Siri Khas Perkongsian Ilmu Bersama AZKA di AZKA Corner@UTMKL

Siri Khas Perkongsian Ilmu Bersama AZKA di AZKA Corner@UTMKL

FB & Youtube Live
26 Oct 2022

Hari ini telah diadakan Siri Khas Perkongsian Ilmu bersama Akademi Zakat – PPZ MAIWP : Qadha Zakat: Hukum dan Asas Kaedah Kiraan’ yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Ismail Bin Abdullah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Program 1 jam ini telah mengupas pelbagai isu berkaitan qadha zakat untuk pengetahuan semua.


Program ini adalah bertujuan untuk berkongsi hasil penemuan penyelidikan zakat terkini kepada seluruh masyarakat Islam dimana kajian ini telah bermula pada 2019 dan sehingga kini, terdapat 10 siri yang berjaya diterbitkan. Kajian ini bertajuk ‘Qadha Zakat: Hukum dan Asas Kaedah Kiraan’ dimana kajian ini turut dijayakan bersama 4 ahli kumpulan iaitu Muhamad Ismail Bin Abdullah, Abdul Hakim Bin Baharuddin, Dr. Mustaffa Bin Jusoh dan Hamid Bin Mat Isa dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.


Terima kasih Ustaz Muhamad Ismail Bin Abdullah atas kesudian bekerjasama dengan kami, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Semoga sesi ini dapat dimanfaatkan kepada kita semua.

Muat Turun Kertas Pembentangan

Qadha Zakat: Hukum dan Asas Kaedah Kiraan

Qadha Zakat: Hukum dan Asas Kaedah Kiraan

– Ustaz Muhamad Ismail Bin Abdullah-

Saksikan Rakaman Webinar

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembayaran Zakat dari Institusi Korporat.

From Media