Program K-Sharing @ AZKA-PPZ Corner UTMKL

Program K-Sharing @ AZKA-PPZ Corner UTMKL

Live Webinar
10 May 2021

Program K-Sharing ini merupakan sinergi antara Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) dan Pusat Islam UTM Kuala Lumpur. Progaram yang dianjurkan oleh Perpustakaan UTM Kuala Lumpur ini merupakan inisiatif bagi memenuhi ruang dan berkongsi ilmu berkaitan Zakat. Tajuk yang dibincangkan Tunaikan Zakat Sebelum Terlambat ini membawakan moderator Ustaz Khairudin bin Ramli dari Pusat Islam UTMKL dan penceramah Ustaz Dziyauhalk Hashim dari PPZ-MAIWP.

Antara isi ceramah yang dibincangkan antaranya berkaitan hikmah zakat disyariatkan, kesan mengabaikan zakat, amalan zakat dan kesedaran masyarakat di Malaysia, golongan yang layak berzakat dan menerima zakat, dan kaitan zakat dengan pembangunan ekonomi umat islam.


From Media