau Pinang: Tumpuan Khusus Kutipan Dan Agihan Authors: Mohd Syakir Mohd Rosdi & Mohammad Najwa Mohamed Hasbullah Bab 14 Mencapai Kutipan Zakat Optimum Melalui Dasar Pengkorporatan Authors: Suhaili Sarif & Muhsin Nor Paizin Bab 15 Keberkesanan Model Transformasi Usahawan Asnaf Oleh Lembaga Zakat Selangor Authors: Khairul Azhar Meerangani, Mohd Zaid Mustafar, Mohammad Fahmi Abdul Hamid & Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz Bab 16 Musa’adah Khas Khaira And Musa’adah Khaira Siswa One-Off Aid During Covid-19, Malaysian Pandemic Movement Control Order Author: Muhsin Nor Paizin Bab 17 The Effectiveness Of Zakat In The Economic Empowerment Community By Rumah Zakat In Yogyakarta Authors: Selamat Muliadi & Januariansyah Arfaizar Bab 18 Konsep Wakalah: Pengalaman Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Author: Muhammad Fakhrurrazy Md Ariff Bab 19 Pengamalan Fintech Di Institusi Zakat Di Malaysia Author: Mohamad Noor Sahidi Bin Johari Editorial Team Muhammad Ikhlas Rosele Universiti Malaya Mohamad Noor Sahidi Johari Akademi Zakat Muhsin Nor Paizin Akademi Zakat

Read More

AZKA Live Webinar: 58 Tahun Malaysia & Identitinya

  • September 17, 2021
  • Comments off

Tanah Melayu telah di istiharkan merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengisytiharkan pembentukan persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Kini pada tahun 2021, Malaysia telah wujud selama 58 tahun di bumi bersejarah ini. Hari Malaysia begitu besar maknanya kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira di Semenanjung, Sabah dan Sarawak kerana ia merupakan detik paling bersejarah yang memperlihatkan penyatuan ketiga-tiga wilayah ini dibawah satu naungan. Sambutan Hari Malaysia disambut setiap tahun bagi mengingatkan kita bahawa pembentukan Malaysia tidak datang bergolek dalam sekelip mata. Sebaliknya ia adalah hasil perjuangan pemimpin dan rakyat kita terdahulu yang mahu melihat lahirnya sebuah negara yang bernama Malaysia yang merdeka dan bersatu padu dari pelbagai etnik, agama dan budaya. Namun begitu, menjadi persoalan adakah sifat patriosme telah tertanam di hati setiap rakyat terhadap sejarah pembentukan Malaysia. Dalam keadaan ini, adakah wacana dan naratif yang berunsur sejarah Malaysia telah berjaya disemai kepada rakyat sejak kecil lagi. Sejarah penubuhan negara itu perlu dihayati semua rakyat agar minda dan juga kemajuan negara berada dalam satu paksi yang sama. Webinar 58 Tahun Malaysia & Identitinya sempena Hari Malaysia ini telah di bentangkan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh, Pensyarah Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Webinar dimoderatorkan oleh En Azhan Ismail, Ketua Pegawai Kewangan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).

Read More

Muzakarah Zakat Kebangsaan 2021

  • September 15, 2021
  • Comments off

Tema: Isu, Cabaran & Penyelesaian Institusi Zakat Dalam Mendepani Covid-19 dan Pasca PKP AZKA-PPZ berkesempatan bekerjsama dengan Institut Fatwa dan Halal (IFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia dalam menjayakan Muzakarah Zakat Kebangsaan 2021. PPZ-MAIWP di wakili oleh Tn Haji Abdul Hakim Amir Osman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif telah membentangkan kertas kerja bertajuk Pengalaman Menguruskan Kutipan Zakat Di Wilayah Perseketuan Dalam Tempoh Pandemik. Muzakarah Zakat Kebangsaan 2021 ini di laksanakan secara dalam talian yang terdiri dari pembentang institusi Zakat di seluruh negeri.

Read More

AZKA Live Webinar: Pemerkasaan Tadbir Urus Institusi Zakat

  • September 1, 2021
  • Comments off

Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Wabak Covid-19 sebagai Pandemik. Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 ini bukan sahaja melibatkan kesan kepada pasaran ekonomi malah ia turut menyumbang kepada kesan yang besar kepada pendidikan, kesihatan, pemakanan dan kesejahteraan kanak-kanak. Sedia maklum, di Malaysia proses Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) telah mula di amalkan bagi menggantikan proses pembelajaran dan pengajaran secara konvensional. Bila sahaja kita menyebut tentang pendidikan ia bukan sahaja melibatkan pelajar malah ibu bapa, guru-guru, warga pendidikan dan rakyat secara keseluruhannya. Setelah hampir 2 tahun fenomena pandemik ini, pelbagai penstrukturan pendidikan telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan pelajar-pelajar tidak tercicir dari pembelajaran. Anggaran 41 minggu atau lebih dari 200 hari pelajar-pelajar tidak ke sekolah sejak pandemik Covid 19 melanda, adakah keadaan fizikal dan mental mereka sudah bersedia untuk memulakan persekolahan yang akan dibuka semula pada 03 Oktober 2021 nanti. Apakah sektor pendidikan sudah cukup bersedia dengan prasarana, infrastruktur dan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk meneruskan penjajaran secara konvensional. Persoalannya, jika situasi pandemik ini terus berlanjutan bagaimana kluster pendidikan dapat dipacu dengan lebih inklusif dan lebih baik untuk tahun-tahun kehadapan agar generasi pelajar di era pandemik ini tidak merasa ketinggalan ataupun kehilangan. Webinar Covid 19: Generasi Yang Hilang ini di bentangkan oleh Dr. Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Webinar dimoderatorkan oleh En. Mohamad Noor Sahidi Johari, Pengurus Kanan, Akademi Zakat, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).

Read More