Majlis Menandatangani MoU antara KPBKL dan PPZ-MAIWP (AZKA)
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur
20 Dec 2021
Pada 20 Disember 2021, berlakunya satu majlis yang julung kalinya diadakan iaitu menandatangai Memorandum Persafahaman antara Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).
Antara tujuan MoU ini adlaah menggalakkan warga KPBKL mendalami ilmu zakat, di samping kerjasama penyelidikan, pembinaan modul baru dalam menyebarluas dakwah zakat.
Antara intipati MoU adalah:
Bekerjasama dalam memberi kesedaran pengurusan zakat dikalangan kakitangan KPBKL
Menggalakkan kakitangan KPBKL dari semasa ke semasa membuat potongan gaji zakat ke PPZ-MAIWP
Menggalakan penyertaan Prog. Pensijilan Profesional AZKA eLearning, iaitu satu kursus tambahan seiring keperluan reskilling dan upskilling sebelum bergraduasi
Menggalakkan penyertaan Prog. Pensjilan Profesional di kalangan pensyarah dan kakitangan KPBKL bagi memenuhi Continuing Professional Development (CPD)
Mewarwarkan penglibatan pelajar KPBKL mendaftar sebagai Sahabat Zakat PPZ-MAIWP