Monthly Archives: June 2021

AZKA Live Webinar: Matawang Digital Bank Pusat Adakah Malaysia Sudah Bersedia

  • June 25, 2021
  • Comments off

Apakah perbezaan matawang fiat dan digital? Matawang fiat adalah matawang yang dikeluarkan oleh kerajaan. Matawang fiat adalah mata wang yang tidak memiliki nilai intrinsik dan ditetapkan sebagai tender sah oleh peraturan kerajaan. Matawang fiat adalah wang kertas, duit syiling, dan sebagainya yang mempunyai nilai dalam proses jual dan beli dan bersifat Tetapi sekiranya berlaku inflasi, maka nilai matawang fiat juga akan turut terkesan. Selain itu, matawang digital mempunyai sifat sama seperti matawang fiat tetapi bukan dalam bentuk fizikal. Matawang digital juga dikenali sebagai “Cryptocurrency”. Matawang digital boleh dipusatkan di mana ia boleh dikawal oleh satu titik kawalan atau terdesentralisasi di mana beberapa sumber boleh membekalkan matawang digital itu dengan bergantung kepada teknologi blockchain. Malaysia merupkan negara ASEAN yang terawal mengeluarkan peraturan dalam mengawal matawang kripto ini. Namun adakah Malaysia sudah bersedia dengan matawang digital bagi urusan transaksi jual beli harian? Demikian dengan itu marilah bersama-sama mendengarkan perkongsian Webinar Matawang Digital Bank Pusat: Adakah Malaysia Sudah Bersedia yang akan di bentangkan oleh Dr. Rizal Bin Mohd Nor, Assistant Professor, IIUM & Blockchain Specialist. Webinar akan dimoderatorkan oleh En. Mohamad Noor Sahidi Johari Pengurus Kanan, Akademi Zakat (PPZ-MAIWP).

Read More

AZKA Live Webinar: Bumi Ini Cukup Segalanya Jika Dibangunkan Secara Mampan

  • June 18, 2021
  • Comments off

Kesan pemodenan yang dilakukan oleh manusia terhadap flora dan fauna merupakan faktor utama berlakunya bencana alam yang tidak diingini. Khazanah alam yang dikurniakan oleh Allah SWT sudah mencukupi untuk manusia hidup di bumi ini, akan tetapi sikap tamak dan kerakusan manusia mempelopori bumi tanpa mengkaji kesan yang akan berlaku pada masa hadapan menyebabkan penyumbang kepada bencana alam. Masyarakat perlu sedar dan mencari penyelesaian untuk memulihara dan memelihara alama sekitar pada masa hadapan. Secara tidak langsung dapat mengimbangi ekosistem, flora dan fauna dipelihara, dan sumber alam semulajadi tidak berkurangan. Walhal dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar ini, Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals-SDGs) yang di bangunkan sebagai rencana aksi global tahun 2030 turut menekankan beberapa aspek pemeliharaan alam sekitar. Sempena dengan tema AZKA-PPZ Live Webinar kali ini, lebih menekankan matlamat SDGs seperti berikut iaitu: Air Bersih dan Sanitasi Tenaga Berpatutuan dan Bersih Tindakan Terhadap Iklim Kehidupan Dalam Air Kehidupan Di Darat Demikian dengan itu marilah bersama-sama mendengarkan perkongsian Webinar Bumi Ini Cukup Segalanya Jika Dibangunkan Secara Mampan yang akan di bentangkan oleh YBhg Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air. Webinar akan dimoderatorkan oleh En. Azhan Ismail Ketua Pegawai Kewangan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).

Read More

AZKA Live Webinar: PKP Ni Jom Belajar Zakat @ AZKA eLearning

  • June 18, 2021
  • Comments off

Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan masa yang terbaik untuk menuntut ilmu pada masa lapang ini. Antara ilmu yang boleh dipelajari ialah zakat. Apakah itu zakat?. Zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu kepada dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.Ilmu boleh dituntut di mana-mana tanpa mengira tempat dan masa. AZKA-PPZ telah menyediakan satu platform eLearning untuk mempelajari zakat dengan lebih mudah (waktu yang fleksible), senang diakses, dan proses pembelajaran yang pendek tetapi padat dengan ilmu mengenai zakat. Ini dapat menarik minat saudara/saudari untuk mengikuti modul yang ditawarkan. Mari saksikan Webinar “Masa PKP Ni Jom Belajar Zakat @ AZKA-PPZ eLearning” yang akan menerangkan kelebihan dan ciri-ciri penting platform eLearning ini sekaligus memberi AKSES PERCUMA kepada siapa yang menyertai Webinar ini. Mari dengarkan perkongsian webinar PKP Ni Jom Belajar Zakat @ AZKA-PPZ eLearning yang dibentangkan oleh En Abd Rahim Abd Aziz, Eksekutif Penyelidikan, Unit Akademi Zakat, PPZ-MAIWP dan dimoderatorkan oleh En Muhsin Nor Paizin, Penolong Pengurus, Unit Akademi Zakat, PPZ-MAIWP.

Read More