Live Webinar: Palestin Jauh Di Mata, Dekat Di Hati

Live Webinar: Palestin Jauh Di Mata, Dekat Di Hati

Live Webinar
25 May 2021

1 Syawal 1442H merupakan hari yang mengembirakan buat Muslim di seluruh dunia. Sambutan Aidilfitri disambut dengan penuh riang bersama keluarga dan sanak saudara. Namun di sebalik kegembiraan pada 1 Syawal ini, negara Palestin sedang bergelut dengan keseriusan isu kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda. Tiada konflik yang lebih tragik pada Syawal 1442H ini, melebihi tragedi yang membelenggu bumi Isra’ dan Mi’raj ini.

Isu Palestin bukanlah isu baru bagi dunia Islam dan masyarakat antarabangsa. Bahkan ia turut menjadi isu kemanusiaan sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan negara. Isu yang berlaku kepada Palestin ini tidak boleh dipandang remeh malah perlu diberi perhatian khusus agar anak-anak bangsa mengetahui sejarah tanah suci ini.

Dalam pada itu, seluruh negara kini sedang menyuarakan bantahan atas kezaliman rejim Zionis yang makin hari mengakibatkan nyawa rakyat Palestin terkorban meningkat. Pemimpin kerajaan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin antara lainnya turut menyeru masyarakat antarabangsa, terutama sekali Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), supaya bertindak tegas dan mendesak Israel untuk menghentikan segera kezaliman terbaharu terhadap rakyat Palestin semasa perutusan beliau  pada 15 Mei 2021.

Berikutan dari tragedi ini, Akademi Zakat (AZKA-PPZ) membawakan Webinar Palestin: Jauh Di Mata, Dekat Di Hati” yang akan di bentangkan oleh Prof. Dr. Mohd Roslan Bin Mohd Nor, Ahli MAIWP & Ketua Ketua Jabatan Sejarah & Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM. Webinar akan dimoderatorkan oleh En. Azhan Ismail, Ketua Pegawai Kewangan, PPZ -MAIWP.


From Media